Tak Tahu Nak Taip Apa! Hohohoho!

Selepas mendengar bunyi mercun yang asyik meletup jer dari luar rumah sambil diselangi jeritan dan ketawa budak - budak kecik tu maka tiba - tiba otak aku tak dapat nak menjana idea untuk menaip entry seterusnya. Seronok jadi budak - budak. Fikirnya tak banyak. Kalau gaduh dengan kawan - kawan esok lusa mesti cium pipi cium jari baik - baik kembali..

Bila dah besar nih banyak hati nak kena jaga. Kadang - kadang bila kita caring sikit orang kata ada udang sebalik batu. Susah! Kalau kita buat bodoh pula nanti kata kita tak hargai mereka! Nonsense! Pendek kata susah nak buat orang hargai apa yang kita buat. Panjang kata kita tak boleh nak buat semua orang gembira dengan kita.

Seronok bila boleh jadi satu manusia yang apabila orang lain pandang semuanya nampak baik. Semuanya menyejukkan hati! Kadang - kadang penat buat baik. Bukannya hadap sangat pun dengan apa yang mereka nak bagi. Tapi, apa salah bila dilayan baik maka kita balas balik dengan layanan yang baik. Tak kurang pun duit di saku atau di dalam akaun ASB kalau layan orang yang buat baik dengan kita. Bukannya darah merah atau platlet kau hilang atau keluar dari celahan kuku pun jika berbuat baik.

Kadang - kadang rasa muak! Ikut hati malas nak cakap elok - elok tapi hati jer selalu memberontak. Jari - jemari tak pernah bersuara pun untuk menaip apa - apa yang tak patut! Jadi, aku rasa dah sampai masanya untuk aku hentikan semua layanan baik nih. Tak bererti aku akan memberi layanan buruk cuma aku tidak mahu berkomunikasi sekerap dulu lagi.

Mungkin kau semua akan lebih gembira. Siapa tahu bukan? Layan ragam manusia di skrin menggunakan dua biji mata ini adalah lebih bagus!

P/S : Tidak Ada Kena Mengena Dengan Rakan - Rakan Kelas Yer! Jangan Pula Nanti Tanya Apa - Apa Sebab Aku Tak Suka Sangat Dunia Nih Dicampur Dengan Dunia Luar Dalam Perbualan Seharian!

13 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. jom maen mercun meriam buloh ngan aku hans!
    haha..

    BalasPadam
  2. xtaw tp pnjg je entry ko ni..
    ahahhahha

    BalasPadam
  3. apekes ni hans?
    tp dah jadi fitrah manusia tu sendiri, x pernah puas dan ada sikap berprasangka

    BalasPadam
  4. rindu meriam buluh dan meriam paip besi

    BalasPadam
  5. hans lu terasa pasal gua ke? tapi gua terasa sama sebab gua gurau kasar kot haha

    BalasPadam
  6. jaga hati sendiri sebelum jaga hati orang sekeliling.


    entri terbaru : mak, orang nak makan soto!

    BalasPadam
  7. yang penting jaga hati sendiri..hati org sampai bila2 pun tak dpt nk puaskan.. :D

    pendapat anda?
    dosa 24 jam di facebook, sedarkah kita?

    BalasPadam
  8. hoho..kdg2 kita taip di blog..org di luar plak terasa aww

    BalasPadam
  9. oittt..... ini ke yang taktau nak taip ape tuh? kalau tau agaknye macam mne rupenye yer..

    BalasPadam
  10. hurm..relaks bro..buat dek je macam aku..aku layan diri sendiri je.biaq syok sendiri..kan? hehe.


    meh la kita beramah mesra..hehe.http://amizzat.blogspot.com/2010/08/segmen-tingkatkan-ukhwah-bersama.html

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama