Menjadi Pelayan Di Restoran Mamak Yang Ramai Orang Merupakan Pekerjaan Yang Paling Mencabar Sewaktu Musim Piala Dunia!

 Jumpa Gambar Ni Dekat Google. Macam Style Jer. Aku Letaklah Sini.


Pelayan di restoran mamak atau gelaran manjanya ANEY memang menjadi sebutan sejak sekian lama. Daripada masalah penghantaran makanan atau minuman yang salah kepada pelanggan, kemahiran menggoda wanita Malaysia hinggalah kepada masalah kebersihan diri mereka sendiri. Pada musim Piala Dunia maka mereka ini terpaksa bekerja sekeras mungkin bagi memberikan servis dan layanan terbaik kepada pelanggan restoran mereka bagi menjana ekonomi diri masing - masing.

Siapa kata mengambil pesanan daripada pelanggan dan menghantar menu yang di pesan adalah kerja mudah? Mungkin mudah jika pelanggan hanya dalam 10 orang tetapi agak mencabar jika pelanggan melebih 100 orang dan kesemuanya datang serentak pada satu - satu masa. Hal ini kerap berlaku ketika musim Piala Dunia kali ini yang bakal menemui penghujungnya pada pagi ini.

Sebagai contoh kedai mamak yang di penuhi manusia di Shah Alam ini ialah di restoran Hakim dan Khulafah. Aku tidak berkesempatan pergi Ke Hakim kerana sentiasa dipenuhi manusia tetapi sudah berkesempatan ke Khulafah sebanyak 2 kali. Kali terakhir ialah pada pagi tadi sewaktu menonton perlawanan antara Germany dan Uruguay. Seperti kita tahu, manusia ada pelbagai ragam! Ada yang rasa diri mereka bagus! Ada yang pentingkan diri! Ada yang tidak suka pada perkataan bernama LAMBAT atau LEWAT! Ada yang tidak suka fokus mereka terganggu! Ada juga yang tidak suka menunggu lama! Ada juga yang tidak sukakan bau pelayan restoran mamak atau ANEY ini.

Aney - aney ini pasti akan dimarahi apabila lambat menghantar pesanan. Sudahlah lambat menghantar pesanan dan membuatkan pelanggan bertambah marah apabila pesanan yang dibawa adalah 1000% salah. Dipesan kopi dapatnya horlick! Dipesan jus tembikai dapatnya milo! Dipesan sirap dapatnya kiwi! Sedangkan waktu itu si pelanggan pula sedang kehausan yang amat sangat seperti berada di padang pasir. Seperti minuman, makanan juga sering kali salah dihantar. Dipesan nasi lemak diberi mee kari. Dipesan pizza diberi big apple. Memang memeritkan perut pelanggan yang menunggu dengan penuh sabar. Aney - aney ini pula terpaksa menerima kemarahan pelanggan dengan hati yang redha. Hahaha!

Aney - aney juga akan dimarahi dan kadang - kadang dimaki apabila mereka berjalan atau berdiri di depan televisyen. Paling membuat pelanggan - pelanggan mereka tekanan apabila waktu itu adalah waktu sesuatu pasukan menjaringkan gol. Seperti semalam si Aney datang kepadaku untuk meminta bayaran untuk makanan dan minuman yang aku hadamkan tadi. Waktu dia berdiri depan aku dan waktu itulah pasukan Uruguay menjaringkan gol yang cantik. Hish! Menghilangkan kenikmatan aku betul! Sudahlah aku mabuk dengan bau rokok ditambah bau aney yang 'pekat' nih memang buat aku 'high'. Hahaha.

Bau aney - aney nih memang terbaik! Jika kawasan rumah anda mengalami serangan nyamuk jangan risau. Kau ambil jer si aney nih letak sebelah kau! Memang nyamuk lari tapi kau pun mati juga sebab tak mampu nak bernafas. Bau diorang memang pekatlah. Tak tahu perfume apa diorang pakai. Semua bau sama jer seorang - seorang! Tapi kadang - kadang kesian juga tengok mereka nih. Selalu jer jadi mangsa gurauan dan ejekan. Mungkin diorang tak faham bahasa orang kita atau memang mereka dah lali. Tapi, pekerjaan mereka nih memang mencabar gila. Tekanan jiwa kut setiap 1 minit kena maki, kena marah, kena herdik!

Paling istimewa dekat Khulafah tu sebab ada aney yang ketot tu. Hahaha! Aku dengan rakan - rakan selalu kata aney tu diperalatkan member - member dia waktu tiba masa mengira harga makanan dan minuman yang pelanggan pesan. Mereka akan kira semua tu waktu perlawanan di minit ke 60 hingga 70 macam tu untuk elakkan pelanggan lari tanpa membayar. Kerana kelebihan aney yang seorang nih maka segala masalah dapat diatasi walaupun tidak seratus peratus. Ketinggian aney nih hanya sama tinggi dengan meja jadi dia tidak mengganggu tumpuan para pelanggan yang sedang menonton perlawanan ketika itu.

Teringat satu dialog sewaktu perlawanan Sepanyol menentang Germany. Sewaktu tu ada dua orang aney sedang memungut wang daripada pelanggan. Seorang tinggi dan seorang lagi aney yang rendah tu. Sedang mereka berdiri baik punya depan televisyen.

Pelanggan 1 : Hoi! Duduklah!! Aney! Duduk! Tak nampak!

Aney Tinggi : ........(muka tak ada perasaan sambil duduk)


Kemudian, lama sikit Aney yang tinggi tu bangun dan kelihatan juga aney yang rendah tu ada bersama.

Pelanggan 2 : Sejak bila ada 2 orang nih depan tu?

Pelanggan 1 : Hahahahaha.


Apa - apapun, macam - macam gelagat boleh dilihat di kedai mamak sewaktu pertandingan sedang berlangsung. Ada yang terlalu fanatik dengan baju, vuvuzela, lukisan di wajah dan alat muzik. Ada juga yang hanya mahu melihat pemain - pemain kacak terutama perempuan - perempuan di belakang aku semalam. Ada juga yang mahu memeriahkan lagi suasana.

Apa - apapun, pagi nanti adalah hari terakhir sebelum kempen piala dunia secara rasminya ditutup dan selepas ini semua Aney - Aney itu bolehlah berehat sedikit dan tekanan mental mereka juga dapat dikurangkan. Menjadi pelayan di restoran mamak merupakan satu pekerjaan yang sangat mencabar.

P/S : Menyokong Skuad La Roja Pagi Ini!

21 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. aney hans! bg melo s satu..
    kaw2 punye..

    BalasPadam
  2. stju la wlaupun aku rse tidor gak..
    ahahaa

    BalasPadam
  3. ahahahah..
    ko amat sesuai bekerja kat situ..
    ehehehe...
    ingat agy dialog2tue...huhu

    BalasPadam
  4. ahahaha...
    mamak memainkn peranan yg pngting amat la ni no...+ + spain vs blanda satgi...he2

    BalasPadam
  5. tempat gua sini semua pacak papan besar jer. jd tak menggangu pelanggan menonton :) apa pun memang dorang minta gaji lebih time world cup camnie kot haha

    BalasPadam
  6. 2 la~kesian mamak2 macam hans ni ~oopss~hahaha

    BalasPadam
  7. hahaha....

    so..ko xde award ker untuk dorang wahai aney hans...hehehe



    p/s:sokong Holland pagi ini..hehe

    BalasPadam
  8. siap!!!!!!!!!!!!~dgn tidak semena mena si aney berkata..

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum kawan,

    haha..kadang2 pun aku pening.baru semacam..tapi kan..kesian gak bila tengok aney-aney nie...pesal la diorang jadi gitu..

    yg penting ak sokong Belanda!! ahaks

    BalasPadam
  10. aku penah keje kat mamak...betol ni!
    srot3...penin. meja jep ade seribu!

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  14. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  15. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  16. hoh..pasal bau2 aney ni i memang setuju sangat la.
    kadang2 sampai terpaksa tahan nafas tau.
    tapi dorang memang penat la keje waktu world cup ni kan.
    lepas ni boleh la hans minta keje kedai mamak untuk next world cup.
    =D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama