Al-Fatihah

Aku tidur cepat semalam sebab terlampau penat. Jadi, bila tadi aku bangun dari tidur dan aku lihat ada 2 mesej dekat telefon aku. Aku pun baca dan aku pasrah bila dapat mesej dari mak aku yang memberitahu tentang pemergian anak sepupu aku atau bahasa utaranya kitaorang anak menakah aku.

Sebelum nih sewaktu cuti hari raya aku ada menulis tentang kesedihan aku melihat keadaan anak menakan aku waktu tu. Dalam usia tak sampai 5 tahun lagi, beliau telah diuji dengan pelbagai ujian dan ujian terakhir ini iaitu terdapat ketumbuhan kanser di otaknya memanglah menyakitkan dan menakutkan.

Bagaimana dulu beliau begitu aktif bergerak, bermain dan banyak celotehnya serta tubuh badannya masih lagi berisi tetapi sewaktu aku berpeluang menjenguknya pada hari raya yang lalu sudah hilang semua sifat aku pandang dulu. Haris sewaktu itu hanya terbaring di atas tilam tanpa boleh bangun. Badannya sangat kurus dan hanya boleh disimpulkan sebagai tinggal tulang dan kulit sahaja.

Makan pun tak menentu sebab dia tak mahu makan. Kalau makan pun hanya 2 atau 3 sudu sahaja. Lebih kerap minum air dan badannya memang panas. Nak bercakap pun memang aku tak berapa nak faham melainkan mak dia dan mak lang aku jer. Aku sebenarnya sebelum balik daripada melawat Haris nih, aku dah rasa macam aku tak berkesempatan nak jumpa dia lagi tapi aku masih berdoa agar aku sempat melihat dia buat kali terakhir.

Tapi, sudah takdirnya Allahyarham Haris pergi dulu menemui Allah pada pagi nih. Aku sedih sebab aku tak dapat nak cium dia buat kali terakhir sebelum dikebumikan. Mungkin sudah takdirnya ditulis sebegini. Aku hanya mampu redha.... 

Al-Fatihah Untuk Anak Menakan Aku, Haris Yang Telah Kembali Ke Rahmatullah Semalam! Al-Fatihah!

12 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Al-Fatehah....

    memahami kesedihan yang kamu tanggung hans.

    Allah lebih sayangkan dia hans, Redha atas permergiannya, agar dia bebas dari rasa sakit yang ditanggungnya selama ini.

    kita yang terus di beri peluang untuk bernafas, akan sentiasa doakan kesejahtaraanya di sana.

    moga arwah di tempatkan di kalangan org yang suci di sisi ALLAH...


    Al-Fatehah....

    BalasPadam
  2. Al fatihah.. Salam takziah buat keluarganya... Semoga rohnya d tempatkan bersama dengan org2 yang beriman...

    BalasPadam
  3. salam takziah buat keluarga hans

    innalillaah...

    BalasPadam
  4. AL-FATIHAH..SEDIH AKU BACA ENTRI KAU KALI NI....

    BalasPadam
  5. alfatihah untuk arwah .saya ucapkan takziah untuk keluarga arwah .

    BalasPadam
  6. takziah untuk keluarga yang kehilangan ...ini ketentuan ....bergembiralah dengan takdir Tuhan yang sayang arwah untuk pergi awal tanpa perlu dosa yang banyak ...Allah Sayangkan Dia...

    takziah ya atas kehilangan ...
    kami doa kan bersama ...al-Fatihah

    BalasPadam
  7. Alfatehah... Alhamdulillah kini dia bahagia dan aman di Taman2 syurga Illahi.

    BalasPadam
  8. Al fatehah dan Alhamdullillah

    Kini dia bahagia di taman2 syurga Illahi.

    BalasPadam
  9. Al fatihah...

    dia kanak-kanak yg bertuah..
    semoga rohnya dicucuri rahmat..

    BalasPadam
  10. semoga anak itu dapat tempatnyer di syurga sekaligus buat ibu dan bapanya..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama