Apakah Perasaan Anda Apabila Umur Anda Menjadi Bahan Tekaan? Gembira Atau Duka Atau Tiada Apa - Apa Perasaan?

Seringkali kita mendengar keluhan atau pun tawa riang daripada rakan - rakan atau orang sekeliling kita apabila membicarakan tentang usia. Ada apa dengan usia? Cuma angka sahaja bukan? Itu kata - kata segelintir orang yang pernah kita dengar.

Ada juga yang kata semakin meningkat usia semakin menunjukkan sisi kematangan kita tetapi adakah betul semuanya akan matang? Bagaimana dengan manusia yang sudah berumur tetapi bertindak menyelesaikan masalah seperti kanak - kanak sekolah? Adakah itu dikira matang?

Ada juga yang berkata kehidupan bermula sewaktu umur memasuki angka 40 tahun dan ayat ini sinonim dengan kaum Adam. Adakah betul atau pun cuma telahan semata - mata? Jika kehidupan lelaki bermula pada angka 40 bagaimana pula dengan wanita? Di angka berapakah kehidupan mereka bermula?

Apa - apapun, usia sememangnya menjadi topik yang bagi sesetengah orang agak sensitif dan bagi sesetengah orang pula ia mampu meningkatkan semangat positif di dalam diri dan jiwa mereka. Jadi, di sini mengikut teori Hans maka aku akan menunjukkan dialog berdasarkan 5 situasi dan mungkin anda tergolong di dalam salah satu kategori - kategori ini.



Kategori 1


Makcik Joyah : Senah! Lama aku tak nampak anak teruna hang si Johnny tu! Mana pi dia?
Makcik Senah : Ada ja! Aku suruh dia pi beli nasi ayam! Malas haih nak masak petang nih!
Makcik Joyah : Owh! Eh, sapa tu?
Makcik Senah : Hah! Tu dia dah balik!
Makcik Joyah : Amboi! Nih hang dok sekolah mana dah la nih?
Johnny : Eh! Saya dah kerja dah makcik Joyah. Dah 26 tahun pun! Dah boleh kahwin dah!
Makcik Joyah : Lahhh! Makcik dok ingat hang dok form 4 ka form 5 lagi! Muka muda ja!
Johnny : Hehehehehe. Makcik nih puji lebih - lebih nih nak buat jadi menantu ker? Hehehe!



Kategori 2



Makcik Jenab : Oit, Kiah! Aku nak tanya hang satu benda nih!
Makcik Kiah : Hang nak tanya aku apa Nab?
Makcik Jenab : Anak perempuan si Bedah tu! Apa nama dia?
Makcik Kiah : Owh, anak Bedah tu ka? Siti lah nama budak tu! Awat?
Makcik Jenab : Si Siti tu bila nak menikah? Dah lewat dah tu!
Makcik Kiah : Hang dok merepek apa nih Nab oiii! Siti tu belajar pun tak habis lagi!
Makcik Jenab : Hah? Dok belajar lagi ka?
Makcik Kiah : Kan tahun nih budak Siti tu SPM?
Makcik Jenab : Laaaa! Aku ingatkan dah kerja dah! Muka macam orang umur 35 ja aku tengok!
Makcik Kiah : Ar ar! Muka dia nampak tua sikit!
Makcik Jenab : Tua sikit apanya! Tua banyak! Aku ingat sama umur dengan aku dah tadi!
Makcik Kiah : Ko nih Jenab! Tak baik tau!



Kategori 3


Ronaldo : Eh, Kaka! Aku mahu tanya! Umur kau berapa yer?
Kaka : Kau rasa - rasa berapa?
Ronaldo : Aku rasa kau muda lagi nih tapi tak tahu lah umur kau berapa. Kasilah clue sikit!
Kaka : Antara 21 tahun sampai 27 tahun. Kau rasa umur aku berapa?
Ronaldo : Aku nampak macam 21 tahun.
Kaka : Muktamad?
Ronaldo : Ar ar! Muktamad! Kenapa? Salah ker?
Kaka : Umur aku dah 33 lah.
Ronaldo : Wah! Nampak muda lah kau! Mati - mati aku ingat 21 tahun tadi.
Kaka : Biasalah tu! Awet Muda! Hehehe!



Kategori 4


Paula Martinez : Eh, Betty! Umur kamu berapa?
Betty : Awak rasa - rasa berapa?
Paula Martinez : Manalah saya tahu! Bagilah clue!
Betty : Antara 25 tahun hingga 28 tahun. Tekalah!
Paula Martinez : 27 tahun kut!
Betty : Mana ada! Aku baru 22 tahun lah! Tua sangat ker aku nih?
Paula Martinez : Adoi! Manalah saya tahu! Awak pun bagi saya clue 25 sampai 28 tahun. Saya teka jer lah!
Betty : Sob! Sob! Sob! Aku mahu bunuh diri sebab kau kata aku tua! Sob Sob Sob!



Kategori 5


Nadal : Wah, makcik nampak mudalah makcik! Macam anak makcik!
Makcik Rosalinda : Eh, betul ker Nadal? Makcik nampak muda ker?
Nadal : Serius makcik! Sumpah saya makan satay ayam 20 cucuk!
Makcik Rosalinda : Eh, betul nih? Tak sia - sia makcik amalkan makan jamu Juicemet 7 tu.
Nadal : Makcik nampak macam umur 30-an lah!
Makcik Rosalinda : Terima kasihlah! Haih! Gembira makcik dengar kamu cakap macam tu! Eh, kamu nak jumpa anak perempuan makcik ker?
Nadal : Ar ar makcik! Maria Clara ada tak?
Makcik Rosalinda : Nanti makcik panggilkan yer.
Nadal : Baik makcik..........("Ada ker dia percaya aku kata umur dia macam 30! Macam 60 adalah! Hohoho!"katanya di dalam hati!)



Jadi, anda berada di dalam kategori manakah? 

Sila kongsikan di ruangan komen yer! 

Semoga terhibur dengan entry kali ini.


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!


56 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. haha~ ada apa pada umur? hehepernah jadi begini pada saya~ tapi, kesah apa kan~ hak2

    BalasPadam
  2. aku taknampak benda lain dah. henry goldings je.

    ohoo!

    BalasPadam
  3. haha...ok gak segmen ni...kategori 5 best..

    BalasPadam
  4. haha.
    baru nak tegur.
    dah ada orang tegur.
    henry goulding tu.
    XB

    BalasPadam
  5. hahah...aku kategori satu.. heheh...

    BalasPadam
  6. biasanya tergolong dalam kategori satu. tapi kadang2 ada gak yang teka 23. ternyata orang tu jeles! haha

    BalasPadam
  7. haruslah kategori 1.

    hahahaha.

    kalo orang tgk mmg ingat aku bawah umur. tp bila org tau aku dah study kat U, dorg akan teka 20-21. so ok lah tu. hehehe

    BalasPadam
  8. 1 n 3.

    siyes tak tipu..hihi

    BalasPadam
  9. hehe,paling penting watak2 dalam dialog kat atas tu...yang x leh blah time CR borak dgn Kaka tu,cam ye ye je.,...haha

    BalasPadam
  10. gue sentiasa rasa muda walaupun umur xde la muda..
    hehee

    BalasPadam
  11. saya tidak tergolong dalam mane2 pun dalam katgori in.sadisnyaaa hidup

    BalasPadam
  12. aku dikatekan lebih mude dari 29. camna?

    BalasPadam
  13. haha, menarik entri ni
    ak pernah kena dua2 kes
    kategori 1 dan kategori 2
    so maknanya kat sni, pandangan org terhadap kita adalah berbeza

    BalasPadam
  14. kategori 1! pernah kena time kat tesco! kakak tuh igt aku budak primary school.. agak sket.. dah 20 kot... haha

    BalasPadam
  15. sume kategori besh la.. hahax! ada apa dgn umur?

    BalasPadam
  16. sy dikategori 0 sbb org slalu ingt dak form 1.haha
    nway, anda tlh di tag :)

    BalasPadam
  17. selalu kena no 1. tapi macy penat gk klo da 20 ni asek kate skola mngh j. isk2

    BalasPadam
  18. selalu kena no 1. tapi macy penat gk klo da 20 ni asek kate skola mngh j. isk2

    BalasPadam
  19. kategori 1 la selalunya..hehe

    tp ada gak sekali aku jumpa org kat kedai makan, dia kata aku 27.haha.. tua sgt ke aku ni.. :D

    Pendapat anda?
    5 effective ways to keep your files under control

    BalasPadam
  20. aku kategori satu!. haha

    umo dah 23, tapi ramai duk ingat masih belasn tahun. huahua!

    BalasPadam
  21. HAHAHA, ni apesal perempuan mesti kena nampak tua ni? hahahah tapi betul la, lelaki selalunya nampak lagi muda kan .. tp kalau orang main teka umur sy, huuhuh tak tau la, sebab selama ni orang main teka umur, saya buat okey je.. hehe

    BalasPadam
  22. saya golongan ke 2! orang kdg2 tanya kerja kat mana?? wahhh.. >.<

    BalasPadam
  23. hahaha! saya tak kisah pun semua tuh~ yang saya tahu, saya muda dan hensem macam shah rukh khan! wakakakakaka!


    p/s: http://mazeermohamad.blogspot.com/2010/11/trauma-picagari.html

    BalasPadam
  24. orang kata muka cik shabah babyfce.so umoq pun area area 15-18 tahun gitu,keh keh keh ;)

    BalasPadam
  25. orang kata muka cik shabah babyface.jadik umoq pun area area 15-18 tahu camtu.keh keh keh ;p

    BalasPadam
  26. baik bgtau je umur tanpa rahsia..dn umur kita bleh respek lebih kalo kita bercakap dgn org lebih tua..

    umur sekadar angka? myth buster cakap: BUSTED..!!! =p

    Jejaka Terhangat: Pasangan Pilihan Anda Sebaya, Lebih Tua Atau Lebih Muda..?

    BalasPadam
  27. Hahahahaaa... aku kadang² orang tersalah anggap aku ni golongan yang pertama...
    Ishh.. kena carik cermin ni huhuhu...

    Kentut tu ko janganlah tibai ramai-ramai... kentut sorang² sudah le beb~

    BalasPadam
  28. hans.. hang lupa satu.. kalau p kedai-kedai.. salesman/salesgirl panggil kita abang/kakak padahal muka depa lagi tua dari kita :DDD

    BalasPadam
  29. org sllu kata umo aku da 27 ke 28...huuu...aku baru 24 oke...
    muka je matured...badan pn gagah perkasa..nk wat cane kan...

    BalasPadam
  30. 1 ngan 3 kot.haha.sebab ade org budget aku baru nak amik pmr.haha

    BalasPadam
  31. Hehe, alamak ada Henry lah kat Kategori 1...
    So aku nak masuk kategori 1 lah~ heee

    BalasPadam
  32. Bila umur dalam linkungan belasan mamng seronok semua akan berakhiran belasan sahaja tapi masuk angka puluhan dah tidak ada puluhan semua berakhiran dengan puluhan sampai hujung hayat

    BalasPadam
  33. muahaha.muka aku matured.patotlah ramai org tue miang je gatal.. hak3..

    BalasPadam
  34. kalau org ckp aku lg tua dr umur sebenar, aku ngaku jer...lagi best..hehe..matured la konon kan?

    BalasPadam
  35. hahahaha.. aku rasa aku kategori 3.. aku rasa la.. wahahaha...

    jom makan ikan keli dan sup ketin kat sini:
    http://whateverwan.blogspot.com/2010/12/ikan-keli-dan-sup-ketin.html

    BalasPadam
  36. Umur aku kecik lagi.. Tapi org cakap dah besor.. Tapi muka muda masih ada :)

    http://profhariz.com

    BalasPadam
  37. gua kategori 1..smpy da lali..aku pasrah je r..keh3

    Latest entri Langkawi Mission - Part 2

    BalasPadam
  38. kategori 1..heheh :)
    so slalu jadi kanak2 riang :)

    BalasPadam
  39. saya selalu dianggap 3,4,5 tahun lebih tua drpd usia sendiri.. kategori 4.. kot?? :)

    BalasPadam
  40. Salam..

    agak2 umur aku berapa? cuba teka...
    dah tua sgt dah ni....ada org panggil makcik...adehh...

    BalasPadam
  41. hu2..seronok bile owg kata kita nmpk muda..sedih sgt bile kata kita agak tua..hu2..i'm only 18 kot..xkn dh nmpk cm 50 kot?hu2..sgt sedih..

    BalasPadam
  42. hahahaha.. penting jugak pasal umo nie.. sensitif pon ade.. but think +ve jer..

    ermm cm sy sometime di kategori 3..

    tapi hakikatnya sensitif wen soal umo dikaitkan ngn jodoh..

    arghhhhhh namo pikir.. T_T

    BalasPadam
  43. Kategori 4 . Serius sedih sangat bila orang cakap camtu 😭

    BalasPadam
  44. Kategori 4 . Sedih sangat ��

    BalasPadam
  45. pandangan setiap org berbeza2..mcm aq la kndng2 sesetngh org kta aq nmpk tua mcm dh brkerja n dh berkahwin n kdng2 ada jgk org kta aq nie nmpk muda..mmg sensitif sngt dlm hal nie..nk wat cmna kn..so saddddddd......

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama