Perjalanan Semalam Ialah Hari Makan Sedunia

Semalam adalah hari dimana memang mulut tak berhenti - henti mengunyah. Bermula dengan bangun awal pagi dan mengambil nasi lemak Akak Rock sebagai menu sarapan. Nasinya memang banyak dan apabila makan memang puas hati. Perut pun tidak lagi menunjukkan protes dengan menyanyikan lagu berunsur metal.


 Nasi Lemak


Kemudian, selepas solat jumaat perut diisi kembali dengan Snack Plate Spicy di KFC sebelum perjalanan diteruskan ke Pavillion. Rasa macam lama juga tak makan KFC dan terasa wing dan drumstick ayam KFC sangat sedap.Terasa seperti mahu refill ayam tetapi sayang KFC atau mana - mana restoran makanan segera masih belum melakukan proses ini. Mungkin jika proses ini dilakukan lebih ramai pelanggan akan datang menyumbangkan wang mereka.


 KFC Snack Plate


Kemudian, kereta yang dinaiki oleh 4 orang remaja berwawasan(aku, Dr. R, Wawa dan Mira Bieber) pun terus menuju ke destinasi yang dikehendaki iaitu Pavillion. Walaupun tersilap jalan dan boleh dikategorikan sebagai sesat namun akhirnya terjumpa jua tempat yang mahu dituju. Popcorn dibeli sebelum menonton wayang. Sayangnya popcorn sudah dimasuki angin walaupun bukan kesemuanya tetapi ia sudah cukup untuk menggangu fokus lidah terhadap makanan. Namun, Ice Lemon Tea memang terbaik! Terima kasih kepada Wawa yang sudi membelanja kami.


Pavillion


Selepas tamat menonton wayang, aku mengikuti jejak langkah mereka mencari barang yang dikehendaki. Terlihat papan tanda Body Shop dan terasa seperti mahu membeli sesuatu terhadap diri sendiri. Namun, perasaan malas yang menguasai diri membuatkan niat mahu pergi ke ATM terpaksa dipadam terus. Tiba - tiba, Mira Bieber menyuarakan hasrat murninya mahu membelanja kami semua roti dari Lavender. Roti - roti dari Lavender sangat sedap dan setiap chef membuat roti - roti ini di depan para pelanggan. Menikmati roti - roti dari Lavender membuatkan air liur merembes laju kerana kelazatan roti - rotinya yang memang sedap. Terima kasih kepada Mira Bieber yang sudi membelaja kami.


 Lavender


Kemudian, sewaktu dalam perjalanan pulang dimana masing - masing sedang seronok bercerita tentang tempat - tempat makanan yang menarik untuk dicuba akhirnya kami semua sebulat suara memilih William sebagai tempat melampiaskan nafsu makan malam. Tidak dipastikan ejaan William itu betul atau tidak tetapi jika disebut bunyinya sama seperti mereka yang menyebut kedai makan William ini.

Kedai makan William sama konsepnya seperti kedai makan Murni. Harga setiap makanan adalah dalam lingkungan RM15 keatas tetapi makanan akan dihantar dalam kuantiti yang amat banyak di dalam pinggan yang besar. Jadi, adalah lebih baik jika berkongsi bersama seorang lagi rakan dan pesan makanan yang sama. Jangan risau kerana anda bukannya makan berdua dalam satu pinggan yang sama. Mintalah pinggan yang  baru kepada pelayan - pelayan di situ dan mereka akan memberikan kepada anda pinggan kosong yang baru beserta pakej sudu serta garfu.

Mahukan nasi goreng seafood sebagai menu santapan malam namun makanan yang memenuhi ciri - ciri tersebut ialah nasi goreng ketam yang berharga RM25 sepinggan. Penuh dengan ketam, udang dan sotong memang membuatkan diri ini teruja seketika. Sayangnya, ketam bukanlah makanan kegemaran kerana rasa leceh untuk memakan isi ketam serta rasanya di lidah tidaklah sesedap mana. Tambahan pula, diri ini akan terasa kegatalan yang luar biasa apabila ketam bersemadi di dalam ruang perut.

Namun semalam apabila memikirkan sayang juga jika tidak merasa langsung ketam maka mulut ini digagahi juga untuk menjamah barang 3-5 isi ketam yang sudah digoreng tepung. Kemudian, perut diisi dengan sebuah gelas besar berisi jus tembikai yang sangat segar. Tidak ada masalah untuk menghabiskan jus tersebut kerana sebagai penggemar jus buah - buahan memang itulah yang dimahukan sewaktu pesanan dibuat.


 Lebih Kurang Macam Nih Lah Saiz Kuantiti Air Yang Diminum


Akhirnya, pulanglah kami semua ke kawasan kediaman masing - masing dan terima kasih kepada Dr R kerana sudi meluangkan masa menyertai kami dan sudi makan di William walaupun mempunyai agenda lain pada malam tersebut selepas menghantar kami semua pulang. Ini adalah kali pertama meluangkan masa menyertai mereka bertiga keluar dan sangat terhibur keluar bersama mereka. Mungkin perjalanan semalam ialah untuk meraikan hari makan sedunia barangkali.

 Tengah Melihat Ciri - Ciri Persamaan Yang Ada Pada Dr. R 
Dan Sedang Membandingkannya Dengan Gambar Dr. Rozmey Ini!


P/S : Bahana Memakan Ketam Apabila Kegatalan Masih Dirasai Pada Hari Ini!

25 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. blog ko dh jd cam blog awek dh..
    Byk entry psl mkn..
    Hehe..

    BalasPadam
  2. pavilion tempat cik aleng melepak setiap hujung minggu. mmg terbaik!

    BalasPadam
  3. hahahhaa ADUKA ...

    >>__<<

    Hans muka lu yg tgh melantak
    x nak letak skali ke??

    BalasPadam
  4. roti lavender...mcm best je...tringin lak nk mcubanya...:))
    wehh...ekau dah wat den lapo...
    huhuhu..... :)

    BalasPadam
  5. owh..baca je dah buat aku terliur..especially bila tgk gambar nasi lemak tu..fuh..


    Tarikh Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM 2010) ke-45

    BalasPadam
  6. fuh, cukup meal utk sehari
    breakfast, lunch, break, dinner

    nasi lemak plg menggoda
    lapar2

    BalasPadam
  7. pergh..nasik lemak..ak makan nasik lemak jati hampir stiap ary taw...hahaha..snack plate??? ermm..i like kfc tp muak...bukan slalu makan tp entala muak...
    ehehehe....
    pst-ak pon takot kat nurse gak..takot cabut gigi gua..ehehe

    BalasPadam
  8. Hahahaha..
    menarik weh
    byk makan
    nanti kita lepak2 sekali ye
    kalau g kl ler :P

    BalasPadam
  9. hohoho.. sah2 hari makan.. sangat giler selalunya makan hari semalam..

    err.. alergi?? tak cool langsung. hahahaha...

    BalasPadam
  10. ni blog menu makanan ke..
    sorry bro..

    BalasPadam
  11. besar bebonar tembolok kau nih. pasni jangan memboroi sudeyh.

    BalasPadam
  12. adeh, semenjak 2 menjak ni banyak entri blogger pasal makanan pulak.. haha

    BalasPadam
  13. hahaha.. siap ada yg kata ni blog makanan plak.. hahaha..

    isk.. tp tetap tak cool sbb takleh mkn ketam. lalala~

    BalasPadam
  14. ble mase lak aku jd mira bieber ni???hahaha...btw,best kuar ngan korng...jom ikut g mkn steamboat arini.... :)

    BalasPadam
  15. ko saje je kan Hans nak seksa batin aku. sobs. mule2 nasi lemak, pastu kfc. sobs. kfc kat sini tak sedap weh. ayam kecik pastu takde hot & spicy. cheesy wedges pon takde. dahla susah nak cari yang halal. sobs...

    BalasPadam
  16. Makanan segera..duit keluar pun segera..

    BalasPadam
  17. perghhhh! asal kelihatan sedap semuanya? hahah :D

    BalasPadam
  18. nasi lemak. nasi lemak. nasi lemak.
    lapar ar weh.
    =(

    BalasPadam
  19. pergghh..mmg menyelerakan lah nasi lemak tu..mkn hari2 pon x bosan tu.. ;)

    BalasPadam
  20. Nak tanye ni weh.. Perut ko bentuk ape ni? Ekeke.. :p

    BalasPadam
  21. pembacaan gua terbantut lepas tengok pic dr romzey.

    ouhhh, ouhhh, ensem. hahaha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama