Pengarah :
Sharad Sharan
Sharad Sharan
Bahasa :
Melayu
Melayu
Klasifikasi :
U - Untuk Tontonan Umum
U - Untuk Tontonan Umum
Tarikh Bermula Tayangan :
3 Jun 2010
3 Jun 2010
Durasi :
1 Jam 46 Minit
Karya Asal :
Ahadiat Akashah
Senarai Pelakon :
Farid Kamil, Lisa Surihani, Que Haidar, Fazura, Shiqin Kamal dan Ramai Lagi
1 Jam 46 Minit
Karya Asal :
Ahadiat Akashah
Senarai Pelakon :
Farid Kamil, Lisa Surihani, Que Haidar, Fazura, Shiqin Kamal dan Ramai Lagi
Sinopsis :
Kashah(Farid Kamil) digelar budak setan di kalangan pelajar universiti tempat beliau belajar kerana kenakalannya yang sering membuat masalah bersama rakan - rakannya iaitu Sapi, Man dan Cincai. Namun sikap Kashah berubah apabila beliau bertentang mata dengan pelajar baru iaitu Ayu(Lisa Surihani) yang mencabar beliau berubah dan meminta maaf kepada semua orang yang pernah dikenakan Kasyah selepas insiden beliau hampir mati gara - gara tercekik cicak.
Mereka bercinta dan sebelum Kashah mahu pergi ke pedalaman untuk menyiapkan tesisnya Ayu telah membongkarkan sesuatu kepada Kashah. Apakah yang diberitahu Ayu? Kekasih lama Ayu iaitu Azmi(Que Haidar) datang kembali menagih cinta ayu. Apakah Ayu akan menerima Azmi menjadi suami beliau? Atau adakah Ayu akan setia kepada cintanya terhadap Kashah?
Pergilah tengok sendiri. Penat kut aku nak taip semua. Hahaha.
Ulasan Penulis(Hans) Dari Segi:-
Lakonan Pelakon Utama :
Lakonan pelakon - pelakon utama filem ini memang cukup mantap. Farid Kamil memang sesuai dengan watak Kashah. yang berpewatakan sederhana. Lisa Surihani telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik sekali untuk watak Ayu. Manakala Que Haidar memberikan lakonan yang cukup hidup menerusi watak Azmi yang panas baran dan seperti seorang yang psycho. Fazura juga membawakan watak Kate dengan gaya yang berbeza. I Like! - 5/5 Bintang
Sinematografi :
Ini ialah salah satu tarikan untuk aku pergi menonton. Memang menarik! Aku suka. 4/5 Bintang
Lagu Latar :
Sesuai dengan filem ini. Sudah download lagu tu tapi apabila menonton baru sampai mesej lagu tu. Good Job! - 4/5 Bintang.
Watak - Watak Tambahan :
Ini buat mood aku hilang! Adoi! Paling aku tak suka watak 2 orang doktor tu. Yang sorang tu macam Pengulas Hasbullah Awang sewaktu mengulas pasal bola sepak semasa adegan Ayu mahu bersalin manakala doktor yang seorang lagi bercakap tanpa perasaan. Adoi! Manalah pengarah kutip 2 orang doktor nih??? 0/5 Bintang
Jalan Cerita :
Berbezanya kali ini aku menonton sebagai seorang pembaca novel LBS jadi aku agak dipengaruhi oleh novel itu. Aku dah tahu jalan cerita cuma aku mahu lihat bagaimana watak - watak yang selama ini hanya boleh aku imaginasikan tiba - tiba dihidupkan di dalam filem. Bagi aku jalan cerita dia memang mengikut plot namun tidak dikupas dengan lebih mendalam. Jadi, apabila aku menonton aku akan rasa setiap babak cerita itu seperti melompat dan terkejar - kejar. Mungkin kepada sesiapa yang tak pernah membaca novel akan rasa seperti tertinggal sesuatu atau mereka rasa dah okay.
Watak Kashah sewaktu belajar patutnya dikembangkan lagi waktu tu untuk menunjukkan tahan 'SETAN' beliau adalah memang 'SETAN'. Adegan yang mengimbas kembali zaman kecilnya sewaktu di lumur cili di kemaluannya juga patut dikembangkan kerana adegan itu ialah penyebab penting beliau menjadi Budak Setan tetapi pengarah hanya menunjukkan adegan itu sekadar cukup syarat. Rugi! Watak Azmi juga sebenarnya patut dikembangkan lagi.
Sebenarnya banyak yang kacau bilau. Serius! Senang cakap aku lebih suka filem ini dijadikan trilogi seperti The Lord Of The Ring. Biar bersambung janji ceritanya lebih berseni. 2/5 Bintang
Sebenarnya banyak yang kacau bilau. Serius! Senang cakap aku lebih suka filem ini dijadikan trilogi seperti The Lord Of The Ring. Biar bersambung janji ceritanya lebih berseni. 2/5 Bintang
Scene Yang Patut Diperbaiki :
1) Scene Kashah Terduduk Sambil Diiringi Bunyi Burung Gagak. Bunyi burung gagak tu buat aku tak ada mood nak feeling sedih. Haha.
2) Scene Ayu dan Azmi sewaktu Ayu di kerusi roda akibat kemalangan. Solekan Ayu membuatkan ramai orang ketawa.
3) Scene budak lelaki menjerit,"Aku Benci Perempuan! Aku Benci Perempuan!" Dialog tu tak sampai.
4) Scene yang melibatkan kedua - dua orang doktor. Scene ini paling tak munasabah kerana doktornya memang sah - sah tak ada ciri sebagai doktor.
Apa - apapun, bagi aku filem ini hebat hanya kerana lakonan setiap pelakonnya, muzik latar dan sinematography dalam filem ini. Jalan ceritanya bagus cuma tidak dikembangkan dengan lebih baik dan mendalam. Jika tidak filem ini mesti superb.
Menantikan bahagian ke-2 filem ini.
Menantikan bahagian ke-2 filem ini.
Dari 5 bintang, aku bagi 3 bintang.
P/S : Baru Aku Faham Kenapa Pembaca - Pembaca Novel Harry Potter Atau Twilight Mesti Berasa Sedikit Kecewa Apabila Menonton Filem Adaptasi Dari Novel Kegemaran Mereka.
hm... btul3!!
BalasPadamsbb kt dlm novel mcm lg bes cara penceritaan dia. bila dh jd movie mcm dpt sinopsis keseluruhan cerita je..
izinkan saya mengulas sedikit mengenai pendapat saye ttg movie ini.
BalasPadampada saya yg juga pembaca novel LBS, filem ini mempunyai banyak kelemahan.
satu dari segi pemilihan plot atau scene. patut scene di kolej tidak pernah wujud dan digantikan dgn scene asal iaitu di sekolah. sbb, duration dlm novel antara waktu kasyah jatuh cinta dgn kasyah kecewa (ayu dan azmi dah kahwen) sgt jauh berbanding novel yg hanya setahun. di sini kita nmpk keperitan kasyah tidak seteruk novel.
dua, benda2 remeh temeh seperti panggilan cikgu di kolej, kekaburan kos kasyah ambil di kolej, kesilapan mengenai konon2nya kampung tiada bereletrik tetapi kasyah bawa kamera (di mana nak cas bateri selama setahun?), mencuci lens kamera menggunakan berus cat, dan byk lagi.
tiga, lagu yang sama sepanjang filem ditayangkan agak menjelakkan, walaupun lagu itu syahdu namun tidaklah perlu sampai scene dinner kasyah dan emilia pun lagu yg sama.
empat, dari segi lakonan, pada saya farid kamil kurang beremosi. ini dapat dilihat ketika dia dah tahu ayu dan kawen. ramai yang komen lakonan shiqin agak kaku, dan lisa yg menangis tapi tak keluar air mata. hanya watak azmi by que yg btol2 hidup.
lima, durasi masa yg pada saya agak pendek utk sebuah filem adaptasi novel. 106 minit bagi sebuah filem adalah pendek, dan since novel ini tebal, byk yang tergantung membuatkan orang tertanya-tanya "eh mcm tu je ke?". penyelamat hanyalah berita ianya akan disirikan menjadi drama, tapi ianya tidak bermakna filemnya boleh dibuat sebegini.
enam, cinematography ada yang lawa, ada yang tidak. bila fokus dekat, kamera agak shaky bergerak-gerak seperti tidak stabil dan agak memeningkan.
sekian, maaf panjang. saya juga buat review yg sama di blog saya http://shukjessa.blogspot.com
honestly agak kecewa tapi ape boleh buat, ianya ibarat diluah mati bapak ditelan mati mak. so terima je lah
novel lebih hebat eh?
BalasPadamlol.
BalasPadamaku sokong part ayu bersalin tu die punya doktor sangat hampas la suh teran2 macam bengong je scene tu eiiiii.! mmg paling aku tak suka la scene doktor ntah apa2 tuh.
dan part muka ayu berbungkus tu adalah sangat lawak. satu panggung gelak. padahal scene tu patutnya macam kesian kat ayu.
over all, aku suka lakonan farid kamil. dominannnnnnnn hgga akhirnya. tapi filem ni br bahagian satu kan. ada sekuel kowt nanti.
baca novel puas hati......
BalasPadamMovie yg diadaptasi dari novel selalunya begitu. Aku pernah merasa macam tu. Aku dah tengok LBS ni tapi aku tak pernah baca novel dia.
BalasPadamSo, bagi aku yg tak pernah baca novel dia, time tengok movie ni pun aku dapat rasa dia macam tak cerita sepenuhnya, macam terkejar-kejar.
Dan bila habis je movie dia tulis tamat bahagian pertama, aku terus menyumpah. Lain kali cakap la awal2 nak buat trilogi ke apa ke. Aku mati2 ingat dia buat 1 movie je sebab macam aku cakap tadi la, terkejar-kejar jalan cerita.
Kalau nak bagi puas hati dan betul2 nak ceritakan sepenuhnya supaya penonton terutama dari golongan yg dah baca novel puas hati, buat la trilogi. Lepas tu 1 siri tu buat la 2 jam setengah ke. Baru puas hati.
boleh jadi pengkritik filem ni
BalasPadamdari segi teknikal, aku setuju la dgn kau bab2 pelakon dan lagu.
BalasPadamIni adalah biasa memandangkan even pengarah hebat utk filem Harry Potter dan Twilight pun tak puas hati apatah lagi budak setan.
Bagi aku- ini adalah petanda bagus bila novel mula diangkat menjadi filem.
Kita tau sebelum ni ramai betul produser filem kata skrip atau jalan cerita novel takde yg bagus. Kalau yg bagus pula- tak de org baca macam novel sasterawan2. so bagi aku novel Ahadiat Akasyah adalah novel yg bagus dan popular.
so lepas ni kita boleh jangka akan byk lagi filem yg based on novel.
Tak ke best kalau begitu?
ye sokong sokong...kesetanan beliau amat lah skitt je dalam citer tu..mcmne ngn penonton yang tak pernah bace novel tu?mereka akan kata...takde la setan sangat...hmm..3bintang gak..:)
BalasPadamjln cerita mcm nk tunjuk sume babak dlm novel tu,mmg rase x sempat nk feeling..huu
BalasPadamkecewa,nasib baik lisa surihani pujok belanja askem tgk LBS..Haha
aku ske lagu die bro!
BalasPadamsyahdu bhai!
huhuhu
btw, kalo ade mase singgah blog aku komen entri k?
hee~
kebiasaan memang camtu. bila diadaptasi, pasti ade yg kurang
BalasPadamitu memang lumrah. kalau novel tukar cerita di tayangkan pula berplot plot better buat drama. bila filem, ia cuma seakan pakej yang di pilih pilih sesuai untuk durasi yang lebih kurang 100minit
BalasPadamsalah sorg yg jadi doktor dlm citer merupakan sharad sharan.. pengarah citer tu klu xsilap akulah.. mmg sesuai dia jadi pengarah jer.. hahah..
BalasPadamcite ni bg sye sdh n lbh jujur,cte ni lbeyh rse ksdhn nye coz soundtrack nye....
BalasPadamermm..saye belom menonton cerita itu...thx kerana beri ulasan tentang cerita itu. siap bagi bintang agy...disebabkan ramai juga yg agree dengan pendapat kamo pasal cerita ini bukanlah semenarik yg difikirkan,maka aku tak pergilah tengok citer tu kat pawagam..ahahaha
BalasPadambiasanya bila novel dibuat film pasti ada kekurangan..lebih2 lagi bila kita telah membaca bovel sebelum menonton filem..umpamanya cerita 'ayat2 cinta' sy lebih terkesan membaca novel dr menonton filemnya...
BalasPadamps rasa nk g tguk tp tkde kwn pulak,,so tggu je kuar kt astro..
ye, aku pun pembaca novel setia pada novel2 yang awak mention kat atas tu, so bile novel di adaptasi jadi filem...memang ramai jadik tak puas hati..sebab novel setiap reaksi manusia akan ditulis..tapi filem tidak...filem hanya durasi 2jam je..mana cukup nak selit semua cerita dalam novel dalam filem kan?? memang la sedih...so terima je la...anyway tahniah pada Ahadiat Akashah setelah beberapa tahun, baru la Novel dia dijadikkan filem, kalau kat luar negara...sekejap je novel dijadikan filem kan...~~
BalasPadamgua belum tengok lagi cerita ni. tp gua nak tengok. tak sabar gua rasa. harap2 menarik la. baca review lu ni gua dpt la gambaran serba sedikit.
BalasPadamaku lom nak ulas apa2 sbb aku lom tgk. ekekekeke
BalasPadamlom tgk atau tak tgk atau nak tgk belum di ketahui. hik hik hik ....
malas pergi tengok. buang duit
BalasPadamexecution is very weak, but what do u expect, buku setebal tu jadi 1 jam 46 minit, nonsense! overall, not too bad but i def love the written version of lagenda budak setan compared to the movie..
BalasPadamaku pun dah ingat novel ni...zaman aku remaja tuu..
BalasPadamSiasatan terhadap novel ni akan aku lakukan selepas ini.:-)
BalasPadammacam nak baca novel tu balik then baru tgk..
BalasPadamnth novel sape nth yg aku pnjm dulu..
skrg ada tak dipasaran agak2nya??
erm, sye agak tak bleh blah dgn novel ahadiat akasha nie...
BalasPadamthanks utk review... perasaan aku membuak2 nak tengok LBS. disebabkan aku x baca novel, so maybe aku tak rasa sangat kot kecacatan filem tu. thanks for both review, hans & shukjessa..
BalasPadamwahh..ramai komen tak puas hati.. same la cam aku.. ape yang ko ckp 2 betul hans.. kecewa giler biler kuar panggung semalam..tobat xnk tgk dah pasne..
BalasPadamnampaknya, tak perlu tgok lah cerita ni.. tp fazura tu menggoda lah :p
BalasPadamWeh... aku tak tengok lagi la...
BalasPadamwah detail sungguh kamu ye hans
BalasPadamboleh anti adlin aman ramlee ni jd pengkritik..gud job ;)
sis..?huhuhuu...dua2 takde!maksud sis , xpenah baca novel n xtgk filem ! wuwuwu...
ape2pun just nk cakap, i loike nama hero tu,Kashah . mcm name anakku ;p
ekin rasa.. baca kritikan Hans lagi menarik dari filem LBS.. ha...ha..ha...
BalasPadamerr.. nape i cam suka je cerita ni? haha..
BalasPadamhans,
BalasPadamteruja gua baca ulasan ekau.
menarik.
gua tak tengok g.
*tak sabar gua nak nengok Que.
coz i like him.
hehehe..
hans, vee pun ada buat review tentang LBS.
BalasPadamVee setuju dengan Hans and pendapat kita hampir sama...
:)
time gua tgok cte ni..tang si ayu pelat R je..sme org nk gelak2..xjadik layan feelin...seyes...bkn gua je gelak ..
BalasPadambila kita dah baca novel, jalan cerita yg kita inginkan di dalam filem tak disampaikan dengan baik..kalau tak baca novel, rasanya kita akan kata best dah citer ni...
BalasPadamnyway. lagu kita sma ! haha
BalasPadamaku dah baca pagi tadi. ni bru komen. heh
BalasPadamaku sukala cara kau buat review filem LBS ni.sangatlah detail.next time kalau nk wat review filem, aku kena belajar dari kau lah :D
BalasPadamapa yang kau tulis semua betul..yelah semua peminat novel LBS teruja nak tengok filem ni tapi .....
mungkin tak spt yg kite harapkan..
kau ada tulis kt komen kau td, patutla filem ni macam ni sbb pengarah dia sharad..kenapa dgn sharad tu?? apakah aku kuno tak tahu apa2 (--")
anyway tq hans for the comment ;)
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com