Kenapa Murtabak? Kenapa Bukannya Nasi?

Adoi! Tiba - tiba aku touching pula dengar lagu mambai ft raihan nih. Tak pernah - pernah pula aku ada perasaan dengar lagu nih tapi tahun nih tiba - tiba terasa macam sesuatu pula. Sedih betul! Okaylah! cheq nak cerita sikit dekat hangpa semua lagu mana cheq boleh terjebak awal dalam menunaikan solat terawih dekat surau ka masjid ka nih. Hahaha!



Waktu kecik - kecik tak silap darjah 3. Biasalah bila habis solat terawih mesti dapat moreh kan. Tiap - tiap moreh tu berlainan. Kadang - kadang dapat nasi lemak, nasi ayam, bihun, murtabak, mee, roti jala dan macam - macamlah ikut pada sumbangan. Selalu aku akan tunggu abah aku balik sebab nak makan moreh. Dalam masa yang sama kena berebut dengan abang aku lagi. Mak aku pun nak merasa juga. Nak pula moreh malam tu rasa sedap gila punya. Tak boleh jadi nih! Aku kena pergi juga esok! Aku nak makan sorang - sorang! Hahaha!

Esoknya gigih nih cakap nak pergi terawih. Dalam sehari tu berbelas kali aku bagitahu nak pergi terawih. Waktu buka puasa aku mengketedarah tak ingat dunia. Rasa kenyang betul tapi sebab dulu aku kuat makan(sekarang pun..haha) jadi aku kena pergi juga untuk dapatkan moreh. Semangatlah aku pergi surau depan rumah lama dulu. Dekat surau tu memang banyak nyamuk. Ahh! Persetankan nyamuk tu! Aku khusyuk jer ikut orang - orang yang dah baligh waktu tu.

Budak - budak yang seusia aku atau yang tua 2-3 tahun dari aku kagum jer dengan aku waktu tu. Aku menjadi kebanggaan dan role model seketika sebab aku habiskan semua rakaat solat tarawih tu. Kalau dekat Perlis 8 rakaat tapi dekat Kedah macam negeri - negeri lainlah. Rasa bangga kejap waktu tu. Kahkahkahkah! Habis solat tarawih inilah masa yang dinanti - nantikan! MOREH! Yehaaaaaa!


Adalah pakcik - pakcik tu bagi dekat kami semua! Dapat bungkusan plastik yang leper dan aku mula terfikir apalah bendanya! Aku agak mesti bihun goreng nih! Balik rumah dengan tak sabarnya terus buka! MURTABAKKKKK? Arghhhhhhhhhhhhh! Aku tak suka murtabak(waktu dulu jer lah. Sekarang aku makan jer!). Mak dengan abah aku suka murtabak panas jer. Abang aku sukalah juga tapi dia pun dapat juga moreh tu. Kecewanya hati aku waktu tu! Tapi aku berfikiran positif! Aku rasa esok mesti moreh benda lain.


Esok pun semangat aku pergi surau! Cukup 20 rakaat! Habis tu beratur untuk dapatkan moreh! Asal macam sama jer bungkusan plastik tu? Bawa balik rumah dan sekali lagi...MURTABAKKKK!!!! Aku masih berfikiran positif! Esok aku pergi dan sekali lagi dapat murtabak! Aku dah tekad! Kali nih aku pergi kalau murtabak juga aku tak nak pergi dah! Ditakdirkan sekali lagi murtabak! Sob sob sob! Sedih siyot!


Esoknya, abah aku ajak pergi tapi aku kata malas! Tiba - tiba malam tu abah aku bawa balik moreh! NASI LEMAK! Sedap weihh! Menyesal pula tak pergi! Jadi, mengenangkan moreh sudah berubah maka malam berikutnya aku kembali bersemangat pergi! Lengkap semua rakaat sunat tarawih dijalankan oleh aku. Tiba lagi saat yang dinanti - nantikan. Kenapa hati aku rasa tak sedap jer nih! Alamak! Bungkusan yang sama! MURTABAKKK! Lagi - lagi murtabak! Lagi - lagi murtabak!

Sampai jer dekat rumah satu keluarga gelak kan aku! Sob Sob Sob! Sedih betul! Esoknya aku tak pergi tarawih dan bila abah aku balik moreh dia bukan murtabak! Aku rasa tok imam, tok siak, tok bilal, tok kadi semua memang ada konspirasi nak kenakan aku kut! Hahaha! Sepanjang bulan puasa tu aku dah tak pergi tarawih sebab kecewa dengan MURTABAK tapi tahun berikutnya aku pergi baliklah dengan rajinnya dan waktu tu selalu dah dapat nasi. Hahaha!

Waktu budak - budak nih biasalah! Semangat moreh tu memang kuat! Sekarang kalau tarawih aku lebih suka kepada nilai rohani! Rasa sejuk dan tenang hati kalau dapat bertarawih! Insyaallah tahun nih akan cuba pergi bertarawih dan harap - harap ada rakan - rakan yang nak pergi. Bersemangat sikit aku! Apa - apapun, selamat berpuasa semua!


P/S : Sedap Sangat Ker Bubur Lambuk? 
Kenapa Lidah Aku Menyatakan Sebaliknya? 
Atau Aku Belum Bertemu Yang Betul - Betul Sedap?

19 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. hahaha~

    sabar hans~

    tapi murtabak kat Muar sedap beb~

    banyak daging segala~

    ;)

    dan Hans, bubur lambuk syok tau~

    BalasPadam
  2. kempunan kot kena macam tuh
    haha, memang menguji kesabaran dan istiqamah dalam diri

    jom berterawih malam esok :)

    BalasPadam
  3. bubur lambuk ada yg sodap..ada yg x~

    BalasPadam
  4. sedap kan murtabak..!! hehehe..
    selamat bertarawih hans...!
    moga puasa n terawih penuh tahun ini ya....

    *mood: xsabar nk mjalani ibadah puasa...=)

    BalasPadam
  5. aku paling suka murtabak kot...meleleh dh air liur aku ni...;)

    BalasPadam
  6. aku penah tebar roti buat murtabak!
    percaya x?
    haha..

    BalasPadam
  7. hahahaa..ko duta murtabak wey..asal muka ko, mesti murtabakk..haha

    BalasPadam
  8. yang ang tak mandi bunga sapa suruh? memang murtabak je la jawabnya!! hahahha

    BalasPadam
  9. oh shah rukh hans yang hensem,
    sudah lama aku tidak berkunjung.
    maklumlah, busy la katekan.
    wahahahah
    sempena bulan ramadan al-mubarak yang mulia ini,
    aku pun mula lah berjinak-jinak utk menulis semula
    (supaya tidak terlalu memikirkan tentang makanan)
    hahahahaha

    selamat berpuasa bro!

    BalasPadam
  10. Masa 1st year belajar kat perlis..hairan jugak knpa dia buat 8 rakaat je..ingatkn sebab imam busy..huhu

    BalasPadam
  11. da lame xmakan murtabak..
    yelah...malas nak g kedai2 tertentu yg jual murtabak..
    tapi tyme ramadhan nie of coz banyak....:)

    jom bace entri terbaru nas klik:

    adakah mereka membaca entri kita??

    BalasPadam
  12. best wo murtabak. betulkan niat tu sebelum gi masjid. hehehe. selamat puasa.

    BalasPadam
  13. aku suka GILA murtabak
    kalo kene yang sedap memang makan murtabak sahaja
    x makan nasik
    hohohoh

    BalasPadam
  14. aduh! kalo bace time puasa ni boleh batal kang..pi masuk dapor plak..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama