Heboh orang bercerita berkenaan video Save The Date Elyana Dan Khairul. Mula - mulakan aku ingatkan ini video penyanyi baru ker apa ker tapi rupa - rupanya video berkenaan kisah percintaan antara penyanyi Elyana dan suaminya yang baru sahaja diijabkabulkan baru - baru ini. Bagi aku sendiri video ini memang agak sweet walaupun ada yang lebih sweet lagi dari nih tetapi sebab ini pengalaman mereka berdua jadi memang sweet lah. Hehehe!
Aku menunjukkan video ini kepada beberapa rakan aku terutamanya wanita kerana di dalam video ini kelihatannya si Elyana yang melamar Khairul untuk mengahwininya. 70% daripada rakan wanita aku berkata mereka tidak akan melakukan seperti apa yang Elyana buat kerana bagi mereka ia ibarat peribahasa 'Bagaikan Perigi Mencari Timba'.
Sumber Gambar : Moyang Google
Apa - apapun, ia bergantung kepada situasi dan persekitaran. Seperti kes Elyana ini, ia menjadi manis kerana cintanya bersambut jadi tidak ada apa - apa yang perlu dimalukan. Lainlah jika kes seperti seorang wanita yang begitu dambakan seorang lelaki dan walaupun cintanya ditolak berkali - kali oleh si lelaki namun beliau masih juga terkejar - kejar dan mengharapkan cinta lelaki tersebut. Jika kes seperti itu memang sesuai dilabel sebagai 'Perigi Mencari Timba'.
Sumber Gambar : Moyang Google
Apa - apapun, masing - masing ada pendapat masing - masing. Bagi aku tak salah tetapi jika cinta sudah ditolak maka carilah orang lain. Itu lebih manis kan? Tapi, bagi aku Elyana sweet lah buat macam tu! Elyana lah! Kalau orang lain aku tak pasti. Heheheh!
Jadi, apa pula pandangan anda? Kongsikan di ruangan komen ini yer terutama kepada blogger - blogger wanita. Adakah anda sanggup memulakan dulu atau menjadi seperti salah seorang kawan saya yang berkata,"Aku sanggup tak kahwin daripada menjadi seperti 'Perigi Mencari Timba'!"
*****************************************************************************************************
Eh, lupa nak bagitahu! Sudah keluar senarai blog - blog yang dipilih oleh blogger - blogger untuk Blog Pilihan Malaysia 2010 bagi pengundian untuk pusingan pertama. Tak sangka pula ada nama blog nih sebab tak silap aku tak pernah nampak pula nama blog nih ditaip semalam. Hahaha! Terima kasihlah pada sesiapa yang senaraikan blog nih. Tengok senarai tu memang aku rasa kerdil gila sebab banyak blog yang hebat - hebat dan tiba - tiba nama blog aku berada di tengah - tengah. Ibarat rusa(blog aku la tu) dihimpit gajah. Hahaha! Apa - apapun, seronok sebab dapat kenal blog - blog baru. Kepada sesiapa yang nak mengundi tu boleh mengundi bila undian dibuka dan kalau sudi undilah blog nih yer. Hehehehe! Undi disini :- Blog Pilihan Malaysia 2010
Perhatian Semua :
Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!
adeyh
BalasPadamlagieyh bagus perempuan melamar laki!
ahaks!
apa nak malu kan?
BalasPadamkalau aku pun, dah suka, aku akan melamar.
Siti Khadijah dah menunjukkan bagaimana cara terbaik untuk melamar bakal suami dengan menghantar Maisarah untuk meminang Rasulullah~
Tak salah pun kan?
:)
P/S : malangnya aku tiada calon untuk dipinang~ ha ha ha
lelaki ini : aku sokong kalau perempuan yang lamar aku ialah Lisa..hehehehe
BalasPadamzara : aik...yang dekat twitter tu?hahaha
Aku takut nak melamar..
BalasPadamsatgi putus cinta lagi haha
LATEST ENTRY
BLOG PILIHAN MALAYSIA
sweet. salute elyana mmg brani buat cmtu lg pon mmg takdir dia la kan..
BalasPadammind set kena berubah...berani buat kerja luar jangkaan,amik risiko. aku masih takut nk jatuh hati kat sesapa T_t
aku rasa elyana bkn perigi mencari timba..
BalasPadamdua2 sama suka...
GKSB : Hahahhah..fobia kah??
BalasPadamDayah : Yups...sweet sangat!
Syah : ialah...diorang kata perigi mencari timba nih bukannya maksudnya sorang suka sorang tak..ia lebih kepada perempuan yang melamar lelaki maksudnya..apa2pun aku rasa tak ada hal...elyana sweet...hehehe
suweeeeetttt!!=)
BalasPadamemm..tak salah nk jdik perigi cri timba skrg..tp,mcm yg dkatakan..bgantung kpd keadaan..=)
sweet ape. bukannya dia cinta sebelah tangan pon. he he
BalasPadamhehe seronoknya kalau berani macam elyana..sebab tak semua kot perempuan leh jadi perigi cari timba, tapi zaman sekarang nih ramai kot..erm tapi saya bukan macam tu...thats why tade calon lagi huhu
BalasPadamso sweet elyana, u r so brave!
p/s: kenapa tidak calon saya blog pilihan malaysia 2010 hehee...gurau2 saja
ada sape2 mk lamar jey x? hihihi
BalasPadamgua xrase itu perigi cari timba. kah kah. zaman skg xde perigi cari timbah dah beb. kui3~
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com