Itulah Bro! Kalau Nak Drift Tu Tutuplah Cermin Tingkap Kereta Tu Dulu! Kan Ker Ekau Dah Malu! Kahkahkahkahkah!

Tajuk entry nih ibarat lirik lagu yang sedang berkumandang hasil dendangan perut cheq ketika waktu ini. Hahaha! Cheq sebenaqnya nak sambung tidoq balik nih sebab kelas pun habis awai tapi tak sangka pulak hari nih nak panas terik lagu nih. Toto cheq nih disimbahi cahaya matahari yang membakaq dengan rakusnya jadi sekarang memang tengah dok sejuk kan balik lah kelengkapan - kelengkapan tidur cheq nih sebelum menyambung balik kehidupan di dalam fantasi.

Okay! Berbalik kepada topik entry nih! Cheq nak gtau dekat hangpa semua lah! Semalam waktu cheq nak balik rumah lepas selesai dok merewang dekat KFC tu ada satu peristiwa yang memang lawak gila nak habaq mai! Waktu tu cheq dengan housemate cheq dok dekat atas motosikal nih hah! Traffic light pi jadi merah pula waktu tu! Dari satu motosikal last - last jadi bermotor - motor dan berkereta - kereta. Maksudnya dah ramailah orang tengah dok tunggu warna lampu tu tukaq dari merah pi jadi hijau! Hohoho!


Nak dijadikan ceritanya tu, dekat arah bertentangan lampu isyarat dah bertukaq jadi hijau! Adalah kereta sorang mamat nih! Dia punya make over sempoi jugalah nak habaq mai! Bunyi enjin dengan tayar dia memang macam kereta Alex Yoong! Ada bunyi macam nak drift jugalah! Punyalah megah dia dok bagi bunyi tayar kereta dia tu. Naik menyampah pulak cheq dok dengaq bunyi tayar dia. Hingaqqq! Hahaha!
 Tiba waktu dia membelok ke kiri nih hat buat cheq dok gelak sampai ketaq lutut nih! Tengah dia dok seronok buat aksi drift dia depan motor cheq yang hebat lagi berjasa dekat cheq tu tiba - tiba cheq ternampaklah satu objek macam terpelanting atau tercampak dari kereta mamat nih. Cheq nih suka berfikiran positif jadi cheq ingat batu apa jer lah terpelanting kan sebab tayar keta dia dok sakan bergesel dengan tar jalan tu.


Tiba - tiba housemate cheq cakap handphone pemandu kereta tu tercampak dekat jalan. Cheq pun memang punggahlah gelak tang tu juga. Hat/Yang mamat - mamat motor lain sebelah cheq pun bantailah gelak sama. Cheq duk doa suruh kereta tu reverse balik sebab nak tengok mamat mana hat dok bingai sangat nih. Nasib traffic light tak tukaq warna lagi dan kereta hat tadi dok seronok layan drift tu tiba - tiba berhenti. Lepas tu dia reverse balik dengan lajunya.

Pintu terbuka dan keluaq lah sowang mamat nih berlagak cool gila! Tapi hang buat lah cool lagu mana pun mamat oit sebab cheq tau hang mesti malu gila punya! Hahaha! Time mamat nih keluaq dari kereta tu ramai gila dok perhati tengok muka dia. Masing - masing senyum - senyum jer. Cheq nih memang tak tahan cheq gelak jer kuat - kuat. Lepas mamat tu ambik handphone dia teruih dia blah cepat - cepat. Hahahahahaha!


Tu lah! Mengkala kalu nak drift sangat pun tutuplah cermin tingkap kereta tu dulu kalau dah tau hang letak handphone tu dekat atas dashboard ka apa ka. Paling tak pun hang letak handphone hang dalam poket. Nih tak pasal - pasal ja kena bantai gelak dengan aku dan manusia - manusia yang terlibat dalam kejadian nih. Hahaha!

P/S : Awas Kepada Pemandu Yang Lain! 
Don't Try This At Highway! Kehkehkehkehkeh!

16 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. isk..isk..
    macam2 la gelagat pemandu di jalan raya ni.

    BalasPadam
  2. hahahaha
    lawak gilaaa
    itulaa.
    jangan nak eksyen
    kan dah
    tambah2 da masuk lan ramadhan nih

    BalasPadam
  3. gelak..ni kan pulak yang myaksikan kjadian ini depan mata...

    ish..sabo je la...bajet macho la wat kono lap, alih2 hp tplanting kluar...

    sabo je la...

    P/s= udah2 gelak tu..ingat bulan pose..hihihihi..=)

    BalasPadam
  4. sengal btol dak tuu..
    bengong...
    hahahahhahaaa..

    BalasPadam
  5. baik jadi rempit je kan hahaha

    BalasPadam
  6. hahaha
    rasakan
    nk menunjuk sgt sekali terkena kt btg idung sendirik

    BalasPadam
  7. ngahhaha~~padan la dengan muka dia...haha..kalau aku,aku parking sebelah keta dia,aku ketawakan kuat2!haha

    BalasPadam
  8. mesti pas nih pemandu tuh x moh lalu jln tue dah....malu beb malu...kuikuikui...

    BalasPadam
  9. ngeh3.... henset ape tuh? tiga2-sekupang ke? hehehe

    BalasPadam
  10. seyesly leh tercicir hp dr keta? xpenah lg aku nengok aih!!

    BalasPadam
  11. aku ngan member ak kena kat bukit gerik
    tapi bukan handfone la, pewangi kete
    nasib baik, so xyah la brenti ambek

    BalasPadam
  12. em,baby tu comel kot.haha byk nak komen tp lupa dah :DD

    BalasPadam
  13. huhuuhu..gelak sopan jer..xleh lebih2...

    BalasPadam
  14. hehehe..xboleh blah ar dak tue..
    tapi susa gak aku nak bace sket coz awal2 ko gne loghat utara..hahaha



    jom bace entri terbaru nas klik:

    mengapa orang melayu makan nasi?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama