Dunia Nih Unik! Manusia Nih Rumit! Hidup Nih Umpama Catur!

Dunia nih adakalanya kita rasa besar dan adalakalanya kita rasa kecil sangat. Berpusing - pusing dan kemudian terjumpa maka terasa dunia nih kecil! Tapi bila disuruh berjalan terasa besarnya dunia yang sedang dihuni seketika nih.


Manusia nih pula pada pandangan mata kasar nampak sama. Ada tangan. Ada kaki. Ada hidung. Kadang - kadang nampak tak sama bila tengok bentuk rambut. Bila tengok warna kulit. Bila tengok saiz badan. Lagi tak sama bila dilihat dari segi sikap, perangai atau kejernihan hati.

Hidup pula umpama catur. Kita sendiri yang menggerakkannya dan semestinya kita tak mampu nak berpatah balik bila kita dah mengorak langkah. Kadang - kadang kita terpaksa mementingkan diri untuk maju ke hadapan. Kadang - kadang kita perlu ambil risiko untuk mendapatkan apa yang kita nak. 


Bila kita tersalah membuat pilihan maka kita perlulah memilih antara dua jalan yang seterusnya. Sama ada kita mampu menyelesaikan masalah itu atau kita lari dari masalah. Mungkin kita melarikan diri daripada masalah atau masalah itu hilang dengan sendiri.

Kita boleh percaya pada sesetengah manusia. Ada manusia yang kita memang langsung tidak boleh percaya. Jangan disangka wajah yang baik itu semestinya baik. Jangan disangka wajah yang ganas itu sememangnya jahat. Pada awal semuanya tampak manis. Bagai orang sedang bercinta! Kentut sebusuk mana pun dikatanya wangi bak kasturi. Namun, bila sudah tak tertahan maka yang dahulunya dikatakan indah itu pastinya akan terus dinyatakan buruk.

Sememangnya kita perlu mengambil tahu perihal orang - orang disekeliling supaya kita tidak tersalah langkah. Tidak perlu bermuka - muka kerana nanti perkara yang sama berlaku kepada anda. Tidak perlu terlalu tamak kerana hidup ini sememangnya perkongsian. Tidak perlu berasa diri itu terlalu bagus kerana jika bagus anda tidak perlu datang belajar. Jangan anggap anda bijak kerana jika bijak tempat anda bukan disini. Dan jangan berkata orang ini bagus dan orang itu tidak kerana akhirnya orang sekeliling boleh lihat siapa yang betul dan siapa yang salah.


Sememangnya diriku ini telah tersalah langkah namun seperti mana yang aku taip aku tidak boleh berpatah balik. Dan sekarang dihadapan aku ada dua buah jalan. Jalan pertama melarikan diri daripada masalah dan jalan kedua menghadapi masalah itu dengan cara yang sebaiknya. Aku mahu saja berjalan diantara kedua - dua jalan itu namun tiada jambatan yang menghubung. Maka jalan selamat aku pilih jalan kedua.


P/S : Aku Sudah Tidak Percayakan Lagi Wajah Manusia!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang! 

8 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. andai aku mampu menghadapi jalan ke dua dengan sebaiknya.... andai gagal... ibarat jatuh dlm gaung yang dlm. macam mna hans??
    hmmm.....

    BalasPadam
  2. jalan kedua adalah jalan yg terbaik sbenarnya. hdapi dengan tenang.

    BalasPadam
  3. kenapa n3 ini berbaur rasa kecewa dan sakit hati..?
    adakah seseorang menyakiti anda?

    kebaikan seseorang memang sukar dilihat melalui luaran. kena kenal betul2. tapi tulah... manusia kan sentiasa berubah-ubah..

    BalasPadam
  4. be positive, hidup selagi boleh :)

    BalasPadam
  5. lari dari masalah takkan selesaikan masalah..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama