Walaupun Penat Tapi Fun!

Lama aku tak rasa perasaan seronok macam nih lepas shooting. Kali last aku rasa semestinya waktu aku shooting sewaktu di semester 5 zaman diploma dulu. Akhirnya tadi aku rasa happy gila sebab dapat shooting di tempat yang memang sangat - sangat crowded dengan ramai orang. 

Aku rasa ini pertama kali aku berhadapan dengan orang yang tersangat - sangat banyak di kiri, kanan, depan mahupun belakang tapi yang peliknya aku rasa tak takut langsung. Gementar pun tidak! Aku rasa macam dah biasa padahal itulah 1st time aku menghadapi situasi macam tu. Best!

Macam - macam perasaan aku rasa tadi sebenarnya. Bermula dengan perasaan malu, kekok dan penuh prasangka kepada seronok, terhibur, kelakar, berani dan macam - macam lagi. Memang best gila. Rasa macam aku dan kawan - kawan orang - orang yang professional. Seronok tengok gelagat orang ramai. Memang best gilalah!

Terima kasih kepada rakan - rakan yang terlibat tadi. Walaupun penat tapi yang penting kita enjoy. Thanks again! Sekarang aku kembali menyukai broadcasting walaupun masih belum sepenuhnya.

Tiba - Tiba Terasa Mahu Pergi Coliseum Dan Menonton Filem Terbaru Rajnikanth Lah!


P/S : Saya Sangat Menyukai Pengalaman Hari Ini.

5 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama