Sebab Apa Pemilik H.P.B Blog Minat Filem Rajnikanth?

Sebenarnya kalau korang semua nak tahu filem Tamil lebih bagus dari filem Hindustan cuma mungkin waktu dulu hero - hero film Bollywood lebih kacak dan heroin - heroin film bollywood lebih cun daripada actor dan actress film Tamil. Namun sekarang heroin film Tamil pun dah putih melepak dah. Hero nya pun tak kurang kacaknya!

Ramai orang suka memperlekehkan filem Tamil atau Hindustan. Mereka berkata film hindustan tak logik sebab ada menari - menari lah apa lah. Adakah film kung fu seperti film dari China yang menunjukkan aksi - aksi terbang dan melompat setinggi pokok kelapa sampai mengeluarkan api di tangan itu logik? Hahaha!

Sebenarnya setiap filem dari negara - negara tertentu mempunyai keistimewaan sendiri kerana mereka mempunyai adat dan budaya yang berbeza dengan kita. Seperti di Malaysia, kebanyakan drama atau filem pasti akan ada babak makan. Ramai mempertikaikannya dan kadang - kadang aku pun mempertikaikan juga tapi secara logiknya memang rakyat Malaysia kuat makan. Kalau tidak takkan lah kedai - kedai atau restoran makanan masih dipenuhi orang walaupun jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi.



Jadi, mesti anda semua nak tahu kenapa pemilik H.P.B Blog ini minat filem tamil dan bollywood tambah - tambah kalau Rajnikanth atau Shah Rukh Khan yang berlakon kan? Kali ini saya akan menunjukkan kenapa saya begitu mengagumi lakonan pelakon Rajnikanth. Sila lihat video di bawah ini!





Amacam? Ada korang tengok Rosyam Noor ker Farid Kamil atau Que Haidar melakukan aksi - aksi macam nih? Sebab tu lah film Tamil menjadi salah satu filem yang membuatkan hati saya berbunga - bunga keceriaan!


P/S : Selamat Berhibur Menonton Video itu!

13 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Bhahahhah!
    cter aksi pon ley jd lawak!hahaha

    BalasPadam
  2. Haha.. Betul.. Kdang2 cerita hindustan dan tamil diperlekehkan, orang yg tengok pn turut sama diperlekehkan.. Aku suka entry ni.. Terima kaseh untuk ini.. Ekekeke.. :p

    BalasPadam
  3. aku sokong kau yg kedai makan memang akan penuh sampai pagi.. hahaha.. aku mmg lyn hindustan lg der..

    BalasPadam
  4. Aku pun minat ngn Rajinikanth.. Dier punya lakonan sama tahap dengan Gaban o Ultraman versi manusia.... haha...

    BalasPadam
  5. ade awek yg penah sye mengorat suke mamat nie...

    BalasPadam
  6. kelakar dowh tengok...
    efek tak boleh blah.. haha

    BalasPadam
  7. Akak pun lagi suka cerita Tamil dr Hindustan..tapi suka hero2 baru hehe

    BalasPadam
  8. perhh.. hero tamil fav aku ni.. aku suke tgk citer yg dier berlakon.. mantap beb! hehe.. weh ko ade x citer2 yg lame? rindu plak nk tgk blk. huhu..kalau ade roger2 la aku ek..

    BalasPadam
  9. i like Rajnikanth..tamil films are funnier than hindis..in my opinion :)

    BalasPadam
  10. hahaha. lucu lah. betul2 aku gelak depan laptop sorang2.

    BalasPadam
  11. kalau bab aksi..takde sape celen rajnikanth nie..dah legend dah dia ni..

    BalasPadam
  12. citer rajinikanth memang best sebab ada lawak.Jackie Chan pun ada juga unsur mcm ni.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama