Pertama Kali Menonton Filem Esok Masih Ada

Ini filem lama dan aku tak pastilah tahun bila. Filem tahun  era 80-an lah kut sebab sudah ada warna. Filem nih dilakonkan oleh Dato Jins Shamsudin(betul ker entah eja nama dia nih) dan juga Azean Irdawaty. Nih filem pertama lakonan Azean Irdawaty tapi macam dah lama jer dia berlakon. Memang dia pelakon hebat dan berbakat. Seorang lagi pelakon berbangsa Cina tapi fasih gila cakap bahasa Melayu.

Sebab pertama kali tengok jadi rasa teruja plak. Memang best! Dato Jins nih dia kerja sebagai pegawai polis. Jadi, selepas berkahwin dengan Azean dia dapat seorang anak perempuan yang comel. Budak perempuan tu pun macam Amani dalam Adamaya. Pandai berlakon. Hehehe. Tapi, anak perempuan dia nih meninggal waktu umur berapa tahun entah sebab leukimia. Dia cakaplah anak dia dapat leukimia sebab dia tetapi sebenarnya dia menyembunyikan rahsia yang penyakit tu dapat daripada Azean.

Nak dijadikan cerita akhirnya Azean dapat tahu perkara tu lepas dia terdengar perbualan antara ayah mertua dia dengan Dato Jins nih dimana ayah mertua dia suruh Dato Jins kahwin lain. Dato Jins pun kahwinlah dengan pelakon yang berbangsa Cina tu. Lepas dapat anak dalam beberapa bulan anak tu diserahkan kepada keluarga suami dia dan isteri pertama Dato Jins.

Lepas anak tu dah besar maka dia lebih rapat dengan Azean lah. Jadi, satu hari yang mak sebenar budak nih ambil budak nih secara curi - curi nih. Budak nih tak suka jadi dia buat perangai lah. Tak nak makan lah apa lah. Dia jadi lebih tak suka lepas kena tampar dengan mak dia. Jadi, budak nih larilah sampai ke puncak bukit mana entah. Akhirnya, atas bantuan helikopter budak tu dapat juga diselamatkan.

Selain itu, sebab filem nih mengisahkan pada seorang polis jadi adalah aksi rompakan dan tembak menembak. Okaylah filem nih! Best!

Eh, hari tu aku ada tengok dalam rancangan Ewah - Ewah dan ada satu episod tu peserta kena ambil barang apa entah dalam bekas. Dalam bekas tu ada katak tapi serius. Pertama kali aku tengok katak sebesar tu. Paling besar aku pernah tengok pun katak puru jer lah tapi katak yang dalam balang tu besar gila. Aku rasa sama besar macam kasut but pun ada. Tiba - tiba rasa geli aku tengok. Hahaha.

P/S : Sudah Masuk Hari Isnin! Nak Kena Beli Tiket Bas Nih! Ingat Nak Naik Bas Sani Lagi Sekalilah! Selesa! Siap Ada Baca Doa Lagi! Terbaik!

21 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. wah.
    sedap gila nampak filem tu.
    haish.
    ;)
    katak oh katak.
    aku pun geli geleman dgn spesies tu.
    haha~

    BalasPadam
  2. just to give comment... bile I tengok filem ni, semua jalan cerita dia xder kesinambungan antara satu babak ke babak yg lain. kucar kacir. klimaks cerita pun x jelas.. x nampak usaha pegawai polis cuba membina rumahtangga dierr.. (x nampak sudut moralnyerr). Two things jer yang i tngok positive.. dlm citer ni, S.Mohan the jurukamera memang hebat dan berbakat. The way dier tangkap gambar is different. Yang kedua, dalam citer ni dier tunjukkan kebenaran yang terjadi sekiranya berpoligami. Poligami is unhealthy.

    BalasPadam
  3. mmg suke binatang kot ko ni...
    ari tu semut, yg ni katak pulak...
    hahahaa...jgn marah..

    BalasPadam
  4. hizami : ko pernah tengok ke? ini 1st time aku tengok besar gila..letak 3-4 ekor dah nampak penuh dah balang tu

    zikery : aku 1st time naik hari tu...selesa..best

    anonymous : xada kesinambungan ke?entahlah..tapi aku syok je tengok..hehehe...

    daus : hahaha...aku suka ikan...

    BalasPadam
  5. aku nih baru lahir agaknye. tak penah tengok cite tu

    BalasPadam
  6. aku rasa cam penah tgk je cite tu...tp mmg lame btol...msa dato' nga hensem muda remaja lagi...auwww...



    ~~ aku ada katak lg besar :)

    BalasPadam
  7. aku sempat tengok part Azean nangis jerk (maybe time Dato Jins nak kawen lagi 1 tu kot)..

    BalasPadam
  8. cam best...tp adik aku tukar citer lain yg xbest....cm siot...

    BalasPadam
  9. aku dh lama tak tgk tv..tgk just for worldcup je skg..err

    BalasPadam
  10. Aku tak ingat cite ni pasal ape... dah lama sangat dah... hahhahahaha thanks for remind me

    BalasPadam
  11. hans.. ada lagik satu citer dato jins tajuk agak sama...

    tak silap 'masih ada hari esok' kot.. yang diganding ngan latif ibrahim.. noorkumalasari...
    yang tuh pun best.... hehehehehehe

    BalasPadam
  12. Ini filem bagus dizaman itu..tengok sama awek dalam panggung masa itu..

    BalasPadam
  13. naik bus sani dengar cite leh menang hadiah best2

    BalasPadam
  14. wah layan cerita lelama...

    bus sani baca doa? bagus lah. semoga perjalanan selamat. amin

    BalasPadam
  15. huhuh...
    katak ape tu??
    katak gomok????
    ..

    wah
    bagusnyew ade pmndu bus baca doa!@

    BalasPadam
  16. Hans, ckp psl cite ni-TS Datuk Jins Shamsuddin mmg byk cite yang ada perkataan esok2 ni. Sgt suka smua cite TSDJS tapi bila tgk smlm-mmg ada yg mcm "uiks?". Contoh: ada ke nak tangkap 4 org perompak, polis dok tembak mcm dok berperang dgn komunis dlm bukit kepong! aihhhh~ membazir peluru je. hehe. dan, biasanya polis nak buat ambush tmpt mcm tu-depa tak pakai baju terang! *Tan Sri Datuk was wearing red! Terang punya! haha~

    *oh ya, do you know. lepas beberapa minggu pengambaraan cite tu (lokasi rompakan bank)-Maybank yang depa berlakon kena rompak tu mmg betul2 kena rompak!

    oh hans, yanti tu bkn anak first. tu dah anak 2nd depa. yang first pun dah meninggal sbb leukimia. apa pun, cite TSDJS yang terbaik adalah Bukit Kepong! yeah!

    **lagu mama makan garam tu-dari kecik smpi skang aku still nyanyi lagi~ dan org biasanya pelik bila aku nyanyi lagu tu~ perghhh, betapa cite ni mberi impak pada aku! oho!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cite bukit kepong tu memang betul. Arwah sarjn jamil tu bapa mentua pak ngah aku. Sebelum pengambaran, tsdjs byk resesrch dn interview keluarga sarjn jamil.

      Padam
  17. aku rase pernah tgok, tp x sure r

    BalasPadam
  18. aku tak pernah tengok ni...entah la..aku mmg jenis yg tak tengok movie,lagi-lagi filem melayu..entah la..tak minat..filem lama-lama lagi la tak...hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama