Mari Makan Buah Tomato!

Sewaktu saya kecil dahulu sebutlah apa saja jenis sayur pasti tak terlintas pun di hati saya nih nak merasa walaupun secubit kecuali ubi kentang, daun bawang, bawang goreng, kucai, timun dan salad. Saya merasakan makan sayur sewaktu kecil seperti dipaksa memakan racun tikus! Bertambah deritanya hidup saya apabila sewaktu tingkatan 1 saya sudah terpaksa menetap di asrama sekolah kerana semua pelajarnya diwajibkan tinggal di asrama walaupun jarak rumah dengan sekolah hanya sehasta.

Apabila tinggal di hostel, saya tidak boleh lagi bersifat pemilih kerana jika tidak makan maka saya akan kelaparan atau lebih tepat lagi kebuluran. Saya dihidangkan dengan sayur - sayuran yang berlonggok - longgok di dalam dulang seperti sayur sawi, bayam dan kangkung . Apatah lagi apabila ada pelajar lain yang mengadu terjumpa ulat sayur sebesar jari kelingking serta paku dan sebagainya sehingga membuatkan saya semakin anti untuk memakan sayur - sayuran. 

Keluarga saya selalu berleter kepada saya kerana tidak mahu makan sayur. Ditambah pula alahan kulit saya yang memang teruk hingga membuatkan tangan dan kaki saya bergerutu sewaktu itu menguatkan lagi leteran mak dan abah saya. Tapi, apa boleh buat! Saya tidak mampu untuk menelan sayur - sayur sebegitu! Tekak terasa seperti tersekat sewaktu mahu menelannya!

Akhirnya, saya belajar memakan sayur - sayuran cuma masih ada sayur yang saya tak mampu lagi nak telan seperti terung dan labu. Sekarang saya sangat suka makan sayur.  Siapa sangka saya yang dahulunya manusia anti sayur berubah kepada manusia yang fanatik pada sayur - sayuran. Antara sayur kegemaran saya ialah ubi kentang, brokoli dan tomato. Saya suka makan tomato mentah. Maksudnya disini jika tomato itu dimasak sehingga menjadi lembik maka saya tidak ada selera untuk menjamahnya.

Apa yang saya perasan ialah saya sangat meminati tomato sewaktu saya kerap makan di luar! Setiap hidangan nasi goreng apatah lagi nasi ayam mesti ada beberapa hirisan tomato dan yang pastinya saya tanpa segan silu akan meminta lebih hirisan tomato itu sehinggakan para peniaga yang sentiasa berurusan dengan saya sanggup memberi sebiji atau dua biji tomato yang dipotong dua kerana saya sangat menyukai tomato.

Seperti di Melaka dimana saya suka makan nasi ayam di kedai Haji Nikmat di hadapan Uitm Lendu, peniaga di kedai itu yang saya bahasakan dirinya sebagai nenek juga sudah faham dengan kehendak saya. Tomato pasti akan diberi lebih tanpa menaikkan sedikit pun harga makanan. Sebentar tadi juga saya baru melantak sebiji besar tomato mentah di Restoran Ummi di Seksyen 7!

Tomato atau nama saintifiknya Iycopersicon Esculetum sangat kaya dengan anti-oksida dan juga mengandungi vitamin A dan C, zat besi, serat yang baik untuk badan. Disamping itu tomato juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral.

Tomato ialah sejenis sayur buah berwarna merah dan boleh dimakan secara mentah ataupun dimasak bersama makanan lain seperti sup, tomyam, kari, dalca dan sebagainya. Untuk pengetahuan anda, tomato turut membekalkan kita 40 peratus daripada keperluan harian vitamin C dalam badan kita.


Kelebihan Tomato :-

1) Mengurangkan risiko barah prostat di kalangan lelaki.
2) Mengurangkan jerawat dan merawat penyakit kulit.
3) Membersihkan kulit muka dan mengecilkan liang roma.
4) Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan.
5) Melancarkan perjalanan darah.
6) Menghalang bengkak dan radang.
7) Menguatkan sistem pertahanan badan.
8) Mengurangkan risiko kanser.


Jadi, mulakan hidup sihat dengan memilih tomato sebagai makanan wajib anda setiap hari.




P/S : 
Ada Tak Syarikat Perusahaan Tomato
Yang Mahu Menjadikan Saya Sebagai Duta Anda? 
Hubungi Saya Segera Yer!

44 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. aku geli doh nak mamam tomato ni..eeeyy...kalau sayur lain,aku telan je..hehhe

    BalasPadam
  2. aku mmg xleh mkn sayur.. tomato lglh.. lembik..

    BalasPadam
  3. aku tak suke sangat tomato tapi aku makan jugak. tapi since tomato "membersihkan kulit muka" haissh terus semangat nak makan neh

    BalasPadam
  4. hans mkn tomato sbb nk cantik.
    wakakaka.

    BalasPadam
  5. yg ak taw , tomato ni baik untuk mata..teringat cerita kartun tomatoman zaman dulu..hehe

    BalasPadam
  6. aku x suke sayur merangkap sepupu sepapat nye skali..
    huhuu

    BalasPadam
  7. aku suka mkn sayur sejak kecik lagi. sayur plg aku suka kangkung..

    BalasPadam
  8. hans, nanti try tomato mentah cicah kicap..sedap wehh..!!

    den juga luv tomato...;)

    BalasPadam
  9. tomato utk kulit..carrot utk mata.. heee..
    yaa!!!! i loooiikkkee sayooo.... but, say no!! to tomato mentah.. yaakk..

    BalasPadam
  10. hahaha penangan tomato I like :P
    tapi jus blh lah :)

    New Entry Prof-Hariz
    Cinta Terakhir Aiman

    BalasPadam
  11. dlu aku mmg anti sayur..
    Skrg, bg je sayur ape2pn..
    Sure mlantak abeh..
    Haha..

    BalasPadam
  12. terharu btol baca cter incik hans
    cane tetiba kau minat sgt ngan tomato ni? awek paksa makan ke?hehe

    aku paling minat pucuk paku masak lemak cili padi ngan kailan ikan masin...pergh!

    BalasPadam
  13. sama..saya pon suke gile makan tomato mentah tp cecah ngan garam.=p sedap.

    BalasPadam
  14. sy x berapa ngam dgn tomato. sy suka salad. yummy2. :PP

    BalasPadam
  15. tasuke tomato...tasuke togey...tasuke kubis!


    suke kangkung...suke kailan....suke bayam....suke carrot....

    BalasPadam
  16. hak3
    hans, kau suka nak jadi2 duta ni kan???

    nak fofular lah tu!
    ekekekekeke

    BalasPadam
  17. dulu aku pun xsuka sayur..tp bila masuk asrama...semua gua cekik dowh..ahaks

    BalasPadam
  18. respect cara lu berubah dr x mkn ke mkn sayur...
    tp x yah jd tomato man kalau fanatik sngt...
    hahahaha...

    BalasPadam
  19. sayur kangkung sawi bayam sume bole masuk..
    xpi mmg xle masuk la kalau tomato x.x" nk2 yg mentah..tpi mcm xde je tomato goren
    kalau ad ak brani nk cobe xD

    ps: kalau burger,aku msti asingkan tomato lol.. sry tomatoman~~

    BalasPadam
  20. ya, tomato bagus untuk kesihatan kita but i loike chilli much better :))

    P/S: Transfermers

    BalasPadam
  21. dari kecik x suke sayur
    tp sayur dalam bege aku tibai je
    hhoho pelik2 :P
    tp x ske tomato!
    dalam bege pn aku buang
    hehehehe

    BalasPadam
  22. Adohhh.. Aku nie anti betul nak makan tomato.. Kalau sayur lain tue boleh lagi... Kalau tomato aku surrender...

    BalasPadam
  23. aku juga menggilai tomato mentah.sedap di simpan dlm peti sejuk dan di makn bersama kicap kipas udang.kdg2 mkn dgn sos dn mayonis!
    tomato sgt bagus untuk kulit ! =)

    BalasPadam
  24. beta murka dgn dri sdri kerna xmkn sayur.huh.

    BalasPadam
  25. walau dikerah sekuat manapun.. aku xkn makan buah itu.. kecuali sos tomato.. hehhe..

    BalasPadam
  26. aku mkn je tomato. tp tak penah amek tau khasiat2 dia cam kat ats tu..sbb jenis mkn tak memilih..hehe..

    Tak mahu semua, jangan buang semua

    BalasPadam
  27. suka sangat tomato.. lagi2 yg dalam tomyam tu. perghh..

    BalasPadam
  28. suke tomato sebab tomato boley hapuskan jerawat. hehehe!
    seyes, sangat sangat bekesan howkey, buat jus... tapi bau, ya Allah, hehehe

    BalasPadam
  29. hans mane chatbox kau?
    btw.. bole gitaw dop html utk buat kotak kaler2 cm hang buat utk boldkan text tuh

    BalasPadam
  30. info tentang khasiat tomato di SIHAT SELALU - Khasiat Tomato

    BalasPadam
  31. tomato bgs utk mereka yang berdiet.hehe

    BalasPadam
  32. Aku tak suka tomato dgn timun. Tapi timun dlm burger McD aku suka! Hahahaha!

    BalasPadam
  33. zaman aku sekolah rendah dulu,ada cerita kartun tajuk tomato man,tv2!hehehe...menarik!!

    Tapi post ko ni lg menarik.Sebagai lelaki yg jahil tentang biologi,maka aku tak tahu khasiat tomato,hinggalah ko bgtaw ni..heheh..thanks bro!

    BalasPadam
  34. saya suka tomatoman ( series kartun masa saya kecil )

    yahh saya suka makan tomato mentah jugak...

    BalasPadam
  35. saya suka makan tomato dengan garam

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama