Sedang leka melayari perjalanan kehidupan yang ada naik turunnya ini cubalah curi sedikit masa yang diibaratkan seperti kepantasan tikaman mata pedang menusuk celahan daging yang merah menyala warnanya. Di dalam persekitaran yang dipenuhi hutan batu, udara monoksida serta warna - warni kehidupan yang menghiasi ruangan bebola hitam yang galak menari di dalam lingkungan ruang legar yang sempit sudah pasti jasad segar ini dikelilingi oleh sang manusia yang berhubungan sama ada secara rapat ataupun sekadar memenuhi landskap memori yang sedang tercipta tanpa kawalan minda.
Ditakdirkan manusia memang menjadi pendokong kepada prinsip - prinsip kehidupan yang dibina berasaskan kepercayaan kekal sama ada suka, terpaksa, dipaksa atau tanpa disedari. Ada masanya sang akal berbisik bahawa itu semua adalah satu kebenaran belaka. Namun kebenaran di mata hati belum mampu memutihkan jiwa yang cuba menghakimi tradisi tersebut secara positif atau pun melawan arus.
Kenapa tewas pada rasukan hati hinggakan jasad yang lurus itu diperguna semata - mata memenuhi kehendak nafsu yang tidak berkesudahan? Kenapa perlu memaksa si jasad itu mencipta teori amukan hati jika tahu segala kesulitan ini boleh dihindarkan? Ada akal! Ada hati! Ada jiwa! Ada ilmu! Ada kasih! Fikir - fikirkanlah sebelum teori amukan hati meletus tanpa berhenti.
P/S : Persoalkan Pegangan Diri Tanpa Perlu Campur Tangan Duniawi.
bersastera hans. sy teringat satu entry ini yg assignment itu duniawi :)
BalasPadamdayah nurul : faham ker apa yang saya bersastera tu? hahaha
BalasPadampertimbangan tu bukan kadang2 diperlukan ( bg aku )....ianya selalu diperlukan...setiap apa yg kita lakukan dipacu oleh pertimbangan yg waras...
BalasPadampapa hero : betullah tu...tajuk tu sebenarnya lebih spesifik pada suatu benda..tapi den malas plak nak terangkan...so biarkan masing2 buat kesimpulan...
BalasPadamnak buat pertimbangan tuh mesti susah kalo berkaitan dgn org yg kita rapat..adeh..stress kot..bak kata pepatah di telan mati mak diluah mati bapak..waaaa....
BalasPadammgkin sbb terlalu ikutkan hati tanpa menggunakan akal.
BalasPadamjadi macam tu lah.
wah. balek dr teater tros bersastera ya kamu! :)
Satera ka nie.. Aku kurang faham dengan bahasa sastera...
BalasPadamWahhh..best~best baca post ni..nampak tak serius,tapi ada mesej
BalasPadamBaru je Update tadi; Trip Ke Pangkor bahagian akhir
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com