Kena Tidur Awal Nih! Esok Ada Kelas Pagi!

Semalam aku tidur agak awal daripada biasa. Rasa - rasanya pukul 1 pagi lebih macam tu aku sudah belayar di alam imaginasi tanpa kawalan minda. Ini semua gara - gara esok ada kelas pagi bersama Legend! Akhirnya, aku terjaga pada waktu yang ditetapkan melalui nada dering telefon bimbit yang ligat mengeluarkan bunyi - bunyian lagu. Aku bangun tetapi bukannya terus mencapai tuala tetapi menghentikan bunyian muzik tadi lantas menetapkan waktu yang baru supaya telefon aku itu berbunyi kembali.




Sekali lagi aku terjaga dan sama seperti tadi aku menghentikan deringan telefon dan menetapkan masa yang baru. Akhirnya, sekali lagi aku tertidur dan apabila sedar sudah pun pukul 9.50 pagi dan apa yang pasti rasa - rasanya seperti ramai manusia lain yang tidak pergi ke kelas pada pagi ini. Tekaan ku tepat! Dianggarkan 15 orang daripada 32 orang budak kelas tidak menghadiri kelas kerana sebab - sebab tertentu yang tidak dapat di elakkan.

Apa - apapun, aku gembira menikmati tidur yang panjang sebentar tadi dan insyaallah kelas petang ini aku akan pergi untuk menyerahkan tugasan kepada pensyarah. Terasa mahu memanjakan diri di dalam bilik air selepas ini. Selamat pergi ke kelas!


P/S : Malam Nih Nak Baca Buku Akhbar Dan Kuasa Lah!

11 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. kire ko bagus la jugak hans, tidor awal sbb ade kelas awal kn..

    aku dulu, masih leh main2 tgk movie smpai 4,5 pagi, padahal esok nk kelas.. perghh.. itulah penangan nescafe!! semangat nk hbs kan cite2 korea..hehehe

    BalasPadam
  2. demam eyhh..?? ke kelas dibatalkan??

    BalasPadam
  3. ewah......
    sambung tido ekau babe...

    hahhaa..

    BalasPadam
  4. ak pun cm2.,.. susah benor nk bgn.. kdg2 setngah jam bleh lg sambung tdo lam hati ''xpe2, nt ckp jalan jam''. ahaha.. so klas pun missed..

    BalasPadam
  5. dah bangun, tido balik mmg mcm tu la..
    ker tu trick x nak pi klas? hehe

    BalasPadam
  6. hahaha ingatkan dah tido awal ko pgi klas...hampeh

    BalasPadam
  7. Tido awal untuk bangun lewat..tido lewat untuk bangun awal..

    BalasPadam
  8. Happpy Bufdaayyyyy Brooooo!!!!!!!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama