Pagi Tadi Ada Gempa Bumi Rupanya!

Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 skala Richter telah berlaku di Mindanao,Kepulauan Filipina pada 1.35 petang 24 Julai 2010. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 6.2 utara dan longitud 123.7 timur.612km dari Timur Laut Lahad Datu,Sabah.(sumber daripada portal rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia)
Patutlah kecoh jer tadi dekat blog dan facebook pasal gegaran selama 10 saat yang dirasai oleh segelintir rakyat Malaysia. Apabila soalan berbunyi,"Anda rasa tidak gegaran gempa bumi yang melanda Malaysia selama 10 saat sebentar tadi?"
Maka jawapan balasnya ialah ,"Saya sedang di alam fantasi ketika itu!"




Jadi, terlepas untuk merasai perasaan menghadapi gempa bumi. Namun, aku dah pernah dah rasa waktu aku kena denggi dulu. Sewaktu aku di wad dan tiba - tiba gempa bumi berlaku. Mula - mula aku ingat aku pening tapi lepas aku amati betul - betul dan memang gempa bumi sedang berlaku. Walaweh! Waktu tu aku tak rasa takut tapi rasa teruja. Entah kenapa! Mungkin sebab pertama kali kut merasai gempa bumi yang tak lah sehebat seperti di Indonesia, Iran, Pakistan Atau Amerika.

Apa - apapun, aku bersyukur kerana kita hanya menerima tempias gempa bumi sahaja. Susah jika negara kita yang kena gempa bumi kerana struktur bangunan negara kita kebanyakannya direka bukannya untuk mengekang gempa bumi. Apa - apapun, sedang bersiap - siap untuk keluar sekali lagi sebelum membuat assignment esok. Minta - minta ada tiket wayang lebih! Bye!


P/S : Patutlah Mimpi Aku Rasa Macam Bergetar - Getar Jer!

21 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. teruja??? huhu... kalo aku sah2 takut giler.. hehe

    BalasPadam
  2. Sis tak rasa apa2 pon td..
    Teruja erkk?? :D

    BalasPadam
  3. pagi tadi ke tengahari?

    hohohho orang kat sabah confirm rase...

    aq tadi ngah tengok the sorcerers apprentice kot? x pasan... hehe

    BalasPadam
  4. dah prnh rasa gempa
    last year, bln puasa,di bandung
    masa tu dlm shopping mall tetiba rasa gegar, mula2 perlahan makin lama makin kuat..apa lagi lariiii

    BalasPadam
  5. Hahahaha mereng la ko nie :P
    haah aku pun dengar anasir2 mengatakan gempa bumi


    New Entry Prof-Hariz
    Menutup Aurat Mengikut Syariat

    BalasPadam
  6. ptg ek?bukan pg? sbb tadi kami di sek26 shah alam pun merasai gegaran kecil gempa bumi

    BalasPadam
  7. aku ade rse.. hati aku bergegar...
    hahahaa

    BalasPadam
  8. gua tgh kerja pun bergegar wey

    BalasPadam
  9. hang tidoq mana rasa bergegar hahha..

    tp td si nyentok ada tulis kat twette..bilik die bergegar..hemm

    tp kat jhr memang tak rase hekhek

    BalasPadam
  10. Rasa rasa.. Tapi itu masa bencana tsunami dulu. Kuat gegarannya sampai pening..

    BalasPadam
  11. aku pon dapat merasainya..lebih2 lagi di pusat karaoke atau di pusat bowling hehe

    New Entry

    "Review Filem Tekken (2010) : Survival is No Game"

    BalasPadam
  12. penah rasa juga tempias gmpa bumi..time tsunami dulu...

    real gegar....!!

    pastu, penin mcm rasa nk pitam...

    Tinjau2 laa..hehehe:

    http://cahayacita2.blogspot.com/2010/07/happy-birthday-to.html

    BalasPadam
  13. bila gempa bumi ni?? pukul brapa waktu malaysia? aku x rasa apa2pun?

    BalasPadam
  14. hehe hans. wyg je kn yg kau fikir.??

    cara ak letak button kecik2 tuh.
    kau p kt design blog pas2 kt post tu klik edit. kt c2 ad..tq :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama