Peringatan :
Hanya Untuk Pembaca Berusia 18 Tahun Ke Atas Sahaja!
Sebelum pergi Uptown tadi aku dengan member aku si Fizi pergi menketedarah dulu dekat Padang Jawa. Lama tak makan dekat kedai tu lepas kena denggi. Pesan nasi goreng kampung + telur dadar dan yang ajaibnya aku sudah tidak rasa nasi di dalam pinggan itu banyak seperti biasa. Selamba badak jer aku habiskan dalam masa berapa minit padahal sepinggan nasi dekat kedai tu boleh bagi 3 orang makan. Mungkin keluasan perut aku sekarang setanding keluasan Gua Niah.
Lepas tu balik rumah sewa kejap beli sticker motosikal. Pak Guard tu keja dok hingaq jer suruh aku pi beli sticker. Waktu aku pi office tak buka memanjang! Nasib tadi buka juga! Dapatlah beli sticker berharga RM5 tu. Sekarang aku rasa macam duduk dekat kawasan orang kaya jer sebab dah ada pak guard! Hahaha. Keselamatan pun semakin terjamin!
Akhirnya, aku pergilah Uptown Shah Alam tu sebab nak beli seluar jeans dengan bakul baju yang bakal dibasuh. Hohohoho! Jalan punya jalan jumpa banyak betul budak - budak Uitm waktu diploma dekat Melaka dulu. Ada juga senior aku jumpa terkejut sebab aku beli jeans dekat situ. Kenapa yer? Sebab dulu aku rajin beli seluar jenama ker? Hahaha! Padahal aku balance kan jer! Gilalah kalau nak beli semua barang branded - branded. Aku memang anak seorang Datuk tapi datuk yang ada cucu dan bukannya Datuk yang membawa kepada gelaran kurniaan. Hohoho!
Apa yang menarik dekat Uptown tadi ialah satu kedai tu di mana hanya ada lelaki sahaja yang mengerumuni kedai itu. Aku ingat ker tok bomoh jual ubat apa tetapi rupa - rupanya seorang bro nih jual minyak belacak! Hahahaa! Minyak belacak kegunaannya adalah untuk....(Sila Cari Sendiri). Member aku tiba - tiba berhenti nak pergi usha! Aku pun usha jer lah!
Bro Belacak : Ini abang kalau pakai nih memang tahan lama nih bang! Benda yang bengkok boleh bagi lurus! Cuba tengok dalam gambar nih! Sebelum dan selepas!
Pelanggan Naif : Betul ker nih bang? Ar ar! Betul lah!
Bro Belacak : Betul lah nih bro! Minyak nih bagus! Abang boleh main lama punya! Puas! Sapu dekat ____(faham - faham sendirilah) abang tu waktu lepas Subuh ker atau waktu malam. Jangan sapu waktu balik dari kerja. Minyak nih panas! Badan lepas kerja pun panas. Jadi, kena sapu waktu yang betul lah!
Pelanggan Naif : Sehari naik seinci yer bang?
Bro Belacak : Tak adalah sampai sehari naik seinci bro! Kalau seinci sehari cukup sebulan dah boleh buat tali pinggang. Sebulan 1 inci tapi kena rajinlah bang! Hari - hari mau sapu selalu!
Pelanggan Naif : Hahahaha! Owh, hari - hari kena sapu selalu!
Member Aku : .........
Aku pun bisik dekat member aku :-
Aku : Suruh abang tu buat demo lah weih! Kalau tak mana kita nak tahu berkesan ker tak minyak tu kan? Haha!
Member Aku : Hahaha! Betul juga tu!
Aku pun terbayangkan satu situasi kalau aku berani nak tanya soalan maut dekat bro Belacak tu.....
Aku : Bro! Macam mana nak tahu minyak nih betul - betul berkesan ker tak?
Bro Belacak : Abang kena try lah sapu! Gosok setiap malam! Baru jadi bang!
Aku : Abang tunjuklah demo dekat kitaorang semua nih tengok! Mana kami semua ni tau lagu mana nak sapu dengan cara yang betul! Kalau betul - betul berkesan barulah saya beli! Saya beli 10 dekat abang kalau minyak nih memang betul - betul power!
Bro Belacak : Eh, kau nih biar betul? Taknak lah aku!
Semua : Demo! Demo! Demo! Demo! (menjerit - jerit macam reformasi)
Bro Belacak : Erkkkk!
Tamat imaginasi! Hahahahaha! Lepas membazir masa mendengar penerangan bro belacak tu kami pun pusinglah satu uptown tu. Aku angkatlah satu jeans dekat situ. Lepas tu aku pun blah dari situ selepas puas mencari jeans yang diingini!
P/S : Masih Tak Dapat Lupakan Ceramah Tadi! Hahaha!
buat tali pinggang memang mantap bhai!!!
BalasPadamaku rasa, dia pun tak nak wat demo tu..hahaha
BalasPadamhaha susah nak sorok hans oi
BalasPadamhahah..buat tali pinggang? hari2 mau..kah3..ha,dia buat ke? kalau buat demo,kompem ramai yang beli..kah3
BalasPadammember aku pernah kena approch oleh brader belacak macam nie kat langkawi dulu..
BalasPadammasa kat dalam public toilet..siap dia offer nak tunjuk batang berjuntai dia sebagai bukti keberkesanan...silaka!! gay ke apa??
aha.
BalasPadamboleh pulak nak suruh dia buat demo?
sabar je la.
:)
Depa cuma nk tgk btg konek penjual minyak tu je
Padamhaha .skrg ni da mcm2 ubat jual untuk bende2 ni .
BalasPadamlorhh gila malas nak google..hehe
BalasPadammacam minyak lintah ekk???=p
benda2 camtu bahaya sbenarnya. nak hasil yang lain, nanti lain jadinya
BalasPadamsiap cheers lagi suh wat demo.ngahahhaa
BalasPadamimaginasi yg tggi..;P
BalasPadamkalau sehari seinci.... mak ai?
BalasPadamhahahaha...imiginasi yg bagus!
BalasPadamkalau betul dia buat demo ko yang lari kot...
hehehe macam2 produk sekarang ni huh
BalasPadamtinggi sungguh cita2 tu..
BalasPadamklu dia buat btul2..mau pengsan kat situ ow...gle bole wat tali pnggang....ngeri de
BalasPadamEntry paling kelakar pernah Nisa baca XD Made me laugh there.
BalasPadamhahs,
BalasPadamhahaha...
tali pinggan tu..
adeh, imaginasi aku tercemar..
kahkah...
hahahaha.......... tali pinggang panjang dan besar..
BalasPadameh...jap2....
cek i/c..
oke....da lebey 18thn..hee~
hahaha, atoiii..kelakar ouhh
BalasPadampanas ke? xbest la..nanti xjadi lurus trus..ekeke
BalasPadamsebulan mcm tali pingang!!! hahahaa setahun?? mcm ne hasil demo tu?
BalasPadamgil0 ah.ahahha..
BalasPadamaritu gi Uptown Shah Alam takde pun bnde2 tue? huhuhuhuhu
BalasPadamrazil tahir : entry nih tahun lepas punya la bro...
BalasPadamHuhu bru masyuk
BalasPadamMemang kena rajin. Baru menjadi..
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com