Antara Dia, Kau Dan Aku - Episod 38

Semua mata kini tertumpu tepat pada sepakan kaki kiri Siti Nurbaiyah. Bola meluncur laju membelah angin namun sayangnya ia tersasar ke arah kiri dan langsung tidak menuju ke arah gawang gol. Siti Nurbaiyah terduduk kecewa sambil memandang bola yang semakin perlahan bergerak sebelum berhenti di bawah sebatang pokok kelapa.


Firdaus : Hahahahahahahahahahahaha! Aku dah kata dah tadi! Mesti tak akan gol punya! Hahahahaha!

Pemain Pasukan Firdaus : Hahahahahaahhaaha!

Firdaus : Jom kita BOO sama dia! Boo pendek! Boo!

Pemain Pasukan Firdaus : Boo!

Firdaus : Boo panjang! Booooooo!

Pemain Pasukan Firdaus : Booooooooo!

Firdaus : Boo dalam air! Blup blup blup!

Pemain Pasukan Firdaus : Blup blup blup!

Firdaus : Hahahahahaha!


Siti Nurbaiyah terasa begitu malu dan sangat marah kerana merasakan dirinya diperbodohkan oleh si Firdaus lalu mengambil keputusan untuk angkat kaki daripada padang tersebut.


Asyraff : Eh, Baiyah! Kau nak pergi mana tu?

Siti Nurbaiyah : Dah 15 minit kan? Lagi pun aku dah mensia - siakan peluang gol untuk pasukan kau! Tak apalah! Aku balik dulu!

Asyraff : Eh! Janganlah macam tu Baiyah! Relaks ahhh beb! Takkan kau baru kena perli sikit dengan mamat tu kau dah putus asa sampai macam nih!

Siti Nurbaiyah : Tak apalah! Aku balik dululah!

Firdaus : Kawan - kawan! Korang pernah tengok tak manusia yang lemah dan pengecut?

Pemain Pasukan Firdaus : Siapa?

Firdaus : Ituuuuuuuuuu! Perempuan yang tak tahu main bola tapi buat - buat pandai main bola! Hahahahaha!

Pemain Pasukan Firdaus : Hahahahahahahahaha! Pengecutttttttt! Pengecutttttt!!!!!


Siti Nurbaiyah terasa tercabar dengan kata - kata hinaan yang dilemparkan oleh pasukan 'musuh' sebentar tadi. Terasa mahu saja diambil senapang dan dilepaskan tembakannya terhadap kepala Firdaus yang berlagak itu. Tiba - tiba Siti Nurbaiyah bertukar fikiran.


Siti Nurbaiyah : Baiklah! Aku rasa aku tarik balik kata - kata aku tadi dan aku tak akan sia - siakan lagi peluang yang ada.

Asyraff : Macam tu lah beb! Okay! Jom main balik!


Siti Nurbaiyah pun kembali memasuki padang dan meneruskan permainan. Keajaiban berlaku dimana Siti Nurbaiyah beraksi dengan begitu hebat, lincah dan penuh bersemangat. Nampaknya dengan bantuan Siti Nurbaiyah yang bijak mengawal bola membuatkan pasukan Asyraff kini sibuk melancarkan serangan bertubi - tubi ke arah kubu pasukan Firdaus pula. Akhirnya, pasukan Asyraff telah berjaya menjaringkan gol hasil rembatan kencang Asyraff yang menuju tepat ke gawang dan gagal ditangkap oleh penjaga gol pasukan Firdaus!


Elmyra : Golllllllllllllllllllll!

Siti Nurbaiyah : Yehaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Pemain Pasukan Asyraff : Gollllllllllllll!

Asyraff : Terima kasih Baiyah! Tak kerana hantaran kau mesti susah aku nak jaringkan gol!

Siti Nurbaiyah : Tak ada hal lah beb! Kacang jer tu! Ini Baiyah kut! Tengok kaki lah!

Firdaus : Ek eleh minah nih! Kau kecoh pehal? Bukan kau pun yang sumbat gol tadi! Nak tunggu kau jaringkan gol? Hahahaha!

Siti Nurbaiyah : Hurmmmm!


Permainan diteruskan lagi dan kembali menjadi sama rata dimana setiap pasukan sentiasa serang menyerang di antara satu sama lain. Pasukan Firdaus berjaya menyamakan kedudukan dengan menjaringkan 1 gol hasil tandukan Firdaus menjadikan kedudukan kini seri 1 sama.

Hari kian senja. Burung - burung mula berterbangan pulang secara beramai - ramai dan di dalam formasi V. Indah sungguh ciptaan dunia dikala senja mula berlabuh menggantikan siang. Siti Nurbaiyah nampaknya tidak dikawal oleh sesiapa dan sudah berada begitu hampir dengan gawang gol pasukan lawan. Kini bola berada di kakinya dan ini adalah peluang untuk dia membuktikan kata - kata Firdaus tadi adalah salah sama sekali.


Siti Nurbaiyah : Aku mesti gunakan peluang nih! Aku mesti gunakan! Mesti gol!

Elmyra : Ya Allah! Tolonglah bagi gol! Nanti Baiyah kena kutuk lagi!

Firdaus : Hurm! Tak akan gol lah! Tapi, kalau gol macam mana?

Asyraff : Gol! Gol! Minta - minta gol!


Satu rembatan kaki kiri dilepaskan! Bola menuju laju ke arah penjaga gol pasukan Firdaus. Satu tangkapan berjaya dibuat.


Firdaus : Kan aku dah kata! Hahahaha................


To Be Continue.........


Perhatian : Siri Antara Dia, Kau Dan Aku Adalah Hak Milik www.hanspunyablog.blogspot.com Dan Merupakan Hasil Karya Asli Penulis Hans Hanis. Sebarang Penyiaran Atau Penyalinan Semula Karya Ini Tanpa Kebenaran Dan Keizinan Daripada Penulis Adalah Salah Dan Tindakan Akan Diambil.

15 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. haha, kesian..padan muka
    tak goal
    mamat syok sendiri ke tuh.



    http://syahrilhafiz.com

    BalasPadam
  2. Perhatian : Siri Antara Dia, Kau Dan Aku Adalah Hak Milik www.hanspunyablog.blogspot.com Dan Merupakan Hasil Karya Asli Penulis Hans Hanis. Sebarang Penyiaran Atau Penyalinan Semula Karya Ini Tanpa Kebenaran Dan Keizinan Daripada Penulis Adalah Salah Dan Tindakan Akan Diambil.



    wo.... hehehehehe Mantap...

    BalasPadam
  3. hahaha.. dah cakap semalam macam confuse je gol.. lalalala~

    hari ni pun macam confuse jugak. huwaa.. selalu je confuse. haha

    BalasPadam
  4. jap2. aku rasa aku baca macam pengacara bola sepak plak. haahaa

    BalasPadam
  5. aku rasa gol sebab penjaga gol suka kay baiyah dia sumbat gol sendiri.. hahaha... aku teka saja..

    BalasPadam
  6. allah hai~ semngat aq baca sambung pulok dahhhhh...huuhhuuhu

    BalasPadam
  7. huhu..byk epsiod da miss ni ..bca ep ni best jgkyer hee..oke3 nk kena baca ep yg termiss tu..pe2pn go baiyah go hehe

    BalasPadam
  8. bola itu terlepas..skali lg baiyah menyepak.dn gollll...

    BalasPadam
  9. Hans : Thanks Pada Semua Yang Sudi Baca Dan Drop Komen Di Sini Yer! Setiap Hari Akan Update Episod Baru! Insyaallah!

    BalasPadam
  10. baiyah boleh.. baiyah boleh...

    booooo baiyah. boooooooo(gune angin perut waktu buat boooo ni)

    BalasPadam
  11. jadi hans? bolehlah hantar proposal pada saya, novel remaja dan kanak-kanak memang menggalakkan (11-16thn)

    BalasPadam
  12. Haaa..gol ke tak kali ni???????? Suspen siiiiuuuuttt...hakhakhak...

    BalasPadam
  13. baiyah ni bantu asryaf menjaringkan gol??? wah!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama