Member baik aku dari diploma, si Yatt ada bagitahu aku semalam kalau nak suruh dia masak untuk berbuka puasa memang dia okay jer kalau ada masa terluang tapi barang - barang makanan semua tu kongsi - kongsilah beli. Teman memang tak kisahnya. Tak kan temannya nak suruh orang masak lepas tu barang pun nak minta orang yang masaknya belikan juga. Segan haih teman! Lagipun, tiadanya yang percuma dekat dunia nih.
Jadi, lepas kelas Mandarin tadi waktu temannya kumpul ramai - ramai satu team production tiba - tiba teman nih sajalah gatal - gatal mulut suruh si Yatt nya masak. Tanpa tercapai dek akalnya kawan - kawan teman yang lain pun mau join sama dan terjadilah satu sejarah hari berbuka beramai - ramai dekat rumah sewa budak kelas temannya. Ada dalam 8 orang yang join. Best botul hah! Hohoho!
Jadi, persiapan pun bermula! Balik rumah teman mandi cepat bebenor dan lepas tu teman bergerak ke destinasi yang ditetapkan. Pergi beli barang - barang yang penting seperti mee, bihun, sayur, udang dan sebagainya lagi. Ada dua orang chef hari nih iaitu si Yatt Luciana dan si Mira Bieber dimana chef Yatt akan masak laksa sarawak dan chef Mira akan masak mee goreng. Fuh! Memang merembes air liur teman nih hah Cik Bedah oiiiii!
Lepas dah jumpa semua barang - barangnya, kami tinggalkan mereka berdua dekat rumah untuk 'kerahan tenaga' iaitu memasak dan yang lagi 6 orang insan terpilih nih pergilah berkeliaran mencari bazaar ramadhan. Atas cadangan Wana A.G. maka kami pun menyerbulah bazaar ramadhan dekat SACC Mall. Tak lah besar sangat tapi boleh tahanlah! Memang waktu berjalan - jalan dekat situ buat teman nih rambang mata. Tengok popia rasa nak beli! Tengok roti john rasa nak beli! Tengok cucur udang rasa nak beli! Tengok akak cantik jual nasi kerabu rasa nak beli...ehh...haha! Tengok berbagai - bagai warna air rasa nak beli! Pendek kata kalau ikut hati memang cepat bankrupt lah jawabnya. Hahaha!
Jadi, kami ramai - ramai kongsilah beli sikit - sikit. Nanti semua dapat merasa. Beli popia dengan roti jala sebagai menu kuih muih dan beraneka air. Ada yang beli soya. Ada yang beli cincau. Ada yang beli air kelapa. Balik ke rumah sewa dan makanan sudah siap terhidang. Memang bersemangat gila menanti azan Maghrib berkumandang. Akhirnya, kami ramai - ramai berbuka bersama - sama.
1st time makan laksa sarawak dan memang sedap! Mee goreng pun sedap! Pendek kata memang kalau nak kahwin tu dah boleh dah lah! Dah melepasi syarat - syarat dah tu! Hohoho! Apa - apapun, terima kasih kepada semua rakan - rakan yang terlibat dalam majlis berbuka puasa merangkap doa selamat iaitu Yatt Luciana, Mira Bieber, Wana A.G., Shury Shukrya, Fizi Honduro, Ezzy Stacy dan Nadia Marvitas. Seronok bebenor temannya berbuka bersama kalian. Perut teman pun dah boroi dah tadi melantak semua menu dan airnya. Hohoho!
Waktu proses kemas - mengemasnya dan basuh - membasuhnya, ada juga kawan teman nih yang pelik sebab teman bermurah hatinya nak membasuh pinggan mangkuknya. Memang susah ker lelaki nak basuh pinggan? Temannya tak tahulah sebab dari kecik memang teman basuh pinggan ker cawannya sendiri. Kalau suruh mak teman basuhkan memang cari nahaslah jawabnya. Hohoho! Apa - apapun, selamat berpuasa untuk esok!
Selamat Berbuka! Selamat Bertarawih! Selamat Bersahur! Selamat Berpuasa!
P/S : Nanti Ingatkan Semua Kena Bayar Berapa RM
Sebab Terlupa Pula Tadi Nak Tanya.
hehehe~
BalasPadamselamat berpuasa lagi esok hans!
Selamat Berpuasa Untuk Esok Hans :P
BalasPadamMasak Ntok Aku Sekali :P
New Entry Prof-Hariz
Hukum Puasa Tapi Tidak Solat
lengkap ucapan ko kat bawah sekali tuh~ hahaha
BalasPadamjap2... ko semua sedap~ haha takleh belanje ko g bazar nih~ hahaha kang koyak wallet aq nak bayar~ ngehahaha
zara : u too
BalasPadamhariz : bukan aku masak..kawan aku
kaizen : ceit...kedekut..haha
ohohoo.. beshnye masak n buka pose ramai-ramai.. hans study kt mane weh?? kan ke da gred??
BalasPadamselamat berpuasa lepas ni..laksa serawak sedap ker?aku laksa kureng minat sikit...
BalasPadamuiks, hebat berbuka tak makan nasi
BalasPadamteman tak boleh, kena pekena nasik gak walaupun sikit
esok masak apa plak bro?
best la ada chef
ishiko : itu diploma..skrg degree...
BalasPadamblack mel : owh..aku suka laksa..tapi laksa nih bukan laksa..dia bihun
pena : haha..larat nak suruh depa masak selalu..kehkehkeh
hans, jika ada kwn yg berbudi, kita kena berbahasa. sayang menyayang amalan kita. seronokkan bila kita sedar indahnya sebuah silaturrahim . ukhuwah yg xleh dibeli kat mana2..
BalasPadamPerggghhh..mmg ekslusif la bro!haha...
BalasPadamBulan puasa kita perlukan makanan rohani,kan?Mind to eat? :)
Jgn miss tarawih dan tazkirah ya bro!
aku tak brape laksa...huhu
BalasPadamkalu laksam mantap...
abes la ko makin buncit..
BalasPadamhahaha
puasa jangan tak puasa!
Assalamualaikum,
BalasPadamFUh! bestnya... haha.. laksa sarawak? Wow! Memang sedap tue..(pernah rasa)..hehe..
laksa tu cam sedap gila...
BalasPadamheheheh :)
BalasPadamselamat berpuasa bro :)
sakan hang puasa pertama ni
BalasPadamwah...
BalasPadambesh sgt2!
bile ko nak masak tok ak?
nak tny laksa srwak tue rasa macam minyak gamat x skit2? konpius nie..sbb husz makan rasa macam tue..aiyakk
BalasPadamslmt berpuase ye hans...
BalasPadamamiklah ksemepatan beribadat di bln penuh rahmat ni..
mike dah buleh cabut iklan giveaway teman tu..dah ada yg mng pun..hehe..thnx a lot
seronoknya kawan masak!buka ramai2!
BalasPadamJom petang ni p buka kat mesejid..
BalasPadamhaa baru ko tau penangan laksa sarawak! meh carik bini org swak nyah! hahaha
BalasPadamNasik kerabu??
BalasPadamai loike!!!!
nk bagi orang teliur la tu..
BalasPadamhahahahah..sikit tak lari..
hahahahah
pergh cam sedap jer laksa sarawak tue...
BalasPadamjom pi bazar~
ouh.... digree kt mne plk??? huhuu.. gud lark~
BalasPadamhans selamat berbuka
BalasPadamuih..terliuq aku tengok ni..p terawih tak mlm ni??
tak pernah rasa lagi laksa sarawak..hehe
BalasPadamweh..cmpuq eh laki pompuan :P
BalasPadamwaw bestnya mkn berbuka reramai. meriah :)
BalasPadamlaksa sarawak memang sedap tau!
BalasPadampeh! tak ajak woh!
BalasPadammemang best dapat berbuka beramai2 ngn member2..teringat zaman2 muda2 dulu(mcm da tua plak)
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com