Alor Setar! Flight! Banjir! Deepavali! Ketinggalan Betul Aku!

Kedah, Perlis dan Kelantan dilanda banjir dan banjir di Kedah dan Perlis dilaporkan paling buruk di dalam sejarah pernah berlaku setakat nih. Hujan selama 2 hari telah menyebabkan seluruh Alor Setar terputus bekalan air paip berikutan pemberhentian operasi Loji Bukit Pinang sejak semalam akibat ditenggelami air. Selalunya bila Kedah banjir maka ramai rakan - rakan akan sms mahu pun bertanyakan di facebook tentang keadaan rumah aku dan selalunya aku akan jawab dengan selamba iaitu tak ada apa - apa atau tak tahu.

Mungkin kelihatan seperti acuh tak acuh tetapi hakikatnya setakat hari nih alhamdulillah rumah aku atau pun kawasan rumah aku belum pernah lagi dilanda banjir. Kiranya jika rumah aku dilanda banjir itu bererti Alor Setar memang mengalami banjir yang paling teruk dalam sejarah. Cuma banjir kali nih memang teruk sebab air bukan saja di lepaskan daripada empangan di Perlis serta Kedah tetapi juga empangan di sempadan iaitu dari Thailand.

Ini adalah gambar - gambar suasana banjir yang diambil daripada beberapa sumber di internet.

Keadaan Banjir Di Haadyai



Tak silap aku dulu pada tahun 2005 pun berlaku banjir besar juga disebabkan hujan dan lepasan air dari empangan sana cuma tahun nih banjir menjadi lebih besar dan luar biasa. Ini antara gambar - gambar yang dijumpai di internet dan juga blog - blog yang ku lupa dari mana aku ambil.


Sebab Alor Setar dengan Jitra agak dekat dan aku mempunyai banyak kawan juga di sana jadi memang dapat tahulah yang banjir di Jitra kali nih memang paling teruk dalam sejarah. Dan paras air sungai di Tanjung Chali berdekatan Pekan Cina di Alor Setar juga dengarnya semakin tinggi. Cuma alhamdulillah pada hari ini hari tak hujan cuma keadaan kejap cerah dan kejap mendung. Minta - minta banjir beransur - ansur surut.

Baru 2 bulan lepas aku bercita - cita nak balik Alor Setar semester nih dengan naik kapal terbang. Fuh! Nasib aku tak beli lagi tiket kalau tidak mahu menyesal menangis sebab lapangan terbang di tutup. Apa - apapun, ketiadaan bekalan air di Alor Setar telah menyukarkan kehidupan seluruh penghuninya. Rumah - rumah jiran aku dah tiada air manakala rumah aku beruntung kerana mempunyai 2 tangki air tapi mungkin tak akan bertahan lama. Bekalan air mineral di pasaraya juga sudah sold out. Jangan kata di pasaraya hatta di kedai runcit Maniam, Pak Abu mahu pun Ah Seng sudah kehabisan stok.

Hati aku sedikit lega sebab dapat bercakap dengan keluarga tadi dan alhamdulillah semuanya tak ada apa - apa dan aku berharap agar bekalan air kembali pulih secepat mungkin. Dan yang bestnya baru aku sedar esok adalah Hari Deepavali. Mungkin sebab aku tiada televisyen di rumah sewa, dilanda demam dan sibuk dengan peperiksaan membuatkan aku ketinggalan langsung pasal berita semasa hinggakan tak sedar esok ialah Deepavali. So, esok nak pergi cari rumah kawan - kawan yang ada televisyen lah. Nak layan filem Tamil lagi - lagi filem Rajnikanth tapi macam semua rumah tak ada tv jer. Haih!

9 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. harap semuanyar berkeadaan baik..

    malam tadi ada suami cousin mengadu nasib sedih pilu sebab flight bininyer yg dijangka semalam terpaksa dibatalkan.... kesian..

    terpaksa la kiterorg suami isteri menghiburkan hati beliau yang sedih itu dengan blanje domino pizza.. hehehehe

    BalasPadam
  2. dah musim tengkujuh kan... kena lebih hati2 kan

    BalasPadam
  3. gt2 teruk..
    tp kat kelantan..
    kat umah ak..
    x teruk sgt..

    BalasPadam
  4. alhamdulillah la rumah ko tak banjir
    syukur gak, rmh ak pun xpernah banjir

    air mineral pun sold out? pergh, darurat dh tu..doakan semoga cepat pulih dan kembali normal

    weh, hepy deepavali,hak3

    BalasPadam
  5. kedai makan banyak tutup! tensyennnn!! haha

    BalasPadam
  6. memang teruk banjir kali ni.kami study unimap pun digalakkan balik,,
    abes tenggelam dah kangar.minta semuanya kembali mcm asal dgn cepat.amin~

    BalasPadam
  7. tiap kali ujung tahun stiap tahun plak tuh, utara mmg akn dnaiki air...utare banjir,kt j0h0r plak jerebu...dunia2..

    BalasPadam
  8. haha. xrasa ry depavali pon. waw nek flight balik alor setar bole ngorat akak stewardess kn :P
    ohhh hrp banjir surut cpt sian merka

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama