Sekitar Puasa Hari Ke-2....


Bangun sahur dengan makan nasi putih(tak tahu dari mana datangnya sebab ada dalam polisterin), telur mata dan serunding kering. Main makan jer sebab malas dah nak fikir dari mana datangnya sumber nasi tu. Hahaha! Akhirnya aku dah tahulah mana datangnya nasi tu. Apa yang penting sumbernya halal. Hohoho!
Pergi kelas lewat tapi memang dah budget nak pergi lewat sebab dah tahu lecture tu mesti kerjanya nak membebel jer. Cuma kelas minggu nih best sikit sebab banyak amali dan perkara - perkara baru yang diajar yang aku tak tahu. Apa - apapun kelas yang asalnya 3 jam mesti akan jadi 4 jam lebih. Masyuk! Hahaha!


Shooting chart show mengejut! Nasib yang lain - lain dah prepare! 1st time aku shooting guna Green Screen. Kali nih aku jadi Sound Engineer jer. Kerja tak susah pun! Just pastikan voice si talent tak melebihi dari had yang ditetapkan dan pastikan tiada noise atau apa - apa bunyi yang menganggu sewaktu si talent sedang bercakap! Enjoy jugalah!
Rasa sangat dahaga kerana hari panas terik sewaktu mencari tape untuk rakaman tadi. Tapi waktu masuk studio memang sejuk macam nak mati! Fuh! Nasiblah aku dekat bahagian yang boleh berjalan - jalan! Kalau tidak tak tahulah macam mana nasib sebab terlupa nak bawa sweater. Serius sejuk gila!

Walaupun penat sebab shooting sampai ke waktu berbuka puasa dan disambung lagi dengan proses V.O tapi rasa seronok gila sebab semua team pun gila - gila jer sorang - sorang! Letih aku ketawa! Pertama kali aku buka puasa makan kuih - muih dengan minum air jer. Memang aku bantai 3 gelas air sirap bandung tu. Dahaga betul!


Waktu proses V.O ada pula KFC dalam tu. Abang dekat studio tu suruh makan kalau nak. Aku dengan 3 orang lagi group mate aku memang tak lepaskan peluang. Aku melantak coleslaw bekas besar tu seorang - seorang. Lagipun tak ada siapa minta pun. Aku memanglah fokus makan tu! Tiba - tiba kawan - kawan aku nih jerit lipas dekat belakang. Setahu aku tak pernah pula ada lipas dalam studio nih daripada semester lepas aku guna. Rupa - rupanya ada betul! Memang dengan pantas, tangkas dan hebatnya lah aku bangun keluar pastu sambung makan coleslaw dekat luar.


Bila dah bulan puasa nih al-maklumlah mulut tu memanglah kering. Jadi, aku memang suka bagi bibir basah sebab tak suka kering - kering nih. Memang bibir aku nih akan jadi merah gila bila aku buat macam tu. Jadi, member - member aku nih mengusiklah aku kata aku pakai lipstik. Cess! I tak suka tau nyah pakai - pakai lipstik bagai nih! Hahahaha!

Malu betul aku! Benda duduk dekat pula! Kalau jauh - jauh tu boleh jugalah aku prepare apa yang patut! Ambil pemadam api tu ker hentak lipas tu! Lepas habis semua pergi lepak dekat KFC seksyen 7 sebab belanja talent. Terima kasih yer si talent yang banyak membantu. Anda memang cool! Aku beli nasi ayam dekat kedai Ani Sup Utara!


Balik rumah lepas tu jumpa lagi makhluk bernama lipas. Memang matilah kena spray ala - ala fogging dengan aku binatang tu! Sesudah lama aku tak berjumpa. Adoyai! Rasa macam nak pindah rumah jer! Nasib aku bukan anak Tan Sri ker Dato ker! Kalau tidak dah lama aku upah maid datang jaga rumah dari binatang tu. Hahaha! Lepas tu aku makan nasi ayam aku beli tadi tapi entah! Sama ada aku kenyang atau tak sedap atau aku trauma dengan binatang tu. Hahaha!


Sebab dah makan jadi tak bangun sahur lah kut. Kalau bangun pun aku nak minum air jer lah! Okaylah! Dah penat gila nih! Tidur dulu! Selamat malam semua! Assalammualaikum!


Sumber Gambar : Google

P/S : Esok Kelas Pagi Pula! Adoyai!

15 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. beb..
    style dowh kucin tu..
    hahaha..

    BalasPadam
  2. weh ko shooting utk ape ni?
    aku nak jadi model leh?
    hahahahaha

    X)

    BalasPadam
  3. gua pecah perut tengok kucing tuh
    gu abaru je sahur belasah nasi telur kicap..tu je yang buat tekak gua selera

    selamat beritirehat hans

    and selamat brpuasa

    BalasPadam
  4. selamat berpuasa bro!

    snyum slalu... =)

    BalasPadam
  5. lipas o lipas...
    memang agak menggangu hehe

    BalasPadam
  6. nasi production kami yg lebih..
    ada jugak org makan.
    he he

    BalasPadam
  7. lipas berada dimana2 saja.. berhati2 hans.. hahha..

    BalasPadam
  8. rasa tak sesuai la masuk blog ni waktu lepas sahur. hahaha =D

    BalasPadam
  9. hoh...aku yg tukang bc neh pon leh rse kepenatan tuh...hehe

    BalasPadam
  10. ngahahaha~
    klako la ko hans.
    aku igt ko nak bgn utk bunuh lipas tu.
    skali pegi sambong mkn kat lua plak.
    heeeeeeeee~

    BalasPadam
  11. okay baru baca balik belog ank. huhu.

    BalasPadam
  12. ekau amek kos apo ni jang
    siap ado shoot guna green screen bagai

    BalasPadam
  13. green screenn idaman ku tu hans ahaaha

    BalasPadam
  14. wahhhhhhh...yang kaumakan ni favourite menu utk sahur aku...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama