Aku selalu keluar dengan rakan - rakan aku yang kebanyakkan daripada mereka adalah wanita kerana kawan - kawan aku yang memiliki kereta pun kebanyakkannya terdiri daripada wanita. Jadi, aku selalu menghadapi satu situasi di mana apabila kereta berhenti menunggu lampu hijau atau pun keadaan jalan raya menjadi sangat sesak dengan deretan kereta pasti penumpang di dalam kereta akan menjadi perhatian pemandu sebelah.
Oleh kerana yang duduk di depan selalunya wanita maka pastilah mereka akan menerima 'renungan menggoda' daripada pemandu di sebelah jika pemandu itu adalah lelaki. Cuma yang membuatkan aku rasa nak tergelak(tetapi hakikatnya memang aku akan ketawa dalam kereta sekuat hati) apabila yang merenung kawan - kawan aku itu adalah seorang lelaki tua yang berkaca mata hitam sambil tersenyum menunjukkan susunan giginya yang putih sambil di sebelahnya terdapat seorang wanita atau lebih tepat dikatakan isteri dan anak - anaknya.
Memang betul senyum itu sedekah tetapi janganlah senyum tanpa henti selama 5 minit dan berada pada kedudukan yang statik sahaja tanpa mata berkedip atau memandang tempat lain. Memang susah menjadi seorang wanita kan sebab gangguan seksual ada di mana - mana sahaja. Kadang - kadang terasa lelaki tua tadi seperti seorang yang psycho. Paling tak tahan bila dia terpandangkan aku dan membuat muka sedikit terkejut! Adakah dia ingat aku seorang pengkid? Hahaha!
Apa kata anda wanita - wanita di luar sana? Mempunyai pengalaman yang sama seperti rakan - rakan saya? Kongsikan!
Apa kata anda wanita - wanita di luar sana? Mempunyai pengalaman yang sama seperti rakan - rakan saya? Kongsikan!
P/S : Masih Ketawa Mengingatkan Susunan Gigi Si Pakcik Tua Itu Sebentar Tadi. MUAHAHAHAHA!
rasa selamat dalam kereta :)
BalasPadamLAKI TUA pon berNAFSU jggk..wakakakak
BalasPadamhahaha..lelaki biasa la..suka nk usha2 ni..
BalasPadamhehehe. hobi lelaki kot usha2.
BalasPadamcuma ada yang pandai
n ada yang malu.
seb bek saya jenis pandai.
hahahahaahah :P
Nampaknya Hans begitu memahami perasaan wanita disebelahnya...haha
BalasPadambiasa la bro
BalasPadamkdg2 terkena ulat bulu gak
Barang siapa-siapa yang rasa dia lelaki, depa mesti tengok perempuan muda... dah lumrah. Siapa tak tengok, dia gay, ataupun hipokrit
BalasPadamhahaha..btol ker dia pandang??ntah2 mata juling ker??hihih
BalasPadamahaa... pernah kena... tpi bukan dari dalam kereta ... fuhhh.... sesak aku....
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com