Kejahatan Tuan Punya Blog Harap Dimaafkan Oleh Perantau - Perantau Di Bumi Asing

Dalam seminggu dua nih memang diakui sendiri oleh tuan punya blog nih bahawa beliau sememangnya telah menjadi kejam yang amat sangat dalam menganggu gugat emosi si perantau - perantau yang sedang berjuang menuntut ilmu atau yang sedang bekerja di bumi asing. Kebanyakkan mangsa memang telah memasang cita - cita apabila mereka pulang ke Malaysia maka mereka akan datang untuk membalas dendam kepada tua punya blog. Hahahahahaha(gelak jahat).

Antara kejahatan - kejahatan yang telah dilakukan oleh tuan punya blog ini kepada mereka ialah :-



1) Menunjukkan atau menceritakan kesedapan, kelazatan dan kenikmatan juadah - juadah di bumi Malaysia seperti ayam percik, nasi ayam, satay dan sebagainya sewaktu hari berpuasa atau selepas waktu berbuka. Ini membuatkan mereka rasa kempunan dan terliur apabila mengingatkan makanan - makanan terbabit.



2) Meletakkan lagu Balik Kampung dan lagu Hari Raya di blog ini sebagai cara untuk mengganggu emosi mereka supaya teringat di kampung halaman. Kebanyakkan dari mereka mengalami trauma seketika mendengar lagu - lagu tersebut.


3) Mengajak mereka pulang ke kampung bersama - sama walaupun menyedari mereka sebenarnya berada jauh dari bumi Malaysia. Ini sebagai salah satu provokasi agar mereka rasa tertekan beraya di perantauan. Sebagai contohnya, sila lihat dialog ini :-


Aku :
Oit, jom balik Kedah sekali dengan aku! Raya nak dekat dah nih!

Perantau :
&(^*%*$%&(_(((*(*&  (marah)



4) Buat - buat lupa bahawa mereka berada di perantauan dengan bertanyakan dimana mereka berada dan mengajak mereka keluar membeli barang - barang untuk persiapan hari raya. Sebagai contohnya, sila lihat dialog ini :-
Aku :
Weih! Hang dekat mana? Aku dah lama sampai Aloq Setaq nih! Bila hang balik? Aku nak ajak pi Pekan Rabu usha barang - barang raya sikit lah!

Perantau :
^$^*&*^&*))*^(&%*&%&$  (marah)



5) Memainkan emosi mereka di pagi raya. Ada kawan - kawan aku yang bakal beraya awal iaitu pada hari Khamis ini. Jadi, mereka cub memprovokasi aku dengan berkata mereka beraya awal dan aku masih wajib berpuasa pada Khamis itu. Jadi, aku telah menggunakan dialog ini :-


Aku :
Aku tak kisah raya lewat! Janji pagi raya pi masjid dengan keluarga.
Salam - salam minta maaf. Pastu boleh makan ketupat, lemang, nasi himpit,
kuih samprit, almond london, tart nenas dan serunding. Hang?

Perantau :
U*^&^&&*%&^$&^&^^ (marah)



Sumber Gambar : Google


Bila diimbas kembali memang tuan punya blog seperti tidak percaya bahawasanya beliau telah menjadi kejam secara tiba - tiba terhadap kawan - kawannya di perantauan. Jadi, di kesempatan yang ada nih tuan punya blog memohon ampun dan maaf pada rakan - rakan sama ada blogger, rakan sekolah atau rakan universiti yang selalu di sakat seperti Zack, Amir,Asada, Izul, Juwaidi dan lain - lain yang tuan punya blog ini terlupa untuk senaraikan atau terkacau tanpa disedari kerana niat tuan punya blog hanya untuk bergurau. Hahahahaa(gelak baik).

Curi Dari Blog Lelaki Sulit


Apa - apapun, Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk kalian semua. Maaf Zahir Dan Batin. Moga kalian gembira di perantauan sana. Tuan punya blog disini sentiasa mendoakan kejayaan kalian semua di bumi asing itu. Selamat beraya!

P/S : Senyum! Tak Perlu Kata Apa - Apa! Bila Kita Senyum! Semua Orang Berjangkit! 
Bila Semua Senyum! Dunia Tiada Penyakit! Selamat Hari Raya Aidilfitri!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

15 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. aku cool je hans. tak tergugat dengan 'kejahatan2' ko. haha. slmt hari raya drpd aku.

    BalasPadam
  2. hans..kg ko ada buat lemang jagung x?sedap tu lemang jagung..makan dengan rendang...mmg terbaik..hehe

    BalasPadam
  3. salam lebaran hans,

    =)

    selamat hari raya..Maaf zahir dan batin...

    BalasPadam
  4. Hahaha..okey2...selamat aro raya gak bro hans yg super cool :D

    Entry Baru
    -Wajah baru: Bayyinat
    -Aku bukan Yusuf!
    -Reaksi balas kepada Ramadhan.

    BalasPadam
  5. hahahaha (gelak biasa biasa je)~

    sapa suh depa duk di perantauan kan. =))

    BalasPadam
  6. haha amir oh malaysia kate die 'cool' je~~ pdahal~ padahal~ XDD

    wei hans, maaf zahir batin tgn kosong takde ye, aku blik Malaysia jumpe ko, ko kene belanje aku. duit nuffnang buffered earnings kan byk~~~ hahaha

    Ok, selamat hari raya maaf zahir batin semua~

    BalasPadam
  7. tak baik weyh.
    entah bila giliran kite pulak tak dapat balik raya nanti.
    huaaa~

    *aku ak pernah rasa lagi

    BalasPadam
  8. bahaya betul kau hans.. buat gangguan emosi dkt mereka.. hahah..

    BalasPadam
  9. well

    entry ni best!!

    owh my, 1st time singgah blog ni...

    BalasPadam
  10. Nasib baik aq x terasa hans
    (pasal aq bukan seorg perantau)

    Apapun,selamat hari raya aq ucapkan..
    kalau ada salah silap harap dimaafkan..

    Entri terbaru PKE:
    Siapa tak Baca Tak Boleh Raya!!

    BalasPadam
  11. cam malas je aku nak maapkan. tapi sbb nak raya ni.. aku maapkan jugak la..

    Selamat Hari Raya Aidilfitri...
    salah silap mintak ampun. hehe =)

    BalasPadam
  12. memang hang saja cari pasai dgn aku.nasib baik kat sini pun boleh makan ketupat,rendang,lemang.serbu kedutaan la beb.hahaha.

    selamat berhari raya juga!

    BalasPadam
  13. Selamat hari raya dan maaf zahir batin diucapkan dari kami kepada kamu sefamily..
    semoga berbahagia beraya disamping keluarga..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama