Sehari Berada Di Kampung

Pagi - pagi lagi dah bergerak ke Penang sebab ada kenduri arwah dekat rumah Mak Lang aku. Tugas aku tak banyak pun. Setakat mengelap pinggan dan gelas serta angkat tong gas dan apa - apa yang patut jer. Muahahaha! Memang tadi aku melantak jer banyak dan menu yang aku makan tadi hanya satu -> Gulai Ayam Kampung + Ubi. Fuh! Layan tekak sebab boleh tahan sedap jugalah!

Lepas tu misi membunuh ulat beluncas yang selalu jer ada dekat sebuah pokok bunga tapi kali nih tugas tu diserahkan pada anak sepupu aku. Itu pun dia terbunuh sebab tak sengaja. Seekor jer lah sebab lagi 5 lagi dia pindah ker ke pokok yang dia baru tanam(memang pokok tu bakal mati lah sebab dia main cabut jer). Hohohoho!

Lepas tu boleh jumpa kakak aku sekeluarga dan abang aku sekaligus walaupun hari raya haji karang jumpa lagi. Kuikuikui! Seronok jugalah bila kenduri nih sebab dapat jumpa ramai orang yang kita tak kenal dan dengar cara diorang ketawa. Macam - macam bunyi! Hohoho!

Aku rasa sebenarnya aku perlukan sebuah camera lah untuk snap pic - pic yang best. Haih! Kalau ada camera tadi dah lama aku snap macam - macam gambar. Sayang camera tak ada. Apa - apapun, sekarang agak penat dan rasanya cukuplah update hari nih. Buat lepas gian menaip. Hehehe!

Selamat Malam! Assalammualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca H.P.B Blog!

6 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama