Seronok bila melihat rakan blogger Amirez yang aku bahasakan diri beliau sebagai abang(hakikatnya memang aku kena panggil abang seperti mana aku panggil kakak atau sis pada blogger wanita yang berusia daripada aku bertahun - tahun) yang sudah pun bergelar bapa kepada seorang bayi perempuan seberat 2.8kg yang sangat comel sempena hari raya aidiladha nih. Nama bayi tak tahu lagi sebab belum diberitahu. Tahniah yer bang sebab menjadi Abi kepada bayi yang comel!
Bila membaca pengalaman beliau menemani isterinya bersalin sewaktu di labour room membuatkan aku rasa agak teruja. Tak tahu kenapa tiba - tiba rasa mahu kahwin dan merasai sendiri pengalaman macam tu. Bagi aku setiap lelaki walau setakut mana pun anda mesti mengambil kesempatan tersebut untuk lihat sendiri bagaimana anak anda dilahirkan dan bagaimana peritnya isteri anda melahirnya zuriat yang menjadi pewaris keturunan anda.
Haih! Bestnya Dapat Cium Anak Sendiri Macam Nih!
Hakikatnya, bukan semua lelaki mampu melihat isteri mereka bersalin kerana satu sebab = Takutkan Darah @ Hemophobia. Seingat aku waktu aku kecil sampailah aku habis SPM memang aku langsung tak takut darah. Sebab mungkin kerana aku selalu tengok darah sampai waktu tu kalau tak silap dekat tv3 ada rancangan Medik TV ker apa dan aku seorang jer yang suka tengok. Memang tak ada rasa pening ker nak pitam ker nak muntah ker waktu tengok darah tu.
Tapi, entah kenapa bila masuk pertengahan diploma atau lebih tepat lagi sewaktu nak masuk Ijazah sampai lah sekarang bila aku tengok darah adakalanya aku okay dan ada kalanya aku rasa macam nak pitam. Huh! Kenapakah? Adakah kerana pertambahan usia menyebabkan aku yang dahulunya tidak suka makan sayur menjadi suka makan sayur dan daripada tiada apa - apa apabila melihat darah kepada menjadi pening atau mahu pitam selepas melihat darah?
Tapi sebab bukannya selalu aku jadi macam tu jadi aku tak risau sangat. Tapi, yang paling menakutkan apabila kita telah mendapat anak tidak kira apa jantina sekali pun maka kita dikehendaki mencuci URI anak - anak kita sebelum ditanam. Fuh! Aku pernah tengok uri dua kali iaitu uri anak - anak buah aku. Mula - mula aku ingatkan daging apa dan lepas aku tanya memang aku terkejut. Uri rupanya. Fuh! Tak dapat bayang macam mana nanti nak cuci uri sebab kadang - kadang uri nih adakalanya elok dan adakalanya tak elok sebab hancur - hancur. Dan apa yang aku tahu bukan semua lelaki mampu mencuci uri anak - anak mereka sebab kadang - kadang mereka serahkan kepada orang tua mereka yang lebih berani seperi emak atau ayah mereka sendiri untuk mencuci.
Aku harap nanti aku mampu duduk di dalam labour room menemani isteriku bersalin dan mencuci uri anak - anak aku sendiri. Fuh! Nampaknya sudah jauh aku mengelamun padahal belajar tak habis lagi! Kerja pun tak ada lagi dan yang penting awek pun tak ada lagi! Hahaha! Jadi, aku teringin lah nak tahu pasal wanita berpantang selepas bersalin. Mesti setiap kaum ada cara pantangnya sendiri.
Jika ada sesiapa blogger wanita atau lelaki yang pernah buat entry pasal benda nih sila kongsikan di ruangan komen sini yer. Saya mahu baca! Okay! Assalammualaikum dan salam sejahtera!
Perhatian Semua :
Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!
haha...dh x sabar ye.. :P
BalasPadamakuayie : boleh bersabar lah..kalau xbersabar dah lama gua kahwin...haha
BalasPadamhaha mmg terlebih
BalasPadamJauh sangat mengelamun tu..haha
BalasPadamApapun mesti best dapat anak sendiri..hih
hohoho ak pun teruja gak baca ;D
BalasPadamkawen nnti jgn lpe ajak noh xD
anak mahu...
BalasPadamtapi ku pun takut darah juga..
huhu
pelik tapi Biologi time spm A1 hehe
xD
New Entry:
Hal Jubah Konvo
kalau jd suami mstila tgk kat sebelah..mane leh tgk..watpe takut darah..notami siap minum darah lg! haha..mcm vampire lak dah! just kidding!
BalasPadamtp skrg ni besenyer doc dah x bg suami tgk la! 2 yg x patut tu!
comel gile gambaq tuuu ! whooot!
BalasPadamamboih. x sabar nampak? hehe
BalasPadamingat buat entri cari jodoh dah tadi hehe :P gurau2 je. rasanya tak lama lagi adalah yg sudi nak jadi awek lepas baca entri ni :P gurau lagi haha.
BalasPadamnama anak dah confirm. sehari lepas balik rumah terus daftar kat JPN. nantilah bagitau kat blog hehe
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com