Tadi aku dengan housemate aku si 'Kucing Ali'(kahkahkah) pergi makan tengahari dekat Seksyen 6. Pertama kalilah aku makan dekat situ tapi aku dah pernah pergi dah tempat tu sebelum nih. Ramai juga orang dan memang banyak kedai.
Kami berdua menuju ke satu kedai tu. Aku cadangnya nak makan ikan tapi tak ada pula wajah ikan yang mampu buat hati aku tersentuh dan bersimpati untuk membeli mereka. Tiba - tiba hati aku terpaut pada ayam - ayam yang macam ayam bakar diletak madu tu. Aku amiklah seketul ayam di bahagian kepak/sayap/wing sebab itu bahagian kegemaran aku.
Dah tak tahu nak ambil apa alih - alih terpandang ulam - ulaman dekat bahagian lain. Teruslah serbu pergi ambil ulam raja banyak - banyak. Lepas tu letak sambal belacan dalam 3-4 sudu. Kemudian pesan air dekat abang depan meja tu. Aku pesan air merah a.k.a sirap. Dua kali abang tu tanya aku nak dua gelas ke satu gelas. Aku cakap lah satu gelas je sebab housemate aku kata dia dah pesan dah.
Punya semangatlah aku makan ayam dengan ulam - ulaman beserta sambal tu. Sedap pula! Menyesal aku tak ambil banyak - banyak ulam dengan sambal tu. Laju jer aku mengunyah sampai aku perasan nasi dekat pinggan aku dah tinggal suku jer lagi. Air tak sampai - sampai lagi. Aku sajalah renung si kakak dengan abang air tu. Diorang tengok aku tapi tak ada apa - apa pula reaksi. Aku pelik betul! Diorang nih ada short term memory ke apa sampai tak ingat pesanan aku tadi?
Akhirnya, makanan dalam pinggan pun dah habis dan aku pun terus blah lah! Buat apa tunggu lama - lama. Balik minum air dekat rumah jer lah. Nasib tak tercekik ulam tadi. Kahkahkah! Pastu sampai dekat rumah bila buka facebook terus aku ketawa macam nak gila. Sebab apa? Sebab gambar - gambar nih!
Mangsa - Mangsa Radiasi Nuklear!
Mr Crab & Spongebob!
Makhluk Planet Nameck!
Stonehenge Dalam 7 Benda Ajaib Didunia!
Hahaha! Sumpah sakit perut aku ketawa tapi nasiblah tak terkeluar balik apa yang dimakan. Gambar nih aku dengan groupmate aku ambil dekat Mcd Seksyen 3 waktu buat assignment. Waktu dekat Mcd tu pun dah gelak macam nak gila dah. Bila dah diupload nih memanglah bertambah - tambah lawak. Hilang stress aku tengok gambar nih! Kehkehkeh!
P/S : Nanti Kalau Ada Apa - Apa Meeting Lagi
Nak Ambil Lagilah Gambar Macam Nih! Hahaha!
haha.
BalasPadamsengal weyh.
sabar je la aku~
lawak gak gambo2 tu........
BalasPadamhahaha..edit berabis pic tue :P
BalasPadamklakar abis la ko..
BalasPadamtak tahan aku tengok.. haha
ko makan x lekat ker? aku x leh kalau makan x minum air..
boleh selambe dek je diaorang tgk ko..ishkk
hahahahhaha...xleh blah! seyes aku sakit perot tgk pic kita tu!!! weyh pasnih jom wattttt lagiii ;)
BalasPadamhahaha...lwa la mka korang,,,
BalasPadamlawak + comey gmbr2 ni..
BalasPadam;)
pekehel muka hangpa jadi penyek camtuh,hak3
BalasPadamak pernah time buka puasa order air tp tak smpai2 hinggalah abis nasi sepingga ditelan
jimat gak minum air kat rumah..haha
BalasPadamhahaha~
BalasPadamgila kentang comelnya~
:)
aku setakat ni alhamdulilah bila order je kat kedai mamak sekajab dh sampai.. kdg2 dia bg double air? adoiyai.. eh! mcm mne ko buat gmbr tu???? wah!!!
BalasPadammesti kes hilang ingatan..haha
BalasPadamgamba yg last paling klakar.muka sume cam kartun XD
kuat makan ulam ea? bagus. bagus. baik untuk kesihatan. hehe!
BalasPadammemang rasa bengang kalau benda yang kita order, buat buta lambat nak hantar. pastu boley buat buat lupa. rasa macam nak jerit je, wo0i, nak niaga ke tanak ni.. kalau boley la kan. hehe
habes senget benget muka semorang ekau keje kan
BalasPadamheh =p
Cara Memenangi Hati Wanita : Setuju tak?
huik..
BalasPadamaku pnh buat gambo2 sedemikian rupa..
haha..
ss6 antara heaven makanan bajet utk student, tp hati2 sebab kebersihan agak diragui di situ...
BalasPadamlg2 skang ni tgh hangat pasal penyakit leptospirosis atau kencing tikus ni
lucah
BalasPadamhahahaha... kelakar gmbr cenggini :D
BalasPadam3-4 sudu sambal belacan? byk tu? tak pedas ke hans? tak elok.. nt berak berdarah makan pedas2 ni :)
BalasPadamNgape dengan gambo dia orang tu..nampak macam makhluk asing saja..
BalasPadamahahaha.. takde kijo ambik gambar camni. hahaha..
BalasPadamaku paling tak best bila dah elok2 pose, orang ambik gambar camni. uhh..
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com