Dulu Tak Segan Pun Tapi Sekarang Rasa Segan Pula!

Gara - gara serangan pijat durjana maka kulit tangan dan kaki aku berubah dengan drastiknya. Kalau sebelum nih elok jer tapi kini dah macam permukaan bulan. Luka sana sini sebab tergaru kuat. Bengkak sana sini. Memang teruk gila! Sekejap saja berubah. Seperti seorang yang sempurna anggota berubah menjadi OKU gara - gara kemalangan atau penyakit dan begitu jugalah keadaan aku sekarang.

Kemana - mana sahaja sekarang aku pergi mesti baju berlengan panjang. Kalau aku pakai t-shirt terpaksalah aku mengenakan sweater hitam aku tu juga walaupun hari sedang panas. Tapi kalau aku pakai sweater aku cuma pakai jer. Tak zip kan pun. Gila nak zip waktu pepanas buta! Hahaha! Semua itu terjadi kerana aku malulah kalau nanti orang tengok tangan aku. Seluar pun sekarang asyik pakai seluar panjang jer. Kalau dulu best juga pakai seluar pendek. Haih!


Dulu - dulu waktu aku kecil sampai lah masuk sekolah menengah aku memang ada alahan kulit yang teruk. Memang macam - macam namalah aku dapat gara - gara alahan tu. Aku malas nak cerita panjang - panjang tapi apa boleh aku cakap memang aku tak suka panggilan - panggilan yang lebih kepada kutukan tu. Jadi, aku sangat menghargai sesiapa yang berkawan baik dengan aku waktu aku sekolah dulu sampaikan sekarang pun aku masih baik dengan mereka.

Kalau dulu aku biasa jer bila dengar kutukan sebab aku tak lah rasa apa - apapun. Sebenarnya rasa tu ada tapi aku buat bodoh jer. Bila dah mula elok daripada alahan tu dan bila terkena serangan pepijat nih ibarat kembali ke masa lampau pula. Haih! Segan aku! Yang aku tahu benda nih memang ambil masa nak elok dan aku tak sabar nak balik rumah sempena cuti raya nih.

Esok aku nak beli ridsect dengan dettol. Nak spray satu bilik lepas tu aku nak mop lantai bilik nih. Fuh! Memang malang bila manusia yang tak tahan gatal macam aku bertemu dengan pepijat! Semalam dah kena injection okaylah sikit rasa gatal. Tapi hari nih rasa gatal balik! Haihhhh!


P/S : Satu Rumah Dilanda Serangan Pijat! Jadi, Silalah Bersihkan Bilik Masing - Masing Dan Basuhlah Toto Dengan Segera! Nantikanlah Ajal Mu Wahai Pijat - Pijat Sekalian!



Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

23 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. hohooo.. ko x okey ag ker.. takot lak rase nga pijat nih.. ta pna kene.. yeahh!! dettol terbaek, utk mrk yg brkulit sensitip sprt saya >__<

    BalasPadam
  2. xhabes lagi pijat ko neh..heheh..semoga berjaya yer :)

    BalasPadam
  3. xhabes lagi pijat ko neh..heheh..semoga berjaya yer :)

    BalasPadam
  4. kena pijat ke ? ke atau u alah dengan seafood ?

    BalasPadam
  5. weh aku pon kna gak
    musim dier ke skunk??kul 4 dier sengat aku..kuang ajor gler.huhh

    BalasPadam
  6. cepat2 bersihkan rumah tu bro.. ko sorg je ke yg kena.. org lain camne?

    Susah ke nak berblog ni?

    BalasPadam
  7. ok ar tu ko jd hip hop.. time panas kemain pn pakai sweater.. baru la nigga~ hahaha

    BalasPadam
  8. Uishh.. Kesian.. Jemur kat tengah2 panas terik jer tilam tu.. Biasanya berkesan jugak la...

    BalasPadam
  9. kekeke..
    aku bersimpati ngn ko hans..

    BalasPadam
  10. hurm...same la..xleh berada dikawasan sensitip camni klu x mmg menggaru jwbnyer...huhu

    BalasPadam
  11. ada hikmah juga tu.. dia suruh hans tutup aurat.. hehehe..

    BalasPadam
  12. Well moga kau cepat sembuh supaya kembali yakin.

    BalasPadam
  13. bagus la pakai seluar panjang.
    tutup aurat.
    ade hikmahnye.
    hahahaha

    X)

    BalasPadam
  14. weyh kesian gilak
    -________-"
    sabaq noh..

    BalasPadam
  15. salam...Jom tinggalkan link korang kat cni http://www.onetasha.com/p/links-exchanged_13.html

    BalasPadam
  16. lu bersetubuh dengan pepijat kan?

    BalasPadam
  17. rimas kot kalau asyik gatal..huhuhu

    BalasPadam
  18. Bro dh hantar ke dobi belum?
    pakai febreze weh bagus..

    New Entry Prof-Hariz
    Ayie Tak Puasa Tapi Nak Raya.

    BalasPadam
  19. pepijat tu cmne rupo eh?
    sis pun xperasan ..mintak jauh le...
    pepijat tu kalo dia geget jadi camno?cter sket kat cheq

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama