Minggu ini adalah minggu yang penuh dengan cabaran duniawi. Cabaran duniawi nih meliputi hati, tindakan, perasaan, perbuatan dan gerak - geri anggota badan masing - masing. Seperti yang kita sedia maklum di dalam setiap pertarungan pasti ada yang menang dan pasti ada yang kalah. Yang menang tidak bererti betul - betul hebat atau kuat dan yang kalah tidak bererti tewas selamanya ataupun lemah dari segala segi.
Selalunya apabila kita selesaikan melakukan sesuatu kerja pasti pepatah melayu "Rumah Siap Pahat Masih Berbunyi" sentiasa menghantui kehidupan kita. Hakikatnya manusia ini selalunya bersifat perfectionist ataupun mementingkan kesempurnaan walaupun kadang - kadang kita menafikannya atau menolaknya mentah - mentah. Hakikatnya, tiada sesiapa pun yang sempurna walaupun ada pepatah Inggeris mengatakan "Practice Make Perfect".
Kehidupan ini seperti roda. Kejap kita di atas dan kejap kita di bawah. Apabila kita di atas, kita telah disarankan agar jangan lupakan golongan di bawah dan apabila kita berada di bawah kita dikehendaki belajar daripada orang di atas supaya nasib kita sama seperti mereka. Maka, jika kita ditegur atau dibandingkan dengan orang yang jauh lebih hebat daripada kita maka janganlah kita melenting. Jadikan itu sebagai satu cabaran dalam diri kita supaya kita berubah dengan lebih baik.
Tidak perlu bermain dengan api kerana api sewaktu kecil menjadi kawan tetapi bila besar menjadi lawan. Cubalah belajar untuk menerima kenyataan. Jangan melawan kata - kata guru anda kerana guru anda lebih banyak pengalaman dan sudah masak dengan rencah kehidupan di luar sana. Apabila orang lain dipuji dan anda pula dikritik maka cuba duduk dan berfikir kembali. Apa silap anda? Apa kelemahan anda? Jangan terus membiarkan godaan syaitan itu semakin menguasai hati anda.
Hakikatnya, kita semua masih di dunia pelajar. Selagi ada masa ini cubalah belajar menghormati dan mengakui kelemahan atau kesalahan kita. Jangan bersikap baling batu sembunyi tangan atau pun pijak semut tak mati. Tak rugi pun berkelakuan baik!.Bukankah begitu lagi afdal?
yaaaa!! betul tu!!~~
BalasPadamperhh.. hans da bermadah.. hehe.. :)
BalasPadampepeperghhh... beguslah hans..
BalasPadamsuka ayat dalam gambar tu, respect, to get it you must give it..
walaupun tidak sempurna, jika tahu akan sesuatu kebenaran, tidak salah memberi pendapat atau teguran. asalkan dengan cara yang berhemah..
kata pepatah, biarlah bak menarik rambut dari tepung, rambut tak putus, tepung tak berterabur. slowtalk kata pak kasim..
*betul ke pepatah ni?? err..
hans kn budak masscomm mestilah kene pandai mengayat.. hehehe.
BalasPadamhei hans, lagu baru ni best la. ape tajuk? :D
nobody is perfect.. practise only make it better than before.. :)
BalasPadamrespect!
BalasPadamrespect seorang lecturer kepada studentnya~
itu yang aq nak sangat sekarang.
walaupun kita tidak sempurna, kta boleh berubah dan mencuba untuk menjadi lebih baik~ :'P
BalasPadamdah nama pun pelajar lagi kan. banyak lagi yang kita perlu belajar dalam hidup ni sebenarnya. :)
BalasPadamak naik moto ego hans..hehehe
BalasPadamsuka baca entry ni...
BalasPadambelajar la elok2 yea semua...
Salam Hans,
BalasPadamArtikel yang baik, straight forward, generic dan penuh dengan pepatah Melayu. Artikel ini dapat menarik search engine kalau ada sapa-sapa yang nak cari pepatah yang kau mention dalam artikel ni. Tajuk artikel pun menarik sehingga aku sendiri pun tersampai di sini.
read more:
http://aderberani.blogspot.com/2010/10/komen-kepada-bila-ego-setinggi-langit.html
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com