Sekitar Puasa Hari Ke-3....Gembira, Letih, Malu, Gila, Sedih Dan Tekanan! Semua Ada!

Tak bangun sahur sebab letih gila. Memang dah budget nak pergi kelas awal. Alhamdulillah kelas marketing habis awal! Balik rumah mulanya cadang nak tidur tapi layan tengok Gelora Di Hati Sara kejap sebelum sambung tidur balik. Seronok betul drama nih. Layan beb! Alamak! Kantoi tak pergi solat Jumaat sebab tertidur tanpa sedar. Haih!


Hujan sekejap tapi nasib tak lama. Jadi, aku dengan housemate naik motosikal aku dan pergi ke studio untuk rakaman chart show. Hari nih aku bertugas untuk lihat skrip yang dibaca oleh talent dan betulkan atau buang apa yang tak perlu. Studio hari nih tak sejuk seperti semalam. Alhamdulillah!


Talent hari nih pun bagus. Alhamdulillah semua berjalan lancar waktu rakaman. Cuma dapat berita buruk yang tape untuk rakaman semalam ada scratch. Ada abang tu kata scratch tapi abang lagi sorang tu plak kata tak scratch. Aku harap tape tu okay sebab kalau scratch bermakna kena re-shoot balik dan of course lah penat gila. Doa - doakanlah tape tu okay yer! Amin!


Tiba - tiba baru perasan cafe fakulti tak buka. Ditambah pula waktu tu hujan lebat. Kitaorang dalam studio nih tak beli apa - apa makanan atau pun air. Jadi, memang gelabah jugalah sebab nak berbuka dengan apa. Akhirnya kerana darurat suruhlah beberapa groupmate pergi mcd beli burger. Baru tahu waktu Mcvalue tu dianjak ke pukul 7 petang hingga 9 malam. Jimat duit! Nak buat macam mana kan! Makanan orang terdesak! Itu jer yang mampu, sempat dan cepat untuk dibeli sebab jam dah tunjukkan pukul 7.10 petang.


Aku dan beberapa orang lagi groupmate yang tak ikut(T.P, Casey, Fara, Linda Dengan Sharifah) menghabiskan masa terluang tu dengan bergambar di green screen. Memanglah gambar aku waktu tu sangat kacak. Untung mak aku melahirkan aku si anak yang kacak nih. Kira tak sia - sialah aku dilahirkan! Hehehe! Tengah tunggu gambar diupload untuk letak sebagai profile pic dekat FB. Kehkehkeh!


Kemudian, ramai - ramai makan dekat luar studio. Selamba jer kitaorang semua makan dekat lantai dengan tangga. Masing - masing bersila jer lepas tu baca doa ramai - ramai dan makan. Memang happening gila! Si Casey suka betul menyakat orang. Si Linda dengan Si Diana diam - diam. Si Candy pula sebab kantoi apa entah dia pun diam sikit -sikit lah. Si Nadia dengan Jeslina kadang - kadang kena kacau juga. Aku cukup suka join si Casey kacau Si Arni dengan Si Sharifah. Yang Si T.P pun seronok juga join kitaorang dan si Fara lebih kepada gelak ketawa lah. Hohoho! Memang hapenning giler!


Lepas makan tu bermulalah satu penyeksaan jiwa dan emosi yang melampau pada aku. Apa benda yang menyeksakan tu? Sambung esoklah! Letih gila nih! Tidur dulu! Selamat bersahur semua!


P/S : Motosikal Aku Pancit! Sob Sob Sob! Risau Betul Aku!

13 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. sbr la hans..
    huhuhu

    *menantikan yg 2nd part..

    BalasPadam
  2. sambung esok...ok..aku tunggu...haha..

    BalasPadam
  3. wah!baru aku tau gak mcd dianjakan!hahaha..
    thankz la hans ye...

    moto kau boco??pakai tubeless je..senang

    BalasPadam
  4. tayar motor pancit pun risau? haha duit habisss lah tu

    BalasPadam
  5. apa juga penyiksaan jiwa dan emosi melampau kau tu??sila lah sambung..silap2 jiwa aku yg tersiksa..haha

    BalasPadam
  6. wahhh ade smbung2 ni mcm tv plak. haha.

    BalasPadam
  7. complete set ado
    hee :D
    dugaan bulan ramadhan namo eh..

    BalasPadam
  8. gambar baby yang amat comel......anyway blum penah bukak ngan burger lagi... ;-p

    BalasPadam
  9. ala baru pancit je..syukur la..nasib tak hilang lg :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama