Aku tak pasti nama program nih sebab ada yang sebut BPKP dan ada yang sebut PPKP! Janji program tu sudah pun selesai ditamatkan dengan jayanya sebentar tadi. Walaupun esok masih lagi ada program tapi tidaklah mengambil waktu yang lama seperti hari ini. Jika tadi program bermula pada pukul 8.30 pagi dan alhamdulillah tamat lebih awal pada pukul 4.15 petang namun esok program hanya mengambil masa 2 jam sahaja dimana aku terpaksa menahan mata mendengar ceramah.
Jika tidak, progam tadi tamat pada pukul 6 petang tetapi alhamdulillah modul semua berjalan dengan cepat. Sebab tu mampu pulang awal ke rumah! Bagi pelajar yang tidak mengambil diploma di Uitm atau pelajar lepas STPM dan Matrikulasi, mereka masih lagi belum merasa program seperti ini. Maksudnya, setiap semester mereka perlu menghadiri program - program berdasarkan modul - modul berbeza yang telah ditetapkan namun berbeza bagi aku dan rakan - rakan diploma yang telah pun menghadiri 8 modul BPKP(termasuk tadi) dimana modul tadi lebih kurang sama sewaktu kami semua menuntut ilmu di zaman diploma.
Jadi, memang rasa bosan yang teramat sangat tetapi alhamdulillah kumpulan aku tadi mendapat seorang fasilitator yang merupakan pensyarah kelas aku. Dia memang seorang yang baik dan aku juga selesa dengannya. Apa yang menarik tentang program kali ini ialah terdapat satu modul yang menggamit memori silam aku sewaktu di diploma. Kami semua dikehendaki bekerja dalam satu kumpulan dan diberi jenis perniagaan dan diminta membentangkan hasil kerja kumpulan kami semua dan kumpulan - kumpulan lain boleh bertanyakan soalan atau menyatakan bangkangan terhadap apa yang kami hujahkan.
Di dalam kelas itu terdapat 6 kumpulan di mana terdapat kumpulan - kumpulan yang terdiri daripada semester yang berbeza dan budaya belajar serta pengalaman yang juga turut berbeza. Ada sebuah kumpulan ini terdiri daripada kalangan junior sering kali bertanyakan soalan yang lebih bermotifkan kepada 'soalan menjatuhkan'. Soalan menjatuhkan disini ialah soalan yang cuba mencari kelemahan si pembentang supaya kelihatan organisasi dan perniagaan kumpulan itu dilihat tidak bagus kepada pelabur untuk melabur.
Mereka mengingatkan aku pada sebuah kumpulan dalam kelas aku sewaktu diploma dahulu yang dalam bahasa kami semua 'kumpulan suka mengebom'. Dan ditakdirkan kumpulan suka mengebom kumpulan lain tadi itu juga menjadi kumpulan terakhir membentangkan hasil perbincangan mereka sama seperti satu kumpulan sewaktu aku di diploma dulu. Aku tidak kisah jika mereka mahu membetulkan informasi yang salah tetapi kadang - kadang soalan mereka itu seperti tidak perlu pun sebenarnya kerana lebih kepada mencari kelemahan dan kadang - kadang lari daripada tajuk perbincangan.
Di dalam hati aku berkata,"Kumpulan nih punya presentation mesti hampeh!" dan terbukti aku betul! Kumpulan mereka seperti 'Syok Sendiri' dan apabila kumpulan mereka banyak melakukan kesalahan maka kumpulan - kumpulan lain mulalah mengebom mereka balik. Hahaha! Ambik kau! Apa - apapun, kumpulan aku yang diberi nama Legend hasil idea aku berjaya menjadi juara bersama kumpulan Keli juga dari batch aku. Alhamdulillah, dapatlah merasa chipsmore kan! Hahaha!
Malam nih tak tahu lah nak pergi mana pula! Aku walaupun penat tapi tak reti nak duduk diam. Ada saja tempat yang aku nak pergi. Jadi, kalau macam nih jadi maka berjalan - jalanlah lagi tapi kalau rancangan tak berjaya dilaksanakan maka duduk sajalah di rumah.
Berehat kejap sambil meninggalkan lelah di tepi tangga!
aku paling benci dengan group yang suka tanya soalan yang tak masuk akal pun,dengan niat nak bagi kita blur jawab soalan sengal dia.
BalasPadamtul tu rara, kebanyakannya x ikhlas tanya soklan dgn niat nak mengkantoikan kita, haha :P
BalasPadamoi oi meh dating ngn aku! hahaha
BalasPadamhans, aku br smpai rumah.. aku lambat lagi balik msia. so nti aku beli souvenir utk ko ek. hehe.
BalasPadamtang bom mengebom ni yang ampeh... suma n ak wat naya kt org ja..
BalasPadamstuju rara. mereka mahu tonjol diri saja
BalasPadamwaa..cuak lorhhh..esok aku ader lak modul cam ang....tensennyer...
BalasPadamxske tol!!!
hahahahha...as student uitm yg 'setia' ku relakan jua...:P
weh aku baru balik jalan2 kl lah, seminggu...ahahaha
BalasPadamaku bukan tak nak add, tapi segan nak add penulis blog ternama mcm kau...yang kau tak add aku kenapa?lagi sedih terus nangis guling2 sampai rumah jiran tau...
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com