Hari Nih Serba Tak Menjadi! Ingatkan Petanda Nak Pergi Ke Dunia Lain Tapi Rupa - Rupanya.....

Pagi tadi aku asyik terbangun dari tidur jer. Mungkin sebab bunyi jam loceng budak sebilik kut! Rasa macam nak bakar pun ada jam tu! Hahaha!

Lepas tu pergi kelas dengan si Fizi dan Ezul. Pergi isi minyak motosikal sebab motosikal aku dah dahaga gila dah! Atas nasihat si Pit maka aku menggunakan V-Power 97 dan prestasi enjin motosikal saya menjadi terbaik gila. Gunalah V-Power 97 Shell! Hehehe!

Sampai ke kelas singgah kejap pergi beli air. Rupanya dah terlewat sampai kelas! Sudahlah kena duduk depan sekali menghadap Legend! Sumpah mengantuk gila! Aku yang berhadapan dengan dia pun mengantuk dengar suara dia tambah orang belakang! Hahahaha. Kelas aku rasa tak sampai 20 minit kut! Haih! Tapi okay juga kelas 20 minit kalau still 3 jam mau mati aku tercangak kebosanan depan tu dengar lecture aku tu bercakap.

Lepas tu pergi office nak ubah kelas. Mula - mula macam tak ada harapan jer. Rasa tekanan pun ada. Tapi nasib lepas tu boleh pula. Alhamdulilah. Nasib si Wana bawa coklat Hershey yang aku lebih suka panggil coklat bawang. Aku makan satu jer pun! Hahaha.

Lepas tu pergi cafe untuk bersarapan pagi. Memang keajaiban dunia apabila insan kacak bernama Hans bersarapan pagi. Hahaha! Tapi bihun pagi nih tak sedaplah! Cess! Selalu sedap jer! Lepas tu budak rumah merangkap classmate si Iman datang bagi aku kunci motosikal. WTF! Aku tertinggal dekat motosikal kunci motosikal aku. Nasib Iman bagi! Adoi! Sangat gila! Nasib motosikal aku selamat dan tak dibawa lari orang. Syukur alhamdulillah dan trimas kepada Iman! Pelik lah aku hari nih! Nyanyuk tak pasal - pasal kenapa entah.

Lepas tu aku ditegur lagi sebab mulut pucat macam orang sakit. Hahaha! Aku rasa dah tiba masa untuk membeli buah tomato dan dijadikan sebagai makanan ruji lepas nih. Jerawat dekat muka pun dah kurang. Kalau tidak tetiba jer jerawat naik waktu cuti hari tu. Kepala pun gatal macam ada kutu. Ini semua kerana penyakit bernama Resdung! Haih!

Lepas tu pergi keluar duit dekat ATM Bank Islam dekat Seksyen 2 tu. Yang peliknya aku dah start enjin motosikal dan aku tak perasan enjin tu dah hidup. Aku pun start lah lagi sampai member aku tegur. Hahaha! Patutlah tak boleh start sebab memang enjin dah hidup pun. Lepas tu duit RM1 pun terkeluar dari poket. Member aku tegur juga. Nasib tegur kalau tidak memang tak sedar duit terjatuh ke tar jalan. Apa kejadahlah aku hari nih!

Balik rumah online - online tiba - tiba sakit perut. Nih sebab makan coklat lah nih. Coklat buat aku kacak, mencantikkan gigi dan menguruskan badan. Jadi, memang metabolisma aku akan meningkat mendadak lepas makan coklat. Puas termenung dalam bilik air tu. Macam - macam aku fikir waktu termenung! Fikirkan Lisa! Fikirkan Fazura! Fikirkan Ayu Raudah! Fikirkan Hannah Tan! Fikirkan Luna Maya! Asal semua artis jer aku fikir nih? Hahahaha!

Buka - buka laptop tengok tweetdeck lepas tu bro Denaihati ada tweet entry terbaru dia pasal Pemenang - Pemenang Contest Teka Juara Piala Dunia 2010 dan dengan yakinnya mencari nama sendiri. Tak sia - sia gua yakin lebih - lebih sebab memang nama gua tersenarai. Hehehehe! Ini kemenangan kedua aku sepanjang join contest yang dianjurkan bro Denaihati.




Terima kasih sekali lagi kerana anjurkan contest nih! Kerana contest ini pertama kali gua lepak tengok bola dekat mamak dan tanpa disangka gua telah menonton 4 kali di mamak dan 2 kali di televisyen. Ramai juga member - member gua pelik sebab gua nih bukanlah minat sangat bola nih. Tapi kerana contest nih gua tanpa segan silunya cakap gua dah mula minat menonton bola sepak! Serius gua dah minat jadi lepas nih kalau gua tengok Liverpool lawan nanti lu orang jangan buat terkejut ker apa! Bola sepak adalah permainan yang menarik dan penuh dengan strategi.

Jadi, bila dah menang nih aku memang dah tekad duit yang aku dapat tu macam biasa nak masukkan dalam ASB lah! Sekarang semangat menabung dah kembali! Enjoy tu enjoy tapi menabung pun perlu! Maklumlah! Aku bukan orang senang pun! Benda - benda aku guna selagi tak rosak dan selagi boleh pakai maka kenalah guna! Biasalah bila benda susah nak dapat maka kenalah pandai jaga! Hahaha!

Apa - apapun, terima kasih sekali lagi kepada bro Denaihati dan tahniah kepada 4 pemenang lagi yang setia menyokong Sepanyol dari awal walaupun sebelum ini kita berpeluang untuk mengubah pasukan pilihan selepas kekalahan England, France dan Italy. Kalau tidak ada juga terfikir sekali nak ubah kepada Brazil tapi aku terfikir 5 saat jer sebab lepas tu wajah mak muncul dalam kepala sambil berkata,"Jangan tamak atau cepat terpengaruh sebab nanti menyesal!" Hehehe!

Baiklah! Masa untuk bersiap - siap ke kelas! Assalammualaikum!
P/S : Jatuh Hati Pada Lagu 24 Nyanyian Switchfoot!

8 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama