Thanks Pada Yang Berkenaan!

 
Saya dengan gembiranya mengucapkan Terima Kasih Yang Tak Terhingga kepada semua rakan - rakan yang terdiri daripada mereka di kelas broadcasting, kelas diploma, uitm, kelas pengurusan makanan SM.Teknik Kangar, SMKAK, SK. Jalan Pegawai dan juga blogger - blogger yang :-


Mendoakan Kebaikan Saya.

Mengucapkan Selamat Hari Lahir Kepada Saya.

SMS Saya.

Tweet Saya.

Komen Di Blog Saya.


bersempena hari lahir saya yang ke-'18' semalam! Terima kasih semua! Semoga Allah memberkati kita semua! Amin!

Hari lahir kali ini saya tidak menyambut atau disambut oleh rakan - rakan saya seperti di diploma dahulu. Jika tidak saya dikejutkan dengan kejutan yang bermula dengan lakonan dan diakhiri dengan kemunculan kek atau maggi istimewa namun tahun ini semua itu tidak ada. Cuma pagi tadi ada segelintir rakan kelas saya yang menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi kepada saya serta diketahui oleh pensyarah selepas 4 kali rakan - rakan saya cuba untuk memberitahu hari lahir saya kepadanya.

Cuma kali ini wall di facebook saya sangat dipenuhi dengan ucapan - ucapan selamat hari lahir. Tidak seperti tahun sudah di mana boleh dibilang dengan jari kerana kebanyakkan rakan - rakan saya akan mengucapkannya melalui sms sahaja. Pada tahun ini masing - masing menghantar ucapan selamat ke wall facebook saya. Terasa seperti artis apabila melihat wall facebook sendiri dipenuhi ucapan - ucapan setiap masa. Hahaha!

Cukup terharu apabila orang tersayang seperti kakak saya mengucapkan selamat hari lahir dan juga rakan - rakan sekolah saya yang masih kekal bersahabat dengan saya terutama rakan - rakan sekolah rendah dan menengah. Tidak kira sama ada mereka lebih berjaya dari saya ataupun saya lebih berjaya daripada mereka namun yang pasti segelintir daripada mereka masih mengingati saya. Alhamdulillah!

Pada tahun ini juga saya tidak sempat menggunakan sebaik mungkin tawaran Maxis untuk menghubungi mana - mana nombor Maxis secara percuma hanya pada hari lahir saya kerana kekangan waktu. Sayangnya kelas hari Isnin saya sangat padat. Jika tidak pasti sejarah tahun lepas berulang di mana saya bercakap sambil bersandar di dinding dimana telefon bimbit sedang di cas selama berjam - jam. Tadi, saya hanya sempat berbual dengan mak, kakak dan kawan baik saya sejak di sekolah menengah iaitu Nazrul. Sudah 9 tahun kami berkawan dan alhamdulillah silaturahim kami masih seperti dulu. Bercakap selama 1 jam 30 minit secara terus tanpa sedar kerana banyak benda mahu diborakkan.

Jika tahun lepas saya mendapat coklat, t-shirt dan tiket wayang sebagai hadiah namun pada tahun ini masih belum nampak sebarang kelibat hadiah. Hahaha! Oh, lupa! Saya menerima sehiris kentang dimasak sambal manis daripada budak rumah saya sewaktu menjamu selera di restoran Ummi di Seksyen 7 tengahari tadi. Hadiah - hadiah saya pada tahun ini lebih bersifat kerohanian iaitu doa daripada rakan - rakan semua. Terima kasih!

Apa - apapun, saya gembira mengharungi usia baru saya ini dengan seribu satu senyuman! Alhamdulillah! Rasa bertuah dan gembira dilahirkan sebagai seorang insan yang dipanggil sebagai Hans di blog ini. Terima kasih lagi sekali kepada semua!


P/S : Terima Kasih Juga Pada Sesiapa Yang Follow Blog Nih 
Dan Click Nuffnang Saya! Dah 3-4 Minggu asyik RM0.25 Hingga RM0.75! 
Tiba - Tiba Hari Nih Dapatlah Seringgit Dua! Alhamdullilah!

24 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. happy bfday 2 u..
    happy bfday 2 u..
    happy bfday 2 hans..
    happy bfday 2 u..
    hahhaha...
    yang ke-18???
    agak2 la sangat...hahahahah


    jom bace entri terbaru nas klik:

    larian SAF yang memenatkan

    BalasPadam
  2. besday ekau? Aku taktau.. Sob..sob... Leh wish g kan2? Epy besday hans. Smoga panjang umo,murah rezeki, smakin kacak & sihat sentiase :)

    BalasPadam
  3. eppy besday yg ke-18+++ hoho~

    BalasPadam
  4. hepi besday ya..yg ke "18" ek!

    BalasPadam
  5. 18+++++++++++++
    hahahaha byk ++ aku bg :P

    BalasPadam
  6. hepibfday hans! walupun ak xknl ko tp dlam dnia blog kite smua kawan kan? heheh

    BalasPadam
  7. Hepi B'day To u..
    Moga Pjng umur..
    Dimurahkan Rezeki..!!

    BalasPadam
  8. ok...dh wish kt wall fid itu ari...kali ni via belog kamu pula.....semoga berbahagia selalu hingga ke anak cucu...... :)

    BalasPadam
  9. epy besday skali lg bro
    sory la ye xde adiah
    tgh sengkek skang ni, gaji pertama tak masuk2

    apepun, smoga berjaya slalu
    amin

    BalasPadam
  10. happy birthday (again) Hans :)
    semoga sentiasa dirahmati-Nya & dipermudahkan urusan dunia akhirat. terus suksesss!

    BalasPadam
  11. wah,,
    ramai klik nuffnang,.,

    ade org nk jadi org kaye baru la eh,.,




    slamat ari jadi jugak.........
    walawponn xde adiah nak bagi..

    BalasPadam
  12. hepy beday kt blog plak..
    hehehehe

    BalasPadam
  13. alamak!hepi belated birthday! sowi terlewat..heee:)

    BalasPadam
  14. agak dah...aku ingat aku sorang je terkejut bila ko cakap ko bru 18,rupanya dah berpuluh org terkejut..haha..apapun,moga bertmabah umur,bertambah cinta Allah..bertambah amal dan bertambah ilmu..amin ya Rabb~

    Tak lama lg ko jadi bapak la pulak hans..hahaha

    Entry terpendek PondokCinta?

    BalasPadam
  15. hans...ekau bior beno..18 ke 81..hahaha...gegurau je..hihi... ape2 pun, selamat mgharungi usia baru...!!!

    BalasPadam
  16. terima kasih je.. blanja2 mkn2 xde..

    BalasPadam
  17. i lah tu salah seorangnya kan kHANS ;p

    BalasPadam
  18. hans,
    happy birthday...

    maaf terlambat sikit nak wish.
    hehehe..

    papun, semoga ceria dan gembira selalu k...

    ye ke 18?

    BalasPadam
  19. alamak! lambat wish!
    sowie...
    happy birthday hans!
    semoga semakin kacaQ!
    =)

    BalasPadam
  20. Happy bday Hans..Moga terus maju jaya spt Shah Rukh Khan :D

    BalasPadam
  21. Wasehhh.. Hepi belated besday bro... Semoga panjang umur murah rezki..

    BalasPadam
  22. ala.. lambatlah pulak
    hans, semoga murah rezeki dan panjang umur ya!

    ~kita kawan2 blog juga

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama