Fuh! Perjalanan tadi sangat penuh suka duka tetapi walaupun penat macam biasalah mestilah aku sentiasa gembira keluar bersama rakan - rakan kan. Aku tiba di Shah Alam pukul 6.30 petang selepas 7 jam berjuang di dalam bas bersama rakan aku Hambali. Leher aku memang sakit gilalah tidur dalam bas tu sebab kejap tidur kejap terjaga.
Tunggu member kawan aku datang dan berborak dengan dia macam - macam. Paling menarik pasal kisah hantu dekat rumah sewa dia. Sangat menyeramkan! Akhirnya pulang ke rumah sewa pada pukul 7.30 malam. Rumah sewaku sudah ada pegawai keselamatan. Wah, sedikit teruja! Hahaha. Nasib barang aku tak banyak sebab kereta member aku tak boleh masuk dalam. Akhirnya, baru aku perasan aku seorang jer yang balik semalam. Budak rumah aku semua balik hari nih. Jadi, memang cuak sikitlah sebab teringat kisah - kisah hantu yang diborakkan petang tadi dan juga mengalami kebosanan melampau.
Jadi, aku ajak member aku Nukman pergi mamak nak tengok bola. Argentina lawan Germany yang mana Germany menang besar 4-0. Pertama kali aku tengok bola dekat kedai mamak. Selalunya aku tengok pun dekat kedai makan Melayu atau dekat Mcd. Sangat layan menonton! Segelas teh tarik dan satu tin nescafe! Hohoho! Cadangnya balik rumah sekejap lepas tu nak datang balik sebab nak layan Spain main pula tapi member aku tu dah tertidur dekat rumah dia. Aku nak pergi sorang segan so mengikuti perkembangan daripada twitter jer lah. Nasib ada bro Tom Jerry yang baik hati. Dialah selalu update apa - apa dekat aku waktu tu. Aku pula naik stress sebab penalti Spain yang gol disuruh buat balik. Hohoho. Apa - apapun Spain menang! Jadi, memang tidur lewat gila pagi tadi!
Aku dah janji dengan Nukman nak join dia pergi Low Yatt sebab member aku juga si Jue nak beli barang sikit dekat sana. Tapi sebab aku tidur lepas Subuh lepas tu bangun pukul 8 pagi buat aku mengantuk gila. Aku pun sms Nukman cakap tak nak ikut. Lagipun aku nak basuh baju sebab Isnin pagi yang patutnya tak ada kelas tiba - tiba ada kelas. Aku basuh baju dan waktu tu terfikir macam tak patut pula kalau tak ikut. Lagipun dah lama aku tak keluar dengan si Jue. Nanti kata aku sombong ker apa pula.
Jadi, aku sms Nukman balik kata aku nak ikut. Lagipun baju aku yang dibasuh tu tak banyak mana! Aku budget nak tidur dalam kereta tapi haram! Memang tak dapatlah nak tidur! Berborak jer kerja! Hahaha.
Esoklah sambung balik! Letihlah! Hahaha!
To Be Continue.....
Sambung2... huhuhuhu
BalasPadamhaiya...ingatkan apa tadi. hehe.
BalasPadamselamat study lagi
BalasPadamlepas bace aku x taw nk comment ape...muahaha
BalasPadamweyh aku dah tukar url taw
http://uncle-syaf.blogspot.com/
amacam best tak lepak tgk bola kat kedai mamak
BalasPadampanjang goer entry ko ni... naik juling jgk aku baca? hehe tp serius! enjoy! rasa macam aku pun ada sekali lepak dgn ko...
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com