Minggu Nih Minggu Anggota Badan Memberontak

Daripada aku sekolah rendah sampailah 29hb/10/2010...tak pernah sekali pun aku pergi tandas untuk melakukan proses penyahtinjaan melainkan proses membuang urine sahaja sewaktu menjawab kertas akhir peperiksaan. Tetapi, rekod itu akhirnya lebur apabila pada 30hb/10/2010 bersamaan pukul 10.00 pagi....buat pertama kalinya sejarah tercipta apabila aku terpaksa pergi ke tandas untuk melakukan proses yang menggembirakan itu -> Penyahtinjaan
Rekod sekali lagi berlaku kerana sejak menjawab peperiksaan sewaktu diploma hinggalah di ijazah belum pernah lagi aku pergi ke tandas sewaktu peperiksaan sedang berlangsung. Apakan daya kali ini aku terpaksa juga pergi kerana perut ini sudah tidak tahan lagu menanggung duka yang melara. Huh! Hakikatnya aku memang tak suka membuat proses ini di tandas awam kerana berasa kurang selesa. Hohohoho!

Berkenaan rambut pula...hakikatnya pada awal semester rambut agak pendek dan di akhir semester rambut tiba - tiba menjadi terlampau panjang. Selalunya aku biarkan sahaja rambut aku panjang tetapi sekali lagi sejarah tercipta apabila pada semester kali ini aku menggunting rambut aku. Ini juga disebabkan teguran pengawas peperiksaan yang aku bahasakan dirinya sebagai 'makcik' yang menegur rambut aku panjang sewaktu aku sedang leka menjawab peperiksaan.


"In evening, you go to barber and cut your hair!" Itulah ungkapan orang putih beliau yang membuatkan aku terlupa jawapan aku yang sedang aku rangka di dalam kepala. Huh! Memang aku angin betul waktu tu sebab dia menganggu waktu aku sedang menjawab. Nasib aku lebih baik sebab kawan aku yang rambut pendek pun kena tegur. Yang peliknya si 'makcik' tu kata rambut dia panjang. Adess! Sudahlah ditegur dipegangnya lagi rambut kawan aku sewaktu kami semua sedang leka menjawab. Haih! Makcik oh makcik!

Akhirnya, atas nasihat rakan - rakan yang agak menakutkan buat pertama kalinya rambut aku pendek sewaktu minggu peperiksaan. Hahahaha! Semalam juga buat pertama kalinya kaki aku menjejak penuh bergaya ke kedai gunting rambut LEGEND yang berdekatan dengan restoran Hakim. Kuikuikui! Sekejap saja rambut aku habis dikerjakan mamak tu. Paling sedih bila sang gunting melintas di hadapan rambut aku dengan pantas dan lajunya. Anak mataku sayu melirik ke arah guguran rambut di bawah yang kelihatan seperti menangis meminta aku jangan pergi meninggalkan mereka.

Kini aku rindu untuk menggoyangkan kepala aku ke kiri dan kanan untuk merasa rambut aku terbang seperti model iklan syampu. Hohohoho! Dan hari nih juga sudah 3 kali aku menziarahi sang tandas di rumah. Sakitnya perut! Haih! Nak study pun susah!


P/S : Sedang Mencari Sesiapa Yang Berminat Untuk Mewarisi 
Lemak - Lemak Tepu Yang Ada Dalam Diriku. Mahu? Hahahahahaha!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

10 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. awat x p kedai "handsome" kat 7?ahaha

    BalasPadam
  2. ak malas jgk pi tandas masa exam tgh jln jwb exam ngan tekun. bye2 rambut

    BalasPadam
  3. haha.
    XD
    rambut aku tak boleh nak panjang.
    nanti kena saman dgn pak guard.
    =.=

    BalasPadam
  4. Aish, pesal byk je nih rekod yg kau pecahkan,hak3

    btw, good luck utk next paper
    semo0ga cpt sembuh dari cirit,haha

    BalasPadam
  5. eh! kt U pun xleh rambut panjang ke? setahu aku masa skola je msuk U rmbut panjang xpe kan?

    BalasPadam
  6. weh..
    brsyukur lew ko dpt berak!
    hahahaha

    BalasPadam
  7. Penyahtinjaan atau dalam bahasa sedapnya berak..haha
    aq pon x suka guna tandas awam...time exam pon x pnah pg toilet untuk proses Penyahtinjaan...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama