Tadi waktu aku tengah berehat - rehat daripada buat assignment sambil menunggu waktu berbuka dan sempatlah aku berborak dengan beberapa rakan - rakan dekat facebook aku. Ada seorang rakan nih dia menggunakan pic profile pelakon lama iaitu gambar Wahid Satay.
Sajalah aku tegur kenapa tiba - tiba jer letak gambar Wahid Satay. Lepas tu dia suruh aku join satu group nih dekat FB yang description nya ialah 'seniman baru menghargai seniman lama'. Aku pun jadi bersemangat bila join group tu. Diorang kata kalau nak carilah gambar - gambar pelakon dulu - dulu dan jadikan profile picture.
Dalam kepala otak aku terus teringatkan watak Ibu Mertuaku, Nyonya Mansur tu. Tapi, dah ada orang guna pula! Hahaha! Akhirnya, aku teringat watak Abang Kus yang pelakonnya masih aktif berlakon sehingga kini iaitu Kuswadinata. Jadi, dekat entry nih aku letak kan lah gambar - gambar pelakon lama era Jalan Ampas dulu sebagai pengetahuan am untuk korang yer.
Kuswadinata
Ibrahim Pendek
Zaiton
Ahmad Mahmud
S. Kadarisman
Busra
Mat Sentul
Salleh Kamil
Sarip Dol
Nordin Ahmad
Sharifah Hanim
Latifah Omar
Ahmad Nisfu
P. Ramlee
S.Shamsudin
Aziz Sattar
S.Sudarmaji
M.Amin
Rose Yatimah
Sarimah Ahmad
Wahid Satay
Mahmud June
Mak Dara
M. Zain
Saloma
Siti Tanjung Perak
A.R. Tompel
Hussein Abu Hassan
Udo Omar
Mustarjo
Inilah antara pelakon - pelakon dulu yang sangat hebat dalam melakonkan watak masing - masing. Sebenarnya, masih ramai lagi pelakon - pelakon dulu yang berbakat tapi oleh kerana sudah terlampau banyak sangat gambar jadi cukuplah rasanya sampai di sini sahaja. Apa - apapun, aku tetap suka lakonan mereka dari aku kecil hinggalah sekarang.
Heroin zaman dulu yang paling aku suka ialah Rose Yatimah! Aku rasa kalau ada wanita macam dia mesti aku pilih dia dari Lisa Surihans. Ekekekekeke! Okay! Selamat melihat gambar - gambar mereka ya.
P/S : Ada antara seniman dan seniwati ini yang sudah pun pergi menghadap Ilahi.
Jadi, marilah kita sama - sama sedekahkan Al - Fatihah kepada mereka. Al - Fatihah!
aku suka aziz satar~ ahaha :p
BalasPadamwah...banyak giler pelakon2 lama..ada sesetengah tu aku xtau nama tp tau rupa jer...sarip dol tu kalau ikut cerita dia kawan baik p ramlee...apa2pun Al-Fatihah...
BalasPadamhampir semua aku minat..
BalasPadamsusah nk cr pelakon cam dlu.. melekat di hati..
BalasPadamaku suka gak roseyatimah..
BalasPadamtp klu tgk blik cerita lama pun agak klaka jugak..
lisa surihani tetap di hati lu ambil lah siapa pun haha
BalasPadamaku suka Nordin Ahmad besides trio Bujang Lapuk.
BalasPadamhahaha~
he's cool, penuh gaya lelaki Melayu sejati~
Suka je tengok Sharifah Hanim dalam masam masam manis..dia memang manis..
BalasPadamaku suka semua..tapi bila tgk wahid satay tuu...hahahahah macam muka..... malu la nak cakap :p
BalasPadamorg2 dulu berlakon sbb dieorg minat belakon...pelakon skrg ni sbb nak populariti je...control ensme..control cun..bakat xde pun
BalasPadamaku suka mat sentul!
BalasPadamadik kt umur 10 thn sgt gila tgk cerita lama2.
BalasPadam:)
suka wahid satay, mat sentul..
BalasPadambut most i love p.ramlee..
very talented..
kadang2 buat skrip sendiri.
tu yang xnampak kaku tu..
lagi seronok nak nengok..
Wow Broo.. Terbaik..
BalasPadamPelakon dulu2 bersahaja je aku tgk diorg belakon
New Entry ProfHariz
Malam Lailatul – Qadar Lebih Baik Daripada Seribu Bulan
suka P.Ramlee ngn Aziz Satar...ermm...SRK xde ke..hahaha
BalasPadamwow.
BalasPadamkompilasi gambar/album yang sangat cool!
cayalah!
X)
aku bangga aku jumpa dah jins shamsuddin. ahahhaha eh takde dlm kategori ahahah
BalasPadamaku suka pelakon pendekar bujang lapok..
BalasPadamhehehehehe
husin abu hassan muda mudi dulu hensem tau...hensem dari faizal husin...hehehe...
BalasPadamnape xde jins shamsuddin??hensem kot dia dulu2..haha
BalasPadamhihi...arwah atok ku m.amin....memang berbeza cara dia 'hidup' di dalam lakonan dan di dunia realiti...aku rindu tokmin..dia slalu marah2 aku kalau aku bermain di tengah panas waktu kecik2 dlu..haha
BalasPadamsuka sangat2 entri camni.
BalasPadambest. respect to them.
yang paling ensem adelah suami arwah rose yatimah iaitu Mustapha Maarof..huhu
BalasPadamSILA LAWAT http://johanharith.blogspot.com/..ENJOY:)
Mustarjo orang Jawa, P. Ramlee keturunan Aceh terus Azis Satar kelahiran Pekalongan Jawa Tengah sumpah walau saya org betawi suka Film Pendekar Bujang Lapok :D
BalasPadammemg best
BalasPadamhmm nak cri nama penuh ahmad nisfu, tmpat lahir dan tarikh lahir kenapa ssah sgt nk jmpa ni...bleh tlong sy
BalasPadamnak cri biodata ahmad nisfu kenapa ssah sgt nk jmpa...klau awak tau bleh tlg sy??
BalasPadamProfile ahmad nisfu memang susah nk jumpa. Setau saya dia hidup sebtg kara.
BalasPadamAah..betul tu saya dengar mase ahmad nisfu tua hidup dia merempat kot lah tpi ramai org kata..dlm blog nie takda gmbr mustafa maarof ke dia hensem gilerrrrrrrrrrrrrrrrrr......................
PadamAlahai..tunjuk lah semua gambar pelakon lama lama ni saya minat nak tengok kalau boleh semua nya yg berlakon satu era dengan allayarham tan sri p.ramlee
BalasPadamDari dulu sampai sekarang suka sangat Sarimah sebab dia cantik sangat, best je tengok dia berlakon
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com