Sekarang tengah hujan lebat disini. Memandangkan rancangan di televisyen agak kurang digemari dan jika yang suka ditonton pun telah kulihat berkali - kali maka aku ambil kesempatan itu untuk terus menghadap laptop usangku yang banyak berjasa ini di malam yang sepi ini. Seronok mendengar bunyi titisan air hujan yang lebat ini.
Teringat kenangan bermandi hujan sewaktu pulang dari sekolah atau secara curi - curi. Rasa begitu indah dan nyaman sekali bermain hujan walaupun tahu hakikatnya pasti akan demam seminggu selepas itu. Memang menjadi kemestian pasti demam namun perasaan riang itu sukar dicari ganti. Jika mahu mandi hujan tunggulah selepas sejam maka air yang turun itu sedikit bersih berbanding air hujan yang turun pada awalnya.
Semakin seronok apabila dapat bermain hujan sewaktu sudah berumur 20 tahun. Terasa tidak percaya diri kini sudah pun berada di alam pelajar universiti kerana kadangkala bersifat seperti keanak - anakan dengan masih lagi bermain hujan bersama rakan - rakan. Seronok apabila sekali sekala wajah atau kulit ini ditujah dengan air hujan yang kadangkala terasa tajam tetapi adakalanya terasa seperti urutan si gadis muda.
Hujan sangat simbolik kepada kawan. Kadang - kadang dia datang sewaktu kita memerlukan dan adakalanya bertentangan dengan itu. Ada yang membuat kita gembira dengan kedatangannya dan ada juga yang merungut jikalau dia datang kepada kita. Hujan memang simbolik kepada perkataan kawan.
Hujan apabila turun mampu membantu petani untuk mengairi sawah dan kemudian terhasilnya pokok padi yang membunting kekuningan sebelum hasilnya diambil. Kita gembira apabila hujan datang membawa rahmat. Apabila hujan turun dengan lebat dan kemudian menyebabkan banjir yang dasyat maka pelbagai musibah datang hingga menyebabkan kita membenci, marah dan pelbagai lagi sifat negatif yang keluar dari dalam badan. Begitu juga dengan kawan. Ada yang datang membawa kesenangan dan ada yang datang membawa kesusahan.
Hujan hanya turun seketika dan tidak akan selama - lamanya. Begitu juga dengan kawan yang datang dan pergi dalam hidup kita. Sebaik mana pun kita atau sebaik mana pun mereka. Sejauh mana pun ungkapan 'Kami Kawan Selamanya' atau 'Best Friend Forever' namun pastinya akan terpisah juga gara - gara masalah peribadi atau pun takdir.
Hakikatnya, hujan memang sesuai untuk dijadikan simbolik kepada seorang yang bernama kawan dan aku suka 'hujan' yang walaupun datang sekejap namun membawa kegembiraan kepadaku berbanding 'hujan' yang datang terlalu lama tetapi membawa seribu satu duka kepadaku. Namun 'hujan' yang datang terlalu kerap juga masih pernah membuat kita gembira jadi jangan terlalu memarahi 'hujan yang datang terlalu lama' itu kerana ia memang sudah ditakdirkan.
P/S : Mahu Mandi Hujan! Ada Sesiapa Yang Mahu Demam Bersama Saya?
masa kecik kecik suke sangat men ujan..mak marah pun tak heran.. tapi bila guruh kuat je...
BalasPadamberlari masuk uma sambil nangis2 sebab takut..
mak dengan slambe je kata : padanlah muka..
hujan..hujan kdg2 ikut perasaan kan? sbb tu cite cinta kalau bab clash mesti nk buat effect hujan. dramatik btlu :P
BalasPadammain air ujan mmg sgt seronok! tringat ms kecik2 dlu suke main air ujan.. haih..rindu pulak rs.. heh heh heh~
BalasPadamgua pn same. dlu mase skolah balik je teros bukak baju mandi hujan. buat ala2 filem hidustan mandi dalam ujan sambel nynyi2. keh keh.
BalasPadami suka hujan n sampai sekarang i suka mandi hujan! haha. dah tua tak sedar diri. tapi i takot kilat :(
BalasPadamseronok kot dapat main hujan. teringat waktu sekolah dulu. :)
BalasPadamrindu plak rasenye mandi hujan ngan kawan. slide2 kat rumput. men kejar2 dalam hujan. baling bom tangan time hujan. kencing dalam seluar time hujan. tertetak kawan time hujan. semua nye dalam hujan. sobs.
BalasPadamseronok bila main hujan, aku rasa macam semua masalah hilang... u make me wan main hujan malam ni...
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com