Semalam gua tidur awal gila. Pukul 1.30 malam dah tidur. Selalu pukul 3 ker 4 baru tidur. Semalam gua rasa letih sikit. Jadi, bila pagi tadi loceng hp gua yang canggih tu berbunyi lagu selamat hari natal maka gua pun terbangunlah dengan cepatnya. Selalunya, kalau loceng hp gua berbunyi gua akan matikan dan kunci jam pada waktu yang lain tapi tadi terus gua bangun sebab gua taknak terponteng kelas lagi.
Sebab gua dah bersiap awal gila dan tiba - tiba gua rasa lapar. Gua memang dah lama mengidam nak makan nasi lemak Akak Rock tepi bus stop tu. Kali pertama gua termakan waktu gua datang Shah Alam ambil jubah yang balik hari tu. Sekali makan dan memang sambal dia terbaiklah setakat nih. Ada seorang lagi makcik yang jual nasi lemak tapi depan sikit. Gua ada juga try sekali dulu sebab Akak Rock tak buka kedai. Tapi, sambal makcik tu tak sedap.
Jadi, tanpa membuang masa gua pecut motosikal pergi kedai akak tu. Pecut motosikal macam jarak kedai tu jauh jer kan? Padahal dekat jer pun. Malas gua nak jalan kaki. Hahaha! Tengah gua belek - belek apa gua nak ambil tiba - tiba datang seorang nyonya nih. Dia datang speaking dengan akak tu. Gaya dia macam mak datin yang berlagak - lagak macam dalam slot Samarinda tu.
Mula - mula aku pelik juga. Pejadah nyonya nih annoying semacam jer nih. Datang beli nasi lemak pun nak berlagak poyo - poyo jer. Tiba - tiba Akak Rock nih pun layan jer cakap nyonya tu. Lepas tu masing -masing gelak. Loh! Rupa - rupanya nyonya tu memang suka buat lawak dekat situ. Kira nyonya tu pelanggan tetap lah. Aku pun tergelak dekat situ. Hahaha! Tak kenal maka tak cinta! Maksudnya disini kalau kau tak kenal nyonya tu siapa dan terus buat conclusion memanglah kau salah. Nyonya! Ekau memang rock lah!
Style beb nyonya tu! 1st dia speaking! Lepas dia gelak - gelak macam orang gila. Then, dia cakap Melayu fasih pula tapi muka dia macam Chinese! Sempoi beb nyonya nih! Aku dah tak tahu dah dia Cina atau Melayu sebab dekat kawasan rumah aku dulu pun ada juga orang tua nih yang mati - mati aku ingat dia Cina tapi rupa - rupanya Melayu. Itupun sebab aku join mak dengan kakak aku bergosip - gosip dekat rumah. Kalau tidak memang sampai mati pun aku tak tahu nenek tu Melayu. Hahahaha!
Apa - apapun, nasi lemak yang diletak telur mata, ikan bilis, timun dan kacang itu memang terbaik. Dengan hanya RM1.80, saya sudah kenyang untuk waktu pagi dan tengahari. Hohohoho! Nanti kalau bangun awal lagi nak makan nasi lemak Akak Rock lagi lah.
teringin la plak nak makan nasi lemak kat old town..sedap kot..huhuhu
BalasPadamnak merasa lagi..sila la bgn awal ya..hehehe... :)
BalasPadamnapa panggil nasi lemak akak rock?? kakak tu rock ke??
suara serak2 ke??
adess...tgk gambar da lapar balik
BalasPadamwalawehhh nasi lemak... gambar tak tahan
BalasPadamhans.. ko nak transfer kat aku 50 ke..? time kasih la hans.. terharu aku.. hahha..
BalasPadamHoho.. Rajen ko merewang sana sini..
BalasPadamlu kalau makan memang teror. nyonya tu memang selamba yaw
BalasPadambest seh...
BalasPadamdah lame x pekene nasi lemak
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com