Kenapa Kau Pakai Baju Warna Merah Nih? Kau Tak Takut Dengan Si Connie Ker?

Assalammualaikum dan apa khabar semua pembaca H.P.B Blog? Wah, aku rasa macam dah formal pula sebab awal - awal tanya khabar kan? Hehehehe! Sebelum tu aku nak berkongsi kegembiraan aku pada pagi tadi sebab aku mendapat satu sampul pos laju berisi Pendrive Jenama Kingstion 4GB yang dihadiahkan oleh Kak Lina atas kemenangan aku dalam contest yang dianjurkan beliau. Masalahnya aku dah lupa contest apa aku masuk jadi harap Kak Lina boleh bagitahu saya contest apa yang saya join. Banyak sangat contest aku join sampai dah lupa. Hahahaha!




Hari ini juga adalah hari keputusan PMR diumumkan dan tahniah lah kepada mana - mana pelajar yang berjaya mencapai misi atau sasaran anda. Apa - apapun korang semua kena ingat ini bukan kejayaan mutlak kerana masih banyak lagi benda yang korang kena lalui. Kepada yang kurang bernasib baik tu jangan pula putus asa kerana ini bukannya penamat hidup korang sebab masih banyak lagi peluang yang bakal menyusul di masa akan datang. Kamu semua kena ingat dalam hidup ini setiap hari kita belajar benda yang baru dan tidak semestinya apabila kita berjaya maka kita akan sentiasa berjaya dan begitulah sebaliknya. Yang penting jangan berhenti untuk berusaha yer! Apa - apapun, tahniah lagi sekali buat semua! Petikan daripada pelajar - pelajar cemerlang di televisyen :-




Pelajar 1 : Saya tak sangka saya dapat 8A! Memang tak sangka!

Pelajar 2 : Alhamdulillah! Berkat ketekunan saya belajar saya berjaya mendapat 9A!

Pelajar 3 : Terima kasih kepada guru - guru dan rakan - rakan serta ibu bapa kerana tanpa mereka tak mungkin saya dapat masuk televisyen kerana mendapat 8A!

Pelajar 4 : Saya ulangkaji 7 jam sehari! Buat ulangkaji! Soalan - soalan peperiksaan tahun lepas! Pergi tuisyen! Alhamdulillah! Saya berjaya mendapat 8A!


Aku sebenarnya teringin nak dengar satu ayat nih dekat televisyen tetapi rasa - rasanya macam tak pernah dengar lagi atau mungkin si wartawan tak berjumpa dengan pelajar macam nih :-




Pelajar Imaginasi : Rahsia kejayaan saya? Entah! Saya tak ulangkaji pun! Kerja sekolah pun tak buat! Kadang - kadang saya ponteng juga kelas! Cuma bila cikgu mengajar tu memang saya fokus! Alih - alih dapat 9A! Memang cool kan?


Heheheheh! Tapi setakat nih aku tak pernah dengar lagi lah dekat televisyen sebab selalunya setiap tahun sama jer. Okaylah! Berbalik kepada tajuk entry ini iaitu berkenaan Baju Warna Merah dan Siapa Si Connie tu? Hah, kalau nak tahu Si Connie tu adalah seekor lembu jantan yang sangat comel yang suka makan rumput berwarna hijau di laluan rahsia pejalan kaki berdekatan sekolah lama aku dulu.




Sebab aku tak ada duit nak naik teksi dan tak pernah pun naik teksi sepanjang belajar dekat Kangar dulu jadi memang alternatif utama sama ada aku sihat atau tidak pun mestilah aku terpaksa berjalan kaki menuju ke stesen bas Kangar yang kecil tu. Hohoho! Tapi, kalau mengikut jalan yang betul sahaja tanpa menggunakan jalan - jalan pintas a.k.a shortcut memang boleh tercabut kaki kau sebelum sampai dekat stesen bas tu jadi memang kena guna jalan pintas. Hehehehe!

Nak ditakdirkan cerita dekat satu jalan pintas nih mesti ada seekor lembu yang ditambat di pokok oleh tuannya. Lembu nih memang garang. Pantang nampak orang berjalan mesti mata dia asyik melihat dan mengikut jer gerak gerik orang tu. Fuh! Seram beb sebab bila teringat kisah manusia dikejar atau ditanduk lembu sampai mati tu memang bikin hati aku nih cuak gila.




Korang pernah dengar tak cerita yang lembu tak suka warna merah dan jika dia nampak sesuatu berwarna merah dia akan kejar sampai dapat. Pernah dengar tak? Aku pernah dengar tetapi kesahihan dia tu belum dapat dipastikan lagi. Entah betul entah tak tetapi dah bila ramai sangat yang bercakap sedikit sebanyak memang dah buat aku percaya dan seboleh - bolehnya aku tak akan pakai baju warna merah. Nak dijadikan cerita pada satu hari Jumaat selepas solat Jumaat tu adalah hari balik rumah. Aku terpakai baju yang ada warna merah tanpa aku sedar. Bila dah setengah perjalanan tu barulah sedar aku tersalah memilih baju dan ditakdirkan pula Si Connie tu ada pula dekat situ. Mati aku!




Kawan - kawan aku dah gembira macam syaitan dah takut - takutkan aku nih dan apa yang membuatkan aku anggap mereka lagi kejam dari syaitan pada hari itu ialah mereka sengaja berlari - lari sambil menjerit - jerit melintasi si Connie yang sedang tidur terbaring kekenyangan tu. Mentang - mentang waktu tu aku gemuk macam peserta Biggest Loser memanglah aku takkan berlari kan! Kemudian si Connie tu tiba - tiba jer bangun! Mak aih! Matilah aku! Dah kenapa kau bangun pula nih! Lepas tu kawan - kawan aku gelakkan aku daripada jauh! Aku pula terkaku dekat tempat aku berdiri tadi sambil berfikir :-

  1. Aku nak berjalan macam biasa konon - konon anggap diri aku Hollow Man ker?
  2. Atau aku nak berpatah balik dan pilih jalan yang jauh?
  3. Atau aku kembali ke asrama dan tinggal seorang diri bersama jin dan hantu di sana?

Hahahaha! Memang aku berbelah bahagi gila! Akhirnya aku ambil keputusan memberanikan diri berjalan ke depan juga. Tiba - tiba Si Connie nih mendengus - dengus jadi aku patah baliklah! Huh! Dah beg baju aku berat! Tak guna punya Connie! Lepas tu adalah kawan aku yang masih berhati mulia kembali dekat aku dan memberanikan aku untuk melangkah. Tunggu kejap si Connie tu relaks lepas tu kitaorang pun berjalanlah laju - laju. Mungkin sebab Si Connie nih tahu aku cuak dengan dia waktu tu jadi dia tiba - tiba saja dia bergerak ke arah aku sambil mendengus. Uwaaaaaaaaaaaaa....Lariiiiiiiiiiiiiiiii!
 



Memang langkah seribulah aku waktu tu! Entah dari mana kekuatan yang aku dapat waktu tu sebab aku lari laju gila daripada kemampuan aku sebelum nih. Memang kawan - kawan aku gelakkan jer lah aku walaupun mereka pun sama - sama berlari juga. Nasib si Connie tu kena tambat waktu tu. Kalau tidak tak tahu apalah jadi dekat aku hari tu. Hahahhaha! Hilang berat aku berkilo - kilo macam si Nai dalam Biggest Loser tu sebab berlari sekuat hati menyelamatkan nyawa daripada ditanduk si Connie!




Sejak hari itu, aku tidak lagi berani memakai baju yang mempunyai unsur - unsur berwarna merah sewaktu hari balik ke rumah atau sewaktu hari pulang ke hostel kerana laluan itu adalah laluan wajib yang harus di lalui! Apa - apapun, aku puas hati sebab Si Connie tu mesti sekarang dah tak wujud sebab dah jadi daging korban. Hohohoho!

Okaylah! Panjang pula aku menaip! Sekarang entry aku panjang - panjang kan? Tak kisah sebab sehari satu atau dua entry jer pun. Jadi, sempatlah kejar kan? Hehehehe! Selamat malam! Eh, malam nih malam apa? Malam Jumaat? Jeng Jeng Jeng!(bunyi serigala)


Nak Laptop Percuma?
Click Gambar Dibawah Untuk Ke Link Contest!


33 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. hollow man tak pakai baju der.... hahahahaha

    BalasPadam
  2. Wah. Nai itu tough.. Kikiki.. :p

    Hans, aku pernah berucap laa mase aku dapat result PMR dolu-dolu.. Sikit lebih kurang macam tu laa speech aku.. Keh keh keh..

    BalasPadam
  3. pjg entry connie kao. adik sedara ak dpt 8A, cerdik tul budak zmn skang

    BalasPadam
  4. lembu buta warna la hans..hahahha

    BalasPadam
  5. har3 !siap ada the biggest loser tuuu.lawak ko ni hans ;p

    BalasPadam
  6. kaler merah mmg faveret si connie..haha ~

    BalasPadam
  7. eh, jelesnyer dengan peserta biggest loser tu. aku pown nak body mcm tu

    BalasPadam
  8. alhamdulillah dah dpt ek hadiah tu...sbenonye bukan contest tp pengkomen terbyk tp sbb dah lama tu yg hans x ingat kot...malu sbenonye lambat bangat bg hadiah...minta maaf byk2 ye hans...pas ni mmg kene prepare klu buat giveway ke apa supaya x lmbat sgt2 cam ni...tahniah n skali lg minta maaf yer :)

    BalasPadam
  9. wahh..
    eh thumb drive kte sama sebijik,lame dah berjasa

    BalasPadam
  10. nak cmmnt pasal PMR tu.. tak pernah dengar kan??

    budak kelas aku..
    kaki ponteng..
    selalu datang lmbat..
    dalam perhatian cikgu..
    selalu jugak la langgar larangan.. harini..
    amik result dye dapat...
    7A!!!

    BalasPadam
  11. eh beasu nye lombu ! ke...teknik fotografi yg menipu mataku?

    wah dah berjaya buat kotak tukaran banner..tahniah2

    BalasPadam
  12. merah 2 menawan gak..sal lembu 2 ak pun x pasti..xsanggup nk try.. eh nai 2 best.. smart gile body dia..

    BalasPadam
  13. pergh Nai tu..dari besar ke tough terus..giler la

    BalasPadam
  14. ok, saya nak komen sal result PMR tu kan. hm, as a teacher, saya kurang rasa happy sangat, even peratus naik sebab tak sampai 10 orang students yang ucap terima kasih kat saya. bukan nak sangat, tp i dont know lah nak cakap camne, nilai kemanusiaan kurang lah

    BalasPadam
  15. hahah mgkn Connie tu nk mintak otograp ko kot hans :p

    BalasPadam
  16. kat atas bace gelak guling2.. haha...
    sklai smpy bwah... ade ketakutan disitu.. huhu

    BalasPadam
  17. maybe lembu tu suka lelaki yang hawt :) merah kan hot hehe

    BalasPadam
  18. ada gak dga cite psl lembu x suke warna merah..org dulu2 kata sbb lembu tu bygkan tu darah die..x tau btl ke x..pandai2 je deme tu..huhuhu


    p/s: jom join segmen ni... 200 blog oleh BEN

    BalasPadam
  19. ada jugak lembu nama connie...sungguh moden dan kontemporari pemiliknya itu...

    BalasPadam
  20. tahniah cz dpt pendrive.....sronok2..

    lembu suka warna merah kot...

    BalasPadam
  21. entry yg bagus ni...
    wartawan dok fokus yg cemerlang je...bosan la abg eq!

    BalasPadam
  22. doktor yang ubat mak kawan aku kata, warna baju ikut hari :-

    isnin =putih
    selasa=purple/pink
    rabu=biru
    khamis=oren/kuning
    jumaat=hijau
    sabtu=merah
    ahad=hitam

    kelebihannya aku lupa la hihihi

    BalasPadam
  23. hahaha,,lembu memang,,ngeee

    BalasPadam
  24. owh..

    jadi betullah lembu anti ngan warna merah ?? haha..

    BalasPadam
  25. merah?gua suke.haha.
    speech last yg lu xpnh dgr tu gua da penah ucap.cume xmasuk tibi jek.haha

    BalasPadam
  26. hans bagi la aku pendrive. aku punya dah nazak :(

    BalasPadam
  27. Hans berkata : berkenaan ayat pelajar imaginasi tu..bukannya ku tak pernah dengar...selalu jer ku dengar...cuma ku tak pernah dengar or tgok keluar lagi dekat tv..itu jer...

    terima kasih pada semua yang sudi komen..terhibur saya membaca komen2 kamu semua.. (^_^)Y

    BalasPadam
  28. ak pun pernah kena..masa itu baru blik dri masjid. pakai baju melayu merah.

    masa ak lintass lembu tu, dia pandang semacam je. ak wat dek la..bila lalu depan dia..tiba-tiba dia kejar ak..

    pastu ak kayuh ar basikal ak...(arah yg dituju ke arah longkang)..

    puk! tersalah benteng..berselrak ak atas jalan..koyak baju melayu aku..

    lembu pulak terus mara je hadapan...

    sejak dri itu, ak tak beli dah baju warna merah.... huhu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama