Berkenaan Penarikan Balik Iklan Raya TV3

Alhamdulillah! Akhirnya stesen televisyen swasta iaitu TV3 menarik balik iklan Hari Raya mereka dan memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia yang bakal menyambut Hari Raya tak lama lagi. Walau bagaimanapun masih ramai yang mempertikaikan kenapa perlunya rakyat Malaysia terutama orang Melayu melenting berkenaan iklan tersebut sedangkan masih banyak lagi yang boleh dipersoalkan terutama kes buang bayi, aurat, judi, arak, dadah, tidak berpuasa dan sebagainya. Ada juga yang mempersoalkan kenapa perlunya kita bersikap racist di dalam hal ini.

Jadi, aku rasa terasa terpanggil untuk berkongsi pandangan aku di dalam hal ini. Mula - mula aku musykil sangat kenapa ada orang termasuk rakan - rakan aku berkata hal ini berbaur rasis? Rupa - rupanya mereka ingatkan bahawa orang Islam tidak suka perayaan mereka disambut oleh orang lain yang berlainan agama. Hal ini disokong pula oleh segelintir komen yang seolah - seolah memberi penyataan seperti itu. Bagi aku sebenarnya, hal ini langsung tidak melibatkan apa - apa pun unsur rasis. Mungkin ada segelintir dari kita sudah salah sangka. Rasis dan agama adalah 2 perkara yang berbeza. Disini, tidak ada langsung unsur - unsur rasis. Kebanyakkan daripada kita semua melenting kerana unsur agama lain dimasukkan di dalam iklan ini dan seperti kita tahu agama Islam tidak boleh disamakan dengan agama lain. Jadi, bagi aku hal ini tak ada kena mengena langsung dengan rasis. Silalah buang jauh - jauh istilah rasis itu di dalam hal ini kerana memang tidak ada kena mengena langsung.

Aku terkejut juga bila hal rasis ini dibangkitkan sebab bagi aku tak ada rasis pun. Tapi, mungkin segelintir dari kita yang tidak suka akan iklan itu pun salah kerana mungkin ada yang cuba memainkan isu rasis dalam hal ini jadi ramai yang salah sangka. Apa - apapun, perbetulkan lah tanggapan anda semua. Tiada langsung unsur rasis di dalam hal ini. Motif utama iklan ini mungkin untuk menunjukkan perpaduan antara semua kaum cuma caranya sahaja salah dan tidak kena. Pihak yang membuat iklan boleh cuba rujuk kembali karya - karya iklan hasil Allahyarham Yasmin Ahmad. Apa yang selalu digunakan oleh beliau ialah nilai kemanusiaan dan bukannya unsur - unsur agama. Itu menjadikan iklannya unik dan disukai ramai.

Kemudian, ada juga yang mempersoalkan kenapa perlunya melenting. Adakah dengan hanya menonton iklan sahaja kita boleh terpesong dan sebagainya. Baiklah. Ini pendapat aku sahaja lah. Mungkin sesiapa yang kuat agama atau masih sedar mana yang betul dan mana yang salah tidak akan terpesong hanya kerana satu iklan. Tetapi, adakah kita yakin semuanya ada ilmu seperti kita? Kalau betul semua berilmu tak adalah si bijak pandai yang menjadi pengikut ayah Pin. Kalau semuanya tahu mana satu betul mana satu salah maka tak adalah yang mengaku menjadi rasul Melayu seperti si Kahar. Bagi aku, kebaikannya iklan ini ditarik balik ialah ia memberi tanda kepada sesiapa yang bakal membuat iklan seterusnya di tahun hadapan agar memikirkan sensitiviti kaum. Cuba bayangkan jika iklan ini tidak ditarik. Tidak mustahil di tahun - tahun akan datang cara pengisiannya adalah lebih teruk yang kita sendiri tak mampu nak bayangkan.

Dan siapa kata umat Islam kita tidak ambil kisah pasal kes buang bayi, minum arak, judi dan sebagainya? Sebenarnya ramai yang ambil kisah dan ramai juga yang bertindak membendung gejala itu cuma kita sahaja tidak sedar. Memang kadang - kadang kita sendiri sebagai umat Islam pun kadang - kadang terbabas dalam melaksanakan tanggungjawab kita tapi apa salahnya kita bersyukur apabila masih ramai yang mengambil berat pasal agama kita ini. Berkenaan ulasan setiap adegan di dalam iklan raya tv3 tu, aku sebenarnya kurang bersetuju dengan ulasan - ulasan nya sebab bagi aku ada yang boleh diterima dan ada juga yang seperti saja diletakkan untuk menguatkan ulasan. Apa - apapun, aku gembira sangat sebab iklan tu dah ditarik balik.

Aku pun bukanlah hebat sangat dalam agama. Aku cuma mahu berkongsi apa yang aku rasa kerana aku rasa hal ini dah tak perlu dipanjangkan lagi. Jadi, sekali lagi aku harapkan agar umat Islam di Malaysia nih tak payahlah nak bertekak lagi pasal hal nih. Iklan sudah ditarik. Tv3 telah memohon maaf. Tamatkan cerita disini dan tumpukan pada ibadah anda sewaktu bulan Ramadhan masih lagi menyinari kita ketika ini. Aku juga ingin tegaskan disini tiada unsur rasis sama sekali. Ini sebenarnya pasal agama dan kepada yang cuba memainkan isu rasis harap hentikan lah. Mari menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun nih dengan penuh kedamaian dan dalam suasana harmoni. Maaf kepada yang terasa. Aku cuma berkongsi pandangan aku.

P/S : Panjang Pula Aku Mengulas! Apa - Apapun Teringat Satu Kejadian Lucu Berlaku Sewaktu Salah Seorang Wartawan TV3 Membuat Lintas Langsung Daripada Jalan Tar Semalam. Hehehe!

Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

36 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. rasis ke? Setakat ni tgk iklan tu mmg xde unsur rasis...yg nmpk bila agama disatukan....tujuan mungkin nak menunjukkan perpaduan kaum....tapi akibat terlebih kreatif dan terlebih2 pemikiran diluar kotak.....

    BalasPadam
  2. afnie : itula den tak faham tu Afnie..sebab ada juga orang yang cakap benda nih rasis..den pun xnampak di mana rasis nya..sebab tu den ada BOLD kan satu ayat tu...supaya semua orang buang2 jauh2 apa yang diorang baca atau anggap berkenaan hal rasis tu..sebab memang tak ada..kan?

    BalasPadam
  3. aku tak rasa benda ni rasis... cuma bila tgk santa raya tu...cam tak best lah...org bleh salah paham..kita mungkin boleh pikir...tapi budak2 pikir ke lain jadinya nnti...buatnya raya nak letak pokok krismas dalam umah...budak gantung stokin kt almari....naya...da takdak la tradisi g uma org... salam pagi2 mintak maap...mintak duit raya...heee~~

    BalasPadam
  4. iklan tu ibaratnya penyamarataan agama.sgt karut sebab hari raya aidilfitri disambut untuk muslim. takde makna nak campo ngan agama lain. ada krismas, buddha dalam tu.haihh

    Alhamdulilah da ditarik balik. mesej langsung takde.

    haha..klakar reporter yg wat laporan kat jln TAR tu.hehe

    Ps: hans,aku da folo ko.link ko tetiba hilang dlm list:)

    BalasPadam
  5. mier : memang benda nih tak ada kena mengena dengan rasis..itu aku pelik kenapa tiba2 timbul isu rasis dalam hal nih...haih..ramai betul manusia skrg suka tengok keamanan dekat Malaysia nih hilang. Kan?

    Faizal : eh,thanks..eh..link aku hilang ker?hohoho

    BalasPadam
  6. :D
    nak komen lebih takut disalah tafsir sesetengah pihak.

    BalasPadam
  7. huhu..memang patut ditarik balik.. nanti kanak2 ribena tgk mesti diaorg confuse..

    BalasPadam
  8. bagus tindakan yang berani dan agar ianya tak berulang lagi

    BalasPadam
  9. ha'ah hilang dlm list aku le.sat g aku tambah noo:)hoho

    BalasPadam
  10. kacak luar, kacak dalam...
    layan lak aku dengar lagu ni pepagi..

    adakah hans sememangnya kacak?
    nak duit raya :P

    BalasPadam
  11. yup2..yg penting tv3 dah tarik balik iklan tu...harap2 xde lagi iklan2 yg mcm tu..

    BalasPadam
  12. Bagus ..sokong dengan penarikan balik iklan itu..

    BalasPadam
  13. msa mula2 tengok macam pelik je, tapi tak de lah pikir sampai mcam tu sekali...

    BalasPadam
  14. yup.
    iklan ni sebenarnya isu agama, bukan rasis.
    Alhamdulillah, masih ada yang prihatin.
    tandanya mereka sayangkan Islam.


    haha aku pun tengok jugak lintas lansung tu. kelakar~

    BalasPadam
  15. yang tak faham tue nape org melayu tue semua bantu buat iklan tue?
    untuk $$$?? atau tak tahu?

    BalasPadam
  16. eloklah diorg tarik iklan tu, pengisian iklan raya terasa tak kena dengan unsur agama lain.
    tv3 patut belajar dari peristiwa ni.

    BalasPadam
  17. Sangat setuju. Kita bukannye jadi rasis plak. Komen je pun. Sebelum ni, iklan raya memang best dan sangat bermakna. Kalau iklannya camni tak ke pelik namanye.

    BalasPadam
  18. ape yang rasisnyer???
    huhu.tak boleh blah..
    erm..syukur juga la tv3 cepat2 tarik balik video raya yang berunsur pelbagai agama tuh..huhu

    BalasPadam
  19. Selamat Hari Raya Aidilftri
    Maaf Zahir dan Batin

    BalasPadam
  20. alahaiii.. akak miss la x dpt tgk iklan nie..huhu..

    BalasPadam
  21. kila ade baca hal ni kat satu blog,memang mendalam maksud yang diterangkan.senang nak paham.memang rasis.sah
    huuuuu

    HANS, pasal banner tu confirm lah.kod banner ade dalam blog kila.payment ptg sikit.

    BalasPadam
  22. Alhamdulillah...
    Telah termaktub dalam buku alam semesta bahawa manusia tidak pernah lari dari bayangan kesilapan...

    Kan molek kalau bermaaf-maafan...
    (=

    Peace no war~

    BalasPadam
  23. haha aku tgk pembaca berita yg smlm tu kat jalan TAR

    tersilap ker??

    keh3

    BalasPadam
  24. bagi aku, iklan ni memang patut ditarik balik..dan orang melayu berhak melenting dalam soal ni...aku pun melenting juga sbb memikirkan kenapa orang melayu sendiri terlalu memberi muka...

    unsur2 dlm iklan ni langsung tak mencerminkan Hari Raya...imej masjid kelihatan jauh dan sayup, manakala imej bangunan tokong senget tu terpampang sebesar2 skrin...aku rasa macam hari krismas pun ada...

    soal banyak hal yang org melayu perlu dilentingkan seperti pembuangan bayi, itu isu lain.....

    BalasPadam
  25. waahhh akue ketinggalan ..akue tak tahu pun ader isu ne ...belum tgk iklan tue lagiii ...wahhuhuhuu...

    BalasPadam
  26. thanks Han! tp dah terlambat la..they hv withdrawn the advert..x pe la..dah baca ur synopsis..and paham la jugak..langsung x mengambil kira sensitivi rakyat..lg2 la time nie dgn mcm2 isu :(

    BalasPadam
  27. sy sokong, tarik balik lg bagus dr biarkan iklan yg sensisif terus merebak kt malaysia

    BalasPadam
  28. kahkahkah.silap.BUKAN RASIS.SAH

    sengal

    BalasPadam
  29. sis plg xberkenan tang bunga lotus tu la...xkena lgsg ! dah tu ulang byk kali lak tuu...
    apa2pun kes ni dha selesai la kot ye..hrp2 bukan disengajakn...mesti tukang buat iklan tu kne panggil dgn bos tv3 ;p

    apa yg lucu tu?

    BalasPadam
  30. lebih kepada isu agama...

    seeenyuuummm! hehehe

    BalasPadam
  31. syukurlah dah tarik balik iklan tu. jadikan ini sebagai pengajaran.


    entri terbaru : Pengalaman Berasaskan Sekolah Fasa II

    BalasPadam
  32. aku bukan nak semarakkan lagi or mengapi-apikan sesiapa, tapi ada satu blog ni korang patut tengok pendapatnye mengenai iklan tu.
    http://networkedblogs.com/7yhfc

    aku? no komen, andainya ia seperti yang didakwa ianya patut ditarik balik, dan memohon maaf. bila bende tu dah settle, kita tutup kes ni dan harap di hari mendatang tidak lagi adanya iklan yg tidak peka kepada sensitiviti agama.

    BalasPadam
  33. apa yang kelakar semalam kat jalan tar tu..aku pun tengok jugak

    BalasPadam
  34. bagus gak lah iklan ni dh ditarik balik..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama