Rumah Sewaku Ibarat Di Fogging Apabila Aku Trauma

Gua tekanan jiwa betul lah dua hari nih. Nasib tekanan jiwa gua tu dalam 5-10 minit jer sehari. Bukannya gua tekanan jiwa sebab gua tension kerja ker study ke apa. Ini gara - gara makhluk yang bernama L.I.P.A.S = LIPAS! Hish! Trauma betul lah gua dengan binatang nih.

Semalam waktu gua keluar nak beli nasi! Gua buka pintu rumah dan tengah gua khusyuk buka mangga besi tu tiba - tiba gua ternampak bayang - bayang bergerak di bawah. Gua pun tengoklah apa benda tu! Rupa - rupanya LIPAS! Besar pula tu.! Kau makan apa hah lipas??? Babi punya lipas. Walaupun lipas ialah lipas tapi aku suka maki dia dengan nama babi. Aku pun tak tahu kenapa!!

Tapi gua rasa fobia gua terhadap lipas dah berkurang sedikit kut tahap dia. Kalau dulu di tahap 10 tapi sekarang di tahap 8 kut. Semalam gua dengan beraninya cuba memijak lipas besar tu dengan kasut gua tapi terkena sipi plak dah. Cess!! Lepas tu terus dia lesap! Gua dah berubah jadi Conan pergi menyiasat pun tak jumpa juga. Cess!

Tadi gua baru balik dari makan satay lepas tu gua bukalah lampu rumah. Gua peliklah dengan takdir diri gua nih bila berjumpa lipas. Mesti gua tahu lipas tu ada melalui bayang - bayang, bau atau apapun. Macam tadi lipas tu statik jer duduk depan televisyen. Kau budget kau menyamar jadi patung aku tak tahu ker kau siapa!!! Aku capai penyembur racun lipas lepas tu aku apa lagi spray lah dekat dia.

Yang buat aku trauma tu bila dia berlari - lari menonong - nonong ke arah aku macam babi hutan berlari statik ke depan. Serius aku cuak! Haram punya lipas! Berani buat si kacak macam aku fobia. Aku pun sembur lagi lipas tak guna tu sampai akhirnya dia kejang dan mati di tepi dinding! Fuh! Rumah aku dah macam kena fogging kut gara - gara aku sembur racun tu. Budak rumah aku yang dekat bawah tadi masuk terus cakap,"Ini bukan lipas yang mati nih. Aku pun boleh mati kalau macam nih." Hahahaha!

Gara - gara lipas rumah dah macam kena fogging! Ish! Aku tak tahu lah macam mana nak buang trauma lipas nih! Aku tengok rancangan fear factor dulu benda yang paling aku geli bila ada satu rancangan kena makan lipas. Yuckkk! Pastu ada satu rekod dunia yang lelaki mana baring dalam balang jernih pastu diorang tuang dia dengan lipas beratus ribu tu. Ptuihhh! Geli kut!!

Bagi aku sejuta dollar ker satu billion yen ker satu trillion euro pun aku tak nak weih! Serius! Kalau ada yang tak suka cicak, labah - labah, belalang, kumbang dan apa - apalah! Aku paling tak suka binatang nih! Paling buat aku loya bila tengok manusia dekat Kemboja ke Laos makan lipas goreng! Kalau dekat Malaysia kita mampu tengok pisang goreng bertimbun tapi dekat sana kita tengok lipas goreng bertimbun. RM1 dapat 10 ekor ker apa.

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!! Aku tak suka lipas! Geli siyot!! Benci lipas! Tolonglah cipta racun yang mampu membuatkan spesies lipas pupus!! Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!


 Ini Ialah Telur Lipas! Jika Terjumpa Sila Musnahkan! Satu Telur Mampu Menghasilkan 60 Ekor Lipas Tak Silap Aku! Aku Geli Nak Letak Gambar Lipas Dalam Blog Aku! Prttt!


P/S : Lisa Surihani! Awak Takut Lipas Tak? Kalau Awak Takut Kita Putus Yer! Hahahaha!

25 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. hahahahaha

    ilang macho ko weyh....

    BalasPadam
  2. khai : aku masih belum ke tahap melompat2 ker menangis2 ker...cuma ada waktu kadang2 macam kena parkinson...serius aku xsuka binatang nih...memang setiap binatang tu ada sebab Allah cipta tapi aku memang xleh geng lah dengan binatang bernama lipas...fuh!! kalau lipas dekat Jepun kecik2 tu macam tak apa juga...lipas malaysia nih bapak besar...muka dah lah scary...kaki bulu2 tajam...arghhhhhhhhhhhhh!!

    BalasPadam
  3. geli mmg geli.
    tpi xtau knpa aku lgi xsuke kucing dri lipas.
    huh.

    BalasPadam
  4. misz benida : kucing?haha..macam member aku..sampai nangis2..aku kucing no hal..sebab bagi aku dia binatang cute yang manja...Say No To Cockroach!

    BalasPadam
  5. takk tau plak telur lipas tu boleh jadi banyak. igt satu telur tu kira satu jela. eeeeee.

    BalasPadam
  6. boolat : xsilap yg hitam tu just macam kantung jer..den dalm kantung tu la ada telur2 dia...arghhh...jumpa jer benda tu terus bakar...hahaha!

    BalasPadam
  7. Hhahaha ak ta takot tp geli..
    tapi aku takot lipas terbang2 uishh seram aku..

    BalasPadam
  8. adeh.
    aku pun tak suka.
    aku terus bunuh je.
    kejam seyh.
    :D

    BalasPadam
  9. mira : wah...itu lagi seram kalau terbang..itu lipas betina tengah cari port nak bertelur

    hizami : kau bunuh jer...itu bukannya kekejaman tapi wajib

    BalasPadam
  10. ala klu lisa putus dgn ko, ha ni abg miro ada, gua xgentar ngan lipas...hahaha

    BalasPadam
  11. miro : lisa cakap,"eh,apa2pun saya hanya sayangkan Abang Hans seorang jer! Saya taknak orang lain. Hanya abang Hans dihati. Jangan risau! I takut cicak jer!"

    BalasPadam
  12. hahaha
    ak bru perasan..
    ramai lelaki tkot lipas.
    ngee.~




    psstt : ak pn tkot gk (mke ta b'slh)

    BalasPadam
  13. comel plak aku tgk lipas yg berwarna putih tu.. heheh..

    BalasPadam
  14. lIPAS BINATANG PELIHARAAN AKU... BLEH?? KEKEKEKE

    BalasPadam
  15. aku plak geli tgk gambar nih..

    wess..lu pe cer?..ahahaha

    BalasPadam
  16. Lisa takut lipas laa weh.. Tapi aku tak.. Hahahaha.. :p

    BalasPadam
  17. cam comey ja laki takut lipas..hak3

    BalasPadam
  18. jgn kata ko bro? aku pun sama mmg fobia kat lipas dn belalang! hahaha

    BalasPadam
  19. aku pon sm ngn hang.menci giler akkan ktrn lipas ni.meh, gimme five..haa.=D

    sbr jelah dgn aku dgn aktvt penyiasatn n fogging hang tue..ngeh2.=D

    BalasPadam
  20. oooo takut lipas!
    hahahahhahahaha

    BalasPadam
  21. hahah
    aku rase telur lipas lg menggelikan berbanding lipas tu sndiri.
    tp kalau lipas dok terbang2 mmg sram la.
    x tentu hala dia terbang.
    tkot msok dlm kaen ><

    BalasPadam
  22. geli sangat sampai rasa nak muntah!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama