Misi Membeli Tomato Dan Vitamin Untuk Rambut Berjaya!

Lepas melantak mee kari yang boleh tahan rasa sedapnya hasil air tangan kawan - kawan perempuan aku maka mulalah tugas pergi ke Giant dan Tesco untuk mencari barang - barang yang dimahukan. Aku menyasarkan mahu membeli tomato kerana memang berazam untuk makan tomato hari - hari.Hohoho!

Jadi, pergi ke Giant teman housemate aku beli kasut. Baru aku teringat selipar aku pun tiba - tiba lesap entah kemana. Jadi, cari punya cari akhirnya berkenan dengan selipar berharga RM8. Waktu dah puas memilih dan tiba - tiba dalam perjalanan nak ke kaunter ternampak pula selipar berharga RM3. Terus rembat selipar RM3. Hahaha!

Lepas tu terpandang Guardian dan teringat pasal rambut aku nih. Untuk mengelakkan otak aku asyik berfikir yang aku nih ada leukimia sebab rambut nih asyik gugur jer jadi aku beli pil rawatan rambut nih.


Aku tak pernah guna pun selama nih dan saja nak mencuba. Rimas betul bila rambut nih gugur.  Dari aku fikir bukan - bukan baik aku cuba jer benda nih. Minta - minta berkesanlah hendaknya! Amin!

Kemudian, kaki melangkah pula ke Tesco Extra dan cadangnya nak beli tomato bulat jer dalam 6-7 biji. Semua nak warna hijau jer yang warna merah memang habis terus. Aku pun cari yang warna jingga - jingga sikit sebab nanti kalau simpan dalam peti ais cepat sikit jadi merah.


Tengah seronok memilih tomato mana yang rasa terbaik tu tiba - tiba terpandangan tomato kecil yang comel - comel macam aku nih dalam satu bekas. Kahkahkahkahkah!


Fikir punya fikir punya fikir aku sebat dengan tomato kecil nih sekali! Hahaha! Lepas tu beli susu coklat sebab nak elakkan tulang aku dari mereput. Nasib susu dan coklat boleh bersatu sebab aku tak mampu nak minum susu asli berwarna putih.

Tadi balik rumah saja aku cuba makan tomato kecil tu dua biji. Lepas basuh aku ratah macam tu jer. Rasa dia macam anggur yang masam sedikit tapi rangup! Layan juga makan! Jadi, rasanya tak ada masalah nak habiskan semua tomato dalam bekas tu.

Jadi, bermulalah misi makan tomato hari - hari! Dulu dah pernah amalkan selama sebulan dan rasa selesa gila. Tapi lepas kena resdung hari tu rasa macam lain jer dan sekarang masa untuk kembali makan tomato balik! Hohoho! Tidur dulu! Bye!

P/S : Esok Aku Ada Test Law! Doakan Aku Berjaya Jawab Yer! Amin!

14 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. tomato kecil2 yg comel tu tomato ceri la..ira_ishiko ckp awk ni duta tomato..huhu...

    good luck 4 test sok :)

    BalasPadam
  2. ah sudahhh..
    ko dah jadi hantu tomato..
    sila buat entry psl 'hans si hantu tomato!'
    hehehe..
    =P

    BalasPadam
  3. tomato kecik tuh mmg cedap...tmbh lak mkn mse cejuk2 kuar dr peti ais...tmbh ngn serbuk asam...wahh~

    ngee~

    >_<

    BalasPadam
  4. mmg layan pon mkn tomato kecik!

    gua pon nk mkn jgk! hahaha

    BalasPadam
  5. mmg layan pon mkn tomato kecik!

    gua pon nk mkn jgk! hahaha

    BalasPadam
  6. aku penah guna ellips tu...tapi kepala aku jadi gatal...tuhan jer yang tau..terus x pakai..hope ia berkesan kat ko :)

    BalasPadam
  7. hehe...boleh jadi duta tomato ni..komfemm :D

    BalasPadam
  8. tomato lover ek.... konfirm nieh kulit mesti halus mulus..heheh..

    BalasPadam
  9. wah...sesi mendietkan diri ke??huhu

    BalasPadam
  10. hahaa.. cikTom singgah kt sni gak yer.. tgk, en3 dye xhbes2 sal tomato kan?? yaa... tomato ceri tu mmg sdp, mkn dgn sos tauzen island brsme salad yg laen laa...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama