Drama:
Hikayat Sang Ayam, Lembu Dan Kambing Di Aidiladha
Watak - Watak:
Sang Lembu
Sang Lembu
Sang Kambing
Sang Ayam
Lembu : Bagus juga idea kau tu wahai sang kambing! Walaupun aku rasa agak sukar tetapi demi cintaku pada isteriku, Mrs. Bu maka aku akan usahakan hingga berjaya. Kau doakan aku berjaya yer wahai rakan karibku dunia akhirat, sang kambing!
Kambing : Jangan risau! Aku dah anggap kau macam adik beradik aku walaupun secara jujurnya kita langsung tak sama. Aku harap usaha kau akan membuahkan hasil wahai sang lembu.
Lembu : Doakan aku selalu yer sang kambing!
Kambing : Baiklah! Aku sentiasa doakan siang dan malam untuk kau! Jangan risau!
Lembu : Ada rezeki jika aku panjang umur kita jumpa lagi yer. Maafkan salah silap aku! Halalkan makan minum aku. Hari tu aku ada curi rumput dekat kawasan kau. Halalkan yer!
Kambing : Owh, rupanya itu kerja kau yer sang lembu! Haih! Menyesal aku tuduh sang kerbau hari tu. Tak pasal - pasal sampai sekarang aku tak bertegur sapa dengan beliau! Haih!
Lembu : Tak apa! Kau jangan risau sahabatku! Akan aku jernihkan hubungan kalian berdua sementara aku masih bernafas di dunia yang fana ini! Baiklah! Jumpa lagi jika berkesempatan! Bye!
Kambing : Bye!
Arakian bermulalah hari - hari yang penuh liku terutamanya terhadap sang lembu. Persengketaan antara sang kerbau dan sang kambing sudah berjaya ditamatkan. Hari Raya Aidiladha yang ditakuti telah pun tiba dan berlalu pergi. Kebanyakkan kaum lembu dan kambing masih lagi bersedih mengenangkan pemergian sanak saudara serta sahabat taulan mereka yang sudah pergi menghadap Ilahi sepanjang minggu itu.
Ditakdirkan umur sang lembu panjang kerana tiba - tiba Haji Dollah telah berubah fikiran untuk membeli lembu lain. Maka sang lembu berjalan dengan penuh gembira untuk bertemu dengan sahabat baik beliau tak lain tak bukan sang kambing yang baik hati.
Lembu : Kambinggggggg! Owhhh Kambingggg! Mana perginya kawan aku nih! Kambinggggg!!
Ayam : Eh, sang lembu? Tolong hantuuuuuuuuuuuuuuuuuuu! Hantuuuuuuu!
Lembu : HOI AYAM! Aku belum mati lagilah!! Haji Dollah kedekut tu tak jadi nak buat aku jadi korban tahun nih. Dia tukarkan dengan lembu yang lain! Apa daa!
Ayam : Owh! Aku ingatkan hantu tadi! Pelik juga siang - siang macam nih ada hantu! Fuh! Nasib! Tapi kenapa aku tengok kau nih kurus sangat nih? Kau sakit ker?
Lembu : Ini semua berkat kebijaksanaan sang kambing lah! Dia cakap dekat aku supaya kawal pemakanan supaya berat aku turun. Jadi selama 3 minggu tu aku praktik apa yang sang kambing ajar dan alhamdulillah aku selamat daripada menjadi korban tahun nih!
Ayam : Jadi, tujuan kau datang ke sini untuk apa? Ucapkan terima kasih pada sang kambing?
Lembu : Yups! Kalau tak kerana idea yang bernas daripada sang kambing tak mungkin aku masih wujud pada hari ini. Eh, kau ada nampak sang kambing tak wahai sang ayam yang becok?
Ayam : Kau tak tahu ker wahai sang lembu bahawasanya sang kambing sudah lama pergi!
Lembu : Pergi? Pergi kemana?
Ayam : Sudah pergi menghadap Ilahi. Sang kambing kan menjadi antara kambing yang terpilih untuk dijadikan korban hari tu!
Halilintar tiba - tiba membelah bumi. Sang lembu tergamam seketika. Air yang jernih mengalir laju membasahi pipi sang lembu yang gebu itu. Sang lembu kemudian menjerit.
Lembu : Tidakkkkkkkkkk! Aku tidak percaya ini semuaaaaaaaaa!
Ayam : Hahaha! Kau kena terima qada dan qadar wahai sang lembu. Sudah ditakdirkan sang kambing pergi dulu daripada kita. Hahahaha! Lucu - lucu!
Lembu : Kenapa kau kata lucu? Kenapa kau ketawa hah wahai sang ayam? Apa kau tidak punya hati dan perasaan kah?
Ayam : Aku bukan apa sang lembu! Aku ketawa sebab sang kambing beriya - iya bantu kau tapi alih - alih dia yang jadi korban tahun nih. Hahahaha!
Lembu : Sungguh kejam hati kau nih! Tetapi, tak apa! Kejap lagi kau akan terima balasannya! Hahaha!
Ayam : Eh, kenapa tiba - tiba kau ketawa wahai sang lembu? Kena......tolong! Tolong! Jangan tangkap aku! Tolong aku wahai sang lembu!
Lembu : Inilah balasan yang wajar kau terima wahai sang ayam yang becok!
Ayam : Tolonggggggggggg! Aku tak mahu mati!!! Tolong!!!!!!! T...o.....l.....o....n.....g.........!
Sunyi sepi! Selepas puas sang ayam menggelupur di hadapan sang lembu selepas disembelih oleh Mak Bedah dan akhirnya sang ayam juga mengikut jejak langkah sang kambing yang diketawakan tadi pergi menemui Ilahi. Manakala sang lembu berjalan pulang menemui isterinya Mrs.Bu sambil berkata,"Walaupun kau sudah tiada namun kau lah kawan aku dunia akhirat wahai sang kambing!"
******* Tamat *******
Disini, Saya selaku tuan punya H.P.B Blog mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha/Haji/Korban kepada semua umat Islam di Malaysia dan seantaro dunia! Selamat menyembelih dan makan sup gear box. Hehehe!
salam aidiladha
BalasPadamslmt hari raya, mari tunggu daging lembu ada org nk bagi ke tak bsok :D
BalasPadamohh braces, mngimbas zmn dahulu aku dlu.
aduh ada part tacing2 jugak :) niway selamat hari raya aidiladha (*.*)
BalasPadamnice... :) salam aidiladha.. ^^
BalasPadamhok oloh. last2 kambeng yang matik...hahah tapi kambing tu cool. pakai braces.
BalasPadamselamat aidiladha... semoga segala pengorbanan kita diberkati Allah
BalasPadamhahahah...
BalasPadamselamat hari raya korban hans..
memag bes lah tapi panjang
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com