Melayan Film Inception Sambil Melantak GBC Mcdonalds!

Semalam sebenarnya nak pergi menonton film Inception sebab thriller movie nih menunjukkan film nih macam gempak jer. Tapi, disebabkan tayangan pada pukul 9.30 malam tu FULL maka terpaksalah dibatalkan. Sebenarnya boleh jer kalau nak layan movie nih pukul 12.30 malam tapi sebab pagi tadi ada ceramah PPKP yang bosan tu memang lah tak sanggup nak gamble. Takut terlajak tidur. Kalau masa dekat Melaka bolehlah nak ponteng - ponteng. Tapi, dekat Shah Alam nih kalau tak pergi nama masuk sistem. Semester depan pula kena pergi. Memanglah malas nak ponteng.

Jadi, kitaorang berlima(aku,Cat Fizish, Pemikir Abstract, Mr & Mrs Pit) pun temanlah si Cat nih pergi membeli kasut dan seluar. Lepas tu tibalah pula bab makan. 80% daripada kitaorang nih lapar. Fikir punya fikir akhirnya nak pergi makan dekat Rasamas. Malangnya tak sedar jam dah menunjukkan pukul 10.30 malam. Sah - sah dalam proses penutupan operasi. Hahahaha.

Jadi, akhirnya masing - masing nak cuba produk makanan baru keluaran Mcd iaitu Grill Burger Chicken a.k.a GBC. Inilah wajah burger yang seiras cam burger oblong tu. Twins kut diorang nih.


Hurm! Ramai sebelum nih kata sedap! Siap puji melangit lagi dekat FB! Ada yang kata addicted la semua! Aku makan sama jer macam burger - burger sebelum nih! Cuma daging dia tu rasa lain sikitlah. Kira sedap jugalah! Aku makan tak sampai 5 minit rasa.

Mulut aku sebesar Gua Niah! Perut aku pulak sebesar Taman Negara. Jadi, tak ada masalahlah. Hahaha! Rasa semalam patut ambil size large. Baru puas makan! Kuikuikui!

Apa - apapun, sekarang aku nak gerak pergi jalan - jalan lagi. Bye semua!

P/S : Teringat Perkampungan Lipas Depan Mcd Semalam! Siyot Tul! 
Rambut Aku Dah Macam Rambut Medusa! Tension Betul!

15 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. uish, cam best je burger
    kena pi pekena kat queensbay jap lg nih

    baru nk pi tengok inception jap lg

    BalasPadam
  2. aku akan try burger tu. pastu aku akan bg pendapat peribadi lak. kehkeh

    BalasPadam
  3. wah beger best...

    sori name tak de dlm video, sbb sy ambil dlm list google connect (follower)

    sori sgt tp name bro ade dlm list member blogger & tukang komen di bahagian bawah entri sy....

    insya-Allah, next time sy letakkan kan....setahun sekali. Kalau sudi, jadi follower blog sy...

    BalasPadam
  4. best ke cite tu?
    nampak menyelerakan.. menarik la pulak burger tu. haha

    BalasPadam
  5. budus..bukan ke GCB??

    suke suki je ko tukor name dier GBC...

    BalasPadam
  6. baru tau pasla burger ni tadi time tgk iklan kat tv..hahaha

    BalasPadam
  7. gle...g cermh pn wajib...hahaha..aku skrg gle burger king....fries dia segar de

    BalasPadam
  8. gapo dio hans?..adoyai..menjerit2 kat blog aku..sawan apo?..hahah ngko sehat?..bnyk2 blogger nape aku tak bepeluang bekenalan ngan ko ahh?datang la KL

    BalasPadam
  9. bestnyeee... lame tak makan mcd. sobs

    BalasPadam
  10. maaf saya tak suka mcd hahaha

    BalasPadam
  11. nak try burger tu, nak tengok cerita tu..cam best

    BalasPadam
  12. semuanya best...tapi dua-dua aku tak terasa mcm nak buat,tengok wayang dan mcD..hahahaha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama