Luahan Hati Si Paul

Paul di lahirkan di England namun beliau tidak tahu siapa ibu dan bapa beliau. Dari kecil lagi beliau telah menjadi yatim piatu. Paul ditinggalkan oleh ibu bapanya yang tidak bertanggungjawab. Paul beruntung kerana beliau ditemui oleh sepasang keluarga yang tidak mempunyai anak. Mereka sangat tertarik dengan Paul kerana Paul lain daripada yang lain lalu mereka sebulat hati mengambil Paul sebagai anak angkat mereka.

Setiap hari mereka akan menemani Paul bermain. Paul sangat aktif dan lasak. Kejap ke kiri dan kejap ke kanan. Keluarga angkat Paul juga seringkali memanjakan Paul dengan memberinya makanan yang banyak. Paul sangat sayangkan mereka. Tetapi, malang memang tidak berbau. Keluarga Paul terlibat di dalam satu kemalangan jalan raya. Sekali lagi Paul menjadi anak yatim piatu. Paul risau memikirkan nasibnya di masa akan datang. Adakah lagi insan yang sudi menyayanginya seperti anak mereka sendiri? Paul berdoa siang dan malam.

Akhirnya, doa Paul dimakbulkan! Paul sekali lagi menjadi perhatian sepasang keluarga daripada Jerman. Mereka menatang Paul bagai minyak yang penuh. Paul gembira dengan layanan mereka. Suatu hari Paul perasan satu kelainan melalui bekas makanannya. Kali ini bekas makanannya bercorak - corak tidak seperti selalu yang hanya berwarna jernih. Paling Paul musykil ialah terdapat dua bekas makanan. Paul terfikir sesuatu.

Selalunya jika mereka berbuat baik dengan kita pasti ada udang di sebalik batu. Jadi, Paul hanya memilih satu bekas makanan saja sebagai makanannya. Walaupun Paul lapar tetapi Paul terpaksa bertahan kerana dia masih tidak tahu apakah sebabnya keluarga angkat dia tiba - tiba menjadi pemurah sedemikian rupa. Tiba - tiba Paul perasan kelibatnya di rakam keluarga angkatnya sewaktu dia menjamah makanan di dalam bekas tadi.

Paul : Owh, cuba curi - curi rakam I makan yer? Nanti U! Tahulah I ajar U!


Marah Paul diperlakukan sedemikian rupa. Dia berasa dirinya hilang privacy! Kenapa kehidupannya sehari - hari perlu dirakam sedangkan dia juga punya hak untuk hidup dengan aman dan tenteram. Esoknya, selepas Paul terjaga dari tidur dia berasa aneh kerana bekas makanannya terdapat corak yang lain pula. Lalu dia pun bermonolog sendirian.

Paul : Entah - entah makanan dalam bekas nih tak sama macam bekas semalam kut. I nak cuba makanan dalam bekas baru nih pula lah. Mana tahu rasa daging ikan Paus ker.


Paul pun menuju ke bekas itu lalu menjamah rezeki di hadapan matanya. Kemudian sekali lagi Paul bermonolog sendiri.

Paul : Sama jer pun rasanya! Ingatkan rasa lain! Hish! Menyesal betul I makan makanan dalam bekas nih! Menci tauuu!


Sekali lagi Paul perasan dirinya dirakam oleh keluarga angkatnya namun kali ini Paul tidak melenting kerana dia sudah lali dengan perkara ini. Tiba - tiba Paul perasan begitu ramai yang cuba merakam atau mengambil gambarnya. Paul hairan! Kenapa tiba - tiba dia menjadi perhatian ramai? Apa yang uniknya dirinya itu?

Tiba - tiba Paul terlihat dirinya sendiri di dalam televisyen yang terdapat dihadapannya. Kelihatan seperti wajahnya sendiri. Paul pun cuba memberi perhatian setiap bait kata yang diucapkan oleh pembaca berita itu.

Pembaca Berita Lelaki : Seekor sotong yang tak guna bernama Paul telah menyebabkan pasukan bola sepak negara kita mengalami kegagalan yang memalukan.

Pembaca Berita Wanita : Dasar sotong tak tahu mengenang budi! Sudahlah diberi tempat tinggal dan makanan di negara kita tetapi masih tidak tahu bersyukur. Mari kita dengar apa kata penyokong - penyokong bola sepak negara kita.

Penyokong 1 : Saya mahu bunuh itu sotong! Tarak guna punya sotong!

Penyokong 2 : Tiba - tiba rasa mahu makan sotong!

Penyokong 3 : Siapa boleh curi si Paul tu saya bagi 10 Juta Euro!

Penyokong 4 : Aku benci sotong tu! Matilah kau sotong!

Paul : Glupp! Apa salah I? I hanya makan makanan I saja tauuu. Salahkanlah keluarga angkat I tuu!

Jadi, kerana bersimpati dengan nasib Paul yang bagi saya tidak bersalah maka saya telah membuat sedikit temujanji dengan Paul dan terima kasih sekali lagi kepada keluarga angkatnya kerana memberi keizinan untuk saya menemu ramah Paul bagi mendengar isi hatinya selama ini.

Aku : Hai Paul! Apa khabar? Nampak cantik jer awak hari nih! Eh, awak laki ke perempuan?

Paul : I pun tak tahu apa jantina I sebab I hidup seorang diri dari dulu sampai sekarang tau You.

Aku : Owh! Awak ada berapa adik beradik?

Paul : You pernah kena lempang tak? I kan dah cakap I nih hidup sebatang kara. I cubit You nih kang!

Aku : Alamak! Saya lupa. Maafkan saya Paul. Janganlah merajuk! Kuci kuci pampers hai!

Paul : Nasib You pandai pujuk I. Cayang You. Muah!

Aku : Baiklah! Soalan pertama dari saya ialah adakah awak mempunyai kuasa untuk meramal pasukan mana yang akan menang dalam pertandingan world cup ini?

Paul : Sumpah I tak tahu apa - apa pasal World Cup! I pun terkejut tiba - tiba bekas makanan I ada corak - corak dan diri I dirakam ketika I sedang makan. Tak suka! Tak suka! Tak suka!

Aku : Owh! Mereka rakam diri You sewaktu you sedang makan sahajakah Paul?

Paul : Yups! Waktu I makan baru diaorang rakam. Waktu I tengah berak ker menari ker diaorang tak nak plak rakam. Itulah pasal! Peninglah kepala I nih You!

Aku : Baru - baru ini anda mendapat banyak ugutan berbaur ancaman bunuh daripada pihak luar. Adakah anda tahu tentang itu?

Paul : I baru dapat tahu sewaktu I curi - curi dengar Buletin Utama Jerman semalam. Terkejut I tau!

Aku : Jadi, apa yang awak cuba nak sampaikan pada para pembaca blog saya?

Paul : Okay! I nak bagitahu U'ols semua yang I tak tahu apa - apapun. Itu semua salah keluarga angkat I. I hanya mampu makan makanan yang diberi mereka sahaja. Mana I nak cari makanan dalam bilik I nih. Dah lah sempit. Kenapa U'ols semua nak marah - marah pada I. Marahlah pada keluarga I. Mereka yang letak corak - corak dekat bekas I.

Aku : Betul juga tu kan?

Paul : Itulah You! Kalau diorang letak gambar Brad Pitt dengan Orlando Bloom dalam bekas makanan I macam mana? Takkan I tak makan langsung sebab takut orang kata I gay? I terpaksalah makan kan? Makan untuk hidup!

Aku : Erk? Awak nih lelaki ker?

Paul : Perumpamaan sahajalah! You nih kelakar lah! Kacak pun kacak! I suka lah dekat You.

Aku : Owh, betul ker? Thanks! Eh, awak! Nanti kan perlawanan final nanti awak pilih pasukan Spain tau!

Paul : Owh, bendera yang warna merah kuning tu ker You?

Aku : Ar ar! Dengar katanya Perdana Menteri Sepanyol si Jose Luiz Rodriguez Zapatero tu sangat sayang pada awak sekarang. Mana tahu kalau betul - betul Spain menang nanti awak juga yang untung.

Paul : Thanks sebab bagitahu I pasal hal nih. Nanti You jangan lupa tengok I dekat Youtube tau. You sokong Spain ker?

Aku : Ar ar! Sebab tu suruh awak pilih bekas makanan dalam tu!

Paul : Sebab You kacak I penuhi permintaa You. Hehehe!


Keesokan harinya, saya membuka Youtube dan dapat melihat sekali lagi aksi Paul di dalam biliknya.





Jadi, setakat ini sahajalah luahan hati Paul si sotong kurita yang comel seperti Squidword. Bertemu lagi kita pada edisi yang akan datang! Semoga berjumpa lagi!

P/S : Sakit Perut Aku Bila Member Aku Tanya,"Paul Tu Sotong Ker? Lahhhhhhhhh! Aku Ingatkan Paul Tu Lelaki Sotong!" Hahahahahaha!

27 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Hhahahahahha...gila lah...lawak nak mampus..memang kaw-kaw lah bro...adoi.......

    xleh tahan nie..kakakakakakkah...... XD

    BalasPadam
  2. untuk final match nanti si paul tu akan ke cincang idop2 sebab maen2 kan perasaan kau la bro. ahaha.

    BalasPadam
  3. hahaha
    aku ngat kan menda laa paul tuh!
    weh asal sume kecoh kecoh sal sotong neh???
    tak paham arr...

    BalasPadam
  4. hahahaha...


    ngn si paul tu pn bleh jd hal ek...

    BalasPadam
  5. berdasarkan dialog, paul adalah maknyah...

    BalasPadam



  6. Waakakakakaa.... waka-waka eh eh.

    Perghh!!!

    BOMBASTIK GILER CITER HANG NIE!!!

    Elok si PAUL tue dijadikan makanan snek sotong kering yang hat dok jual kat tepi pantai tue kekekee...

    *maner pi ShoutMix hang?!

    BalasPadam
  7. wartawan yg bagus der.. terbaik hans.. hahah.. go orange go! aik aku sokong pe yerk??!

    BalasPadam
  8. hebat hang dpt interview sutun ni..haha.=D

    aku menci paul sbb dia lah jerman klh..huhu.T_T

    x mau sokong spian yg klhkn abag2 pakwe i..haha.(tiru gaya gedik paul).

    p/s: aku plg suak tang part hang tny dia ada bp beradik tue..mau kn lempang..haha.=D

    BalasPadam
  9. wakakaka..

    kalo aku cikgu.. aku bagi A la citer ko ni

    BalasPadam
  10. arghhh naifnya aq..
    dah 3/4 baca baru aq tersedar..

    bagus2.i like =)

    BalasPadam
  11. haha. paul2.. aku dengar dah kena bunuh dah si paul ni. Binatang tak bersalah pun jadi mangsa. Manusia2..

    BalasPadam
  12. lelaki sotong tu,HANS!hahahha..
    sengal la kau hans si sotong!

    BalasPadam
  13. mmg klaka la!!! serius ko mmg kretif la hans!!! hahahaa adoiyai...

    BalasPadam
  14. berusaha tu..terbaiiiikk!
    membe aku bak buat celup tepung. euuuwww... geli dengan tentacle. haha

    BalasPadam
  15. apasal kawan lu tak cakap paul moss malaysian idol je haha

    BalasPadam
  16. pnjg gle entry ko hans....
    penat aku nk membace..

    BalasPadam
  17. cerita paul yg plg menarik. huhuhu

    BalasPadam
  18. kalau paul tu laki dy cam gay je la haha...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama