Bagus Anak Ayah Nih! Dapat No 1 Yer? Wah! Dapat Hadiah Matapelajaran Terbaik Lagi? Pandai - Pandai!

Semalam sewaktu aku balas komen dan kunjungan blogger - blogger dekat H.P.B Blog nih maka aku terjumpa satu blog tapi aku dah lupa. Entry beliau memberikan aku idea untuk mengarang entry yang sedang anda semua baca nih. Aku juga seperti blogger terbabit bersekolah di sekolah yang mengklasifikasikan kelas mengikut prestasi akademik pelajar. Yang pandai, bijak dan kacak(ini tambah jer)akan diletakkan di kelas yang terbaik atau nombor satu dan begitulah sebaliknya.

Ditakdirkan aku agak bergeliga juga diwaktu dahulu jadi memang berjayalah duduk di kelas nombor satu daripada darjah 3 sampai darjah 6. Syukur alhamdulillah! Seperti biasa dimana - mana sekolah pasti ada majlis anugerah setiap tahun untuk mengiktiraf pelajar - pelajar dari pelbagai kategori seperti kedudukan terbaik di dalam kelas, mata pelajaran terbaik, kokurikulum terbaik dan pelajar harapan sekolah.


 Gambar Hiasan


Mengikut cara sekolah rendah aku dulu dimana untuk kategori kedudukan terbaik di dalam kelas dan juga mata pelajaran terbaik akan dikira mengikut kelas dan bukannya keseluruhan. Jadi, bagi sesiapa yang ditakdirkan berada di kelas nombor satu memanglah sentiasa hebat bersaing dan selalunya pelajar dimana - mana kelas yang dapat nombor satu di dalam kelasnya apabila diukur dengan prestasi kelas nombor satu maka pelajar itu sebenarnya berada di nombor yang berbelas - belas. Itulah hakikatnya.

Seperti juga mata pelajaran terbaik. Jika pelajar kelas nombor 3 misalnya yang mendapat anugerah mata pelajaran terbaik bagi Matematik mendapat 80 markah di dalam subjek tersebut tetapi kelas nombor satu pula dimana pelajar yang menyandang anugerah tersebut mendapat 100 markah. Jadi, sangat beruntung kepada pelajar - pelajar yang tidak berada di kelas pertama jika mereka mahukan hadiah sewaktu majlis anugerah. Jadi, aku nak kongsikan satu kisah pada hari ini dengan pembaca - pembaca H.P.B Blog.

Ditakdirkan cerita ada seorang pelajar ini berada di kelas nombor 4 daripada 5 buah kelas dan alhamdulillah beliau mendapat nombor satu di dalam kelas dan mendapat markah tertinggi untuk 2 buah subjek iaitu Matematik dan Bahasa Melayu. Sungguh bangga bapa beliau terhadap prestasi anaknya tersebut dan dialog mulalah berlaku :-




Pakcik Bangga : Alhamdulillah! Tahun nih anak aku dapat 3 anugerah dekat sekolah!

Pakcik Anak Pandai : Owh! Hadiah apa?

Pakcik Bangga : Dia dapat nombor satu dalam kelas! Lepas tu dapat 2 hadiah lagi sebab markah matematik dengan Bahasa Melayu dia tinggi dalam kelas.

Pakcik Anak Pandai : Owh! Baguslah tu! Alhamdulillah!

Pakcik Bangga : Anak kau tak dapat apa - apa hadiah ker Abu tahun nih?

Pakcik Anak Pandai : Entahlah Din! Tak dapat lah pula!

Pakcik Bangga : Haih! Kata duduk dalam kelas nombor satu. Takkanlah tak dapat hadiah langsung?

Pakcik Anak Pandai : Entah! Banyak main lah kut budak tu.


Kemudian, kanak - kanak pandai lagi hensem dan kacak bergaya melangkah keluar daripada rumah menuju ke basikal untuk bermain pada petang yang indah itu.


Pakcik Bangga : Hah, Johan! Tahun nih tak dapat hadiah juga ker?

Johan : Hadiah apa pakcik?

Pakcik Bangga : Ialah! Anak pakcik tahun nih dapat 3 anugerah. Pakcik baru balik daripada sekolah nih. Pakcik tak nampak lah pula muka kamu dekat dewan sekolah tadi.

Johan : Owh, saya tak dapat lah pakcik!

Pakcik Bangga : Kata budak pandai! Duduk kelas nombor satu! Takkan tak dapat hadiah! Pandai apa kalau tak dapat hadiah. Hahahaha!

Johan : ..............(malas melayan dan terus naik basikal merayau - rayau)


Apabila tibanya waktu malam sewaktu satu keluarga sedang leka menonton berita jam 8 di hadapan televisyen.


Pakcik Anak Pandai : Kenapa tahun nih tak dapat hadiah lagi?

Johan : Nak buat macam mana. Rezeki tak ada.

Pakcik Anak Pandai : Itulah! Kau banyak main sangat. Tengok anak Pak Din tu. Tahun nih 3 hadiah dia dapat.

Johan : Ialah! Dia kelas nombor berapa? Senanglah dapat hadiah. Johan nih dalam kelas budak - budak yang pandai. Nak masuk dalam 10 terbaik pun susah.

Pakcik Anak Pandai : Habis tu kalau mereka pandai takkan Johan pun tak boleh jadi pandai. Baba hantar pergi tuisyen lah beli buku latihan apa semua tu! Johan main - main ker waktu belajar.

Johan : Haih Baba nih! Baba faham tak hadiah tu ikut kelas. Macam anak Pak Din si Rizal tu! Matematik dia dapat 80 markah dan dia paling tinggi dalam kelas. Johan pula dapat 94 markah tapi sebab ada budak kelas Johan dapat 100 markah jadi Johan tak dapatlah anugerah tu. Kalau Johan berada dalam kelas si Rizal tu mesti lah Johan dah lama dapat hadiah.

Pakcik Anak Pandai : Kamu tu asyik tengok orang buat apa. Kamu tu dah tahu dapat 94 markah bagilah dapat 100 markah. Jangan tengok orang lain jer.

Johan : Habis tu yang Baba banding - bandingkan Johan dengan anak Pak Din tu kenapa? Samalah juga macam Baba cakap tadi. Jangan Tengok Orang Lain!

Pakcik Anak Pandai : Hah! Cakap sikit melawan! Cakap sikit melawan! Ingat dah pandai sangat lah tu! Baru besar lidi dah pandai melawan cakap orang tua!

Johan : Tension lah macam nih! Sudahlah! (terus masuk bilik dan hempas pintu kuat - kuat)

Pakcik Anak Pandai : Tengok tu! Apa nak jadilah budak - budak zaman sekarang. Perangai makin kurang ajar!




Apabila tibanya hari persekolahan maka bermulalah dialog ini....


Raveena : Kenapa monyok jer nih Johan?

Johan : Aku geram dengan Baba aku. Asyik nak marah aku jer!

Raveena : Kenapa dia marah kamu?

Johan : Ialah! Dia marah aku tak dapat sebarang hadiah untuk tahun nih. Aku tak kisah sangat lah pasal dia marah tu tapi aku geram kenapa dia nak membandingkan aku dengan si Rizal tu.

Raveena : Rizal yang duduk kelas nombor 4 tu ker?

Johan : Yer lah! Tahun nih kan Rizal tu dapat 3 hadiah tapi kelas dia nombor berapa? Kelas kita nombor berapa? Kalau aku duduk dalam kelas dia pun mesti aku boleh dapat lebih daripada 3 hadiah. Baba aku tak faham semua tu. Yang dia tahu asyik kritik aku jer.

Raveena : Sabarlah Johan! Tak baik marah - marah! Ayah kamu juga! Biasalah tu! Dia sayang kamu! Dia nak kamu berjaya! Janganlah ambil hati!

Johan : Entahlah Veena! Saya rasa usaha saya selama nih sia - sia. Tak rasa pun ada orang pandang. Ingatkan baba dengan ummi nak bagi sokongan tetapi lain yang saya dapat. Asyik kritik, kritik dan kritik. Tension saya Veena! Penat - penat belajar macam nak gila tetapi dibanding dengan budak yang tak sepatutnya. Kadang - kadang tu rasa macam nak lari jer dari rumah!

Raveena : Sabar - sabar! Jangan buat macam tu. Tak baik. Kesian keluarga kamu! Dah lah tu! Jom saya belanja kamu makan! Jangan sedih - sedih yer!

Johan : Terima kasih Raveena! Nasib awak memahami perasaan saya! Kan bagus kalau baba dan ummi saya macam awak!


Kisah Diolah Berdasarkan Pengalaman 
4-5 Orang Pelajar Yang Pernah Mengalami Situasi Ini


Jadi, aku sangat kasihan melihat rakan - rakan aku yang bernasib sebegini diwaktu dahulu. Bagi aku sebagai ibu bapa jangan terlalu mendesak dan cuba memberi sedikit penghargaan kepada anak masing - masing dan cuba memahami situasi anak - anak mereka sendiri. Kadang - kadang kerana perkara macam nih lah boleh buat anak - anak itu mengalami tekanan perasaan atau berfikir yang ibu bapa mereka tidak menyayangi mereka atau pun tak pernah menghargai usaha mereka.

Bukannya tak boleh marah. Bukannya tak boleh nasihat. Tetapi, jika dilihat berdasarkan situasi di atas janganlah membanding anak sendiri dengan anak orang jika situasinya sedemikian. Sangat tidak adil terhadap usaha anak anda selama ini dan hasil usahanya dibandingkan dengan orang yang tidak patut dijadikan sebagai perbandingan.

Apa - apapun, semoga entry kali ini mampu membuatkan kita terutama ibu bapa terfikir jika mereka ada melakukan perkara yang sama terhadap anak - anak mereka. Memang ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak - anak mereka tetapi kadang - kadang cara mereka yang tidak kena manakala anak pula tidak sedar dan tidak suka dengan gaya ibu bapa mereka yang sentiasa mengkritik mereka lalu mulalah terjadi pelbagai gejala sosial seperti sekarang ini jika pelajar terbabit terlalu ikutkan hati mentah mereka itu gara - gara perasaan marah.





Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!


20 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. aku harap aku blh jd ayah yg baik satu hari nanti

    BalasPadam
  2. aku setuju.aku harap ada la ibubapa sanak saudara baca entry kau ini..tak apa..akan ku suruh ibubapa baca entrymu ini melalui sebaran melalui blogku...

    sebenarnya kan..aku pun pernah alami situasi ini.kelas pandai dgn kelas xpandai lain..

    tp kan..ibubapa kdg2 nk anugerah je spya masyarakat tahu bhawa anak dia pun PANDAI. tp dia sendiri tak tahu kepandaian anak dia..


    ops! komen tidak puas hati ke nie?

    entah la..kdg2 anak2 tak paham yg kita sayangkan mereka...heheh..

    atau

    kdh2 makbapak tak paham yg anak2 sudah berusaha sepayah mungkin.

    entah la... huhu

    BalasPadam
  3. Faiz : insyaallah boleh punya

    Amirul Izzat : nasib ko memahami apa aku nak sampai dalam entry aku nih..thanks...

    BalasPadam
  4. sebagai ibubapa tak perlulah terlalu membandingkan anak sendiri dengan anak orang lain. setiap anak-anak itu potensinya berbeza, jadi hargai dan kembangkanlah potensi yang sedia ada anak-anak tu.

    BalasPadam
  5. masing 2 ada kelebihan dan kelemahan masing2,,,buang karen jek kalau nak bandingkan dengan anak orang lain,,jadilah ibubapa yang memahami,, :)

    BalasPadam
  6. budak yang nama johan tu ko kot? hahahaha

    aku pun pernah dapat benda camni!!! uhh! agak tak best bila d bandingkan dengan dak kelas sebelah.. padahal aku dapat markah lebih tinggi.

    BalasPadam
  7. aku suka perenggan terakhir.. hihihi..

    dah boleh buat kaunseling untuk ibu bapa ko ni.. ;)

    BalasPadam
  8. gua pernah berada dalam situasi ni.

    yup. gua setuju. memang gua stress gilak.

    tapi gua tak senyap je - one day, gua terus suarakan apa gua rasa kat parents gua.

    since that day, parents gua dah tak quote/bandingkan gua dengan anak orang lain.

    pada gua, bebudak yang konon2 skor gila babat ni takde life. hidup dia orang tersekat dek perangai mak bapak yang mendesak dan demanding. last2 bila dah tak tahan sangat, dia orang ni protes.

    bila protes, paham2 sendiri lah apa jadi.

    personally, gua blame the whole education system in Malaysia. It's exam oriented and it keeps on producing useless nodding muppets.

    semua kira A je, life's skill? kosong. illek. zero.

    p/s:
    remember Sufiah Yusuf?

    BalasPadam
  9. haiyohh...sgt sedey tgk nota itu...sis pun dah ade anak berskolah ni,kalo buleh tamau la kasik depa stress kan?biar mereka blaja dgn kesedaran sndiri..kita dorong dr blakang...

    p/s: wahai pembaca2 budiman lagi setia di blog Hans ni, moh leee join contest baek punya ni.Ada peluang menang DOMAIN FREE 2 THN tawu ? Cepat,penyertaan masih belum ramai,can nk menang terbuka luas ! cabutan bertuah pun ada ! KLIK SINI UTK JOIN CONTEST "SIAPA MAHU DOMAIN PERCUMA?"

    BalasPadam
  10. aku rasa ramai yang selalu jadi macam ni. aku dulu pun pernah merasa. tapi memang tak adillah nak banding2kan anak sendiri dengan anak orang lain.

    ayat:
    "orang lain boleh buat, kenapa kau tak boleh??"

    boleh jadi up kan moral anak tu, or boleh buat anak t down..

    BalasPadam
  11. dulu yer laa ayah2 mak2 pandang hadiah. sekrang mak2 ayah2 pandang A plak. hehehe. takde dah hadiah2 ni. kakaka.

    BalasPadam
  12. aiseymen.....touching la plak...macam citer aku tak bodoh plak...hehe....suke last pic tu ;)

    BalasPadam
  13. heh , bapak aku lain cerita ... aku dapat no2 kat kelas no3 pun dia marah... kalau duk kelas no2 dapat nom belas-belas pun dia marah lagi..

    BalasPadam
  14. alhamdulillah, ak tak pernah alami benda macam ni
    tp, bila mengamati kisah2 macam ni
    apa yg pasti, ak yakin perlakuan membandingkan anak sendiri dgn anak org lain mendatangkan sedikit kesan buruk terhadap emosi/psdikologi anak-anak

    rasany, lebih baik bagi semangat utk terus cemerlang berbanding compare dgn pencapain org lain dan marah2

    nice story bro

    BalasPadam
  15. sama je macam makbapak aku. jenuh jugak nak pahamkan dorang yang sistem pemarkahan kita ni bukan macam dulu2.

    BalasPadam
  16. setuju dengan pinky lucia. sekarang pandang A. takde hadiah2 lagi. ;)

    BalasPadam
  17. Compile semua cerita, publish di MPH.
    Semua cerita yang ditulis memang best.

    BalasPadam
  18. Cerita yang bagus nilainya. Janganlah sesekali melukakan hati anak dengan banding-bandingkan anak dgn anak orang lain. Demi Allah, kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama