Kisah Dongeng Telefon Awam Dan Telefon Bimbit

 Drama:
Kisah Dongeng Telefon Awam & Telefon Bimbit

Pelakon:
Telefon Awam

Telefon Bimbit

Pemuda

Pada suatu ketika, si telefon awam amat terkenal di kalangan pengguna - pengguna setianya yang sentiasa datang mendapatkan khidmatnya tidak kira siang mahu pun malam. Sebut sahaja bila pasti akan ada manusia yang sanggup beratur panjang semata - mata untuk menagih khidmatnya yang cukup penting ketika itu.

Namun zaman kian berubah dan akhirnya ketakutan yang selama ini selalu dimimpikan oleh si telefon awam menjelma jua. Telefon bimbit sudah dilahirkan di dunia ini. Makin hari makin ramai orang yang mula melupakan jasa telefon awam manakala si telefon bimbit pula begitu bangga kerana dirinya kini dipandang hebat oleh semua manusia di dunia ini.

Maka pada suatu hari berlakulah perbualan antara telefon awam dan telefon bimbit.


Telefon Bimbit : Hoi benda tak berguna! Kau tak rasa bosan ker asyik berada di tempat yang sama jer?

Telefon Awam : Aku telah dicipta begini! Aku bukan seperti kau boleh bergerak kemana sahaja bersama tuan kau!

Telefon Bimbit : Hahahaha! Aku rasa kau nih macam menyemak jer dekat sini! Bukannya ada manusia mahu gunakan kau lagi! Manusia sekarang semuanya memilih aku untuk menyelesaikan segala urusan mereka. Kau lihatlah pemuda ini! Dia begitu menyayangi aku! Kemana dia pergi pasti aku akan dibawanya bersama. Kau? Hahahaha!

Telefon Awam : Tak apa! Aku akan sentiasa menanti! Aku masih percaya ada lagi manusia mahu menggunakan khidmat aku!

Telefon Bimbit : Hahahaha! Omong kosong lah kau! Gue udah capet bangat mendengar harapan kau itu!

Telefon Awam : Owh! Kau berasal dari Indonesia?

Telefon Bimbit : Alamak! Erkk! Tak lah! Saja jer aku berkata -kata begitu! Sudahlah telefon awam! Percayalah cakap aku! Kau sudah tidak berguna! Hanya tunggu masa sahaja untuk semua manusia - manusia itu datang untuk musnahkan kau!

Telefon Awam : Kenapa kau berkata begitu? Kau lihatlah sekeliling! Bukankah banyak manusia disini! Mesti salah seorang daripada mereka akan datang untuk mendapatkan khidmat aku!

Telefon Bimbit : Adakah kau buta? Atau cuma menyedapkan hati kau? Kau lihat sekeliling kau! Semuanya mempunyai telefon bimbit! Mana mungkin mereka mahu menggunakan kau yang tidak berguna itu!

Telefon Awam : ........Sob...Sob....Sob!

Telefon Bimbit : Hahahaha! Menangis? Tak tahu malu! Baiklah! Moga kita berjumpa lagi wahai telefon yang tak berguna! Eh, aku rasa nanti mesti aku dah tak akan berjumpa kau! Hahahahaha! Selamat tinggal!

Air Mata Telefon Awam

Gara - gara hinaan si telefon bimbit maka siang dan malam pasti telefon awam sedih mengenangkan tentang hal tersebut. Tanpa sedar si telefon awam telah termakan kata - kata telefon bimbit tadi.


Telefon Awam : Aku memang tidak berguna! Aku memang tidak berguna! Tak ada siapa lagi mahu menggunakan aku! Tiada siapa lagi yang memandang aku! Aku benci diri aku! Aku lemah! Aku tak ada kelebihan seperti telefon bimbit! Aku memang tak berguna!

Telefon Awam Rasa Dirinya Tidak Berguna

Begitulah ucapan yang diungkapkan oleh telefon awam sehari - hari hinggalah pada suatu hari dia didatangi oleh seorang pemuda yang sama pada hari itu. Telefon awam mula risau kerana dia tidak sanggup lagi berjumpa dengan telefon bimbit kerana dia pasti akan mendengar hinaan yang begitu menyakitkan hati dan jiwanya.


Pemuda : Tak guna punya telefon! Waktu - waktu macam nih lah kau buat hal! Rosaklah! Bateri kong lah! Hari tu baru jer aku tukar bateri. Rosak pula! Memang tak berguna!

Telefon Bimbit : Sob Sob Sob!

Telefon Awam : .......(Terkejut)

Pemuda : Haih! Nasiblah ada telefon awam dekat sini! Dapat jugalah aku nak telefon mak ayah aku! Fuh! Syukur - syukur!

Telefon Bimbit : Sob Sob Sob!

Telefon Awam : Kenapa kau menangis wahai telefon bimbit?

Telefon Bimbit : Kau tak dengar atau saja - saja buat tak dengar? Suka lah kau kan aku diperlakukan sebegini oleh pemuda bedebah ini?

Telefon Awam : Apa maksud kau?

Pemuda : Fuh! Dah settle urusan aku! Terima kasih telefon awam! Jasa mu aku kenang! Huh! Telefon bimbit nih! Lepas nih aku nak campaklah! Beli baru lagi bagus!

Telefon Awam : Eh, bukankah sebelum ini kau kata pemuda ini sayang sangat pada kau?

Telefon Bimbit : Aku sudah rosak! Aku sudah tidak disayangi lagi oleh tuan aku!

Telefon Awam : Itulah! Sebelum nih kau cakap besar! Suka menghina! Suka bangga diri! Lihatlah apa jadi pada kau sekarang? Kata - kata hinaan kau dulu sudah kembali kepada kau!

Telefon Bimbit : Sob..Sob..Sob! Aku menyesal! Aku menyesal!

Pemuda : Selamat tinggal wahai telefon bimbit ku! Kau sudah tidak berguna kepada ku! Tempat kau sekarang adalah di dalam tong hitam nih. Selamat tinggal!

Telefon Bimbit : Tuannn! Jangan tinggalkan akuuuu! Sudah lupakah kau akan jasa - jasaku? Tidakkk!


Pemuda itu berjalan meninggalkan si telefon bimbit yang dibuangnya di dalam tong sampah hitam yang berada bersebelahan telefon awam sebentar tadi. 

Telefon Awam : Wahai telefon bimbit! Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada kau!

Telefon Bimbit : Kenapa? Kau gembira aku dibuang di dalam tong busuk ini? Atau kau mahu menghina aku lagi?

Telefon Awam : Tidak! Kau telah menyedarkan aku pada satu perkara yang selama ini aku sendiri tidak sedari.

Telefon Bimbit : Maksud kau?

Telefon Awam : Kini aku sedar bahawa sesiapa pun kita ini tidak kira kita ini hebat atau lemah, pandai atau bodoh, kaya atau miskin atau apa - apapun tetapi sebenarnya kita masih mempunyai nilai yang tinggi serta mempunyai kebolehan atau kemampuan untuk berjasa kepada orang sekeliling kita.

Telefon Bimbit : Maksud kau sebenarnya apa?

Telefon Awam : Walaupun fungsi aku hanya mampu memberikan manusia peluang untuk bercakap sahaja tidak seperti kau yang boleh menghantar sistem pesanan ringkas atau mengambil gambar namun di saat manusia memerlukan aku maka aku berpeluang memberikan yang terbaik dan akan diingati serta dihargai oleh manusia itu selama - lamanya. Aku cukup gembira. Terima kasih sekali lagi telefon bimbit kerana menyedarkan aku walaupun aku ini tidaklah hebat mana tetapi aku masih mempunyai nilai di mata manusia itu!

Telefon Bimbit : Sob Sob Sob!

TAMAT

Walaupun sesiapa pun kita atau sebijak dan sehebat mana pun kita tetapi janganlah sesekali memandang rendah keupayaan orang lain kerana kadang - kadang kehebatan orang itu pada perkara lain dan pada suatu masa mungkin kehebatan orang itu seribu kali lebih bagus daripada kita dan akan menenggelamkan kehebatan kita selama ini.

Tiada siapa di dalam dunia ini yang dirinya tidak bernilai kerana semestinya kita semua mempunyai nilai yang tinggi. Jangan sesekali kita jatuh hanya kerana kutukan kerana sebenarnya kita mampu berikan benda yang lebih baik yang orang lain tidak mampu berikan.

Mungkin kadang - kadang kita rasa kita tahu semua perkara dan jika boleh semua benda yang kita tahu itu kita mahu buat seorang diri tetapi sebenarnya ada orang lain yang lebih hebat dan perlu diberi peluang. Janganlah kita bersikap tamak. Jangan terlalu membangga diri kerana nanti ia akan memakan diri anda kembali.

Apa - apapun, yakinlah pada diri sendiri kerana kita semua ini mempunyai nilai dan nilai itu  sememangnya tinggi! Gunakanlah nilai itu untuk mencorakkan diri kita ke arah positif dan menuju ke ambang kejayaan. Semoga terhibur dengan kisah dongeng ini.

41 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. penuh pengajaran kt sini walaupun panjang.. boleh dititipkan menjadi cerita pendek cm sang kancil dan kura-kura.. hehehe

    BalasPadam
  2. jadikanlah kekurangan yang kita ada sebagai kekuatan untuk kita :)

    BalasPadam
  3. wah
    abg ku jd penglipurlara..
    bagus2!

    BalasPadam
  4. Syabas Hans krana ko berjaya menghasilkan cerpen ringkas bergambo yg byk pengajarannye ni....

    Dunia ni cam roda kan...Kadang kita kat ats, dan kadng kita di bawah...Apapun kejayaan yg kita dpt, jgnlah sesekali mendabik dada dan menongkat dagu...

    BalasPadam
  5. am suka , motivasi kan diri !
    saangat berguna pengajaran ni .

    BalasPadam
  6. btl3. dont judge a book by its cover! nice story hans!keep it up. :)

    BalasPadam
  7. yup
    banyak pengajaran betul..
    sgt terhibur
    dan jangan memandang rendah
    so
    pasni nak pasang telefon awam kat rumah ea
    hehe
    layanss...

    BalasPadam
  8. rajinnya hans buat ceta ne...telepon awam musti sayang kat hans ...

    note: kadang2 aku masi singgah guna telepon awam - selalunya kalu nak skodeng hangit sora org dlm talian supaya tak kena detect number sdiri hahhaaa...

    BalasPadam
  9. wah.
    bagus2.
    nice entry.
    banyak moral value.
    XB

    BalasPadam
  10. the moral value of this story:
    jangan cakap angkuh, dan sentiasa rendah diri dan jangan terlalu bermegah dengan kebolehan yg ada! haha:D nice story!

    BalasPadam
  11. tahniah bro, nice story
    pengajaran bermakna
    konklusi, never underestimate others

    BalasPadam
  12. xrugi baca panjang2.kisah yg ada makna.kdg2 rasa mcm telefon awam tp rupanya mmg ada nilai yg xnmpk.nice setoli

    BalasPadam
  13. wahh,best drama ni:)
    byk pngajaran :D

    BalasPadam
  14. setiap orang punya kelebihan masing2

    nice one!
    :D

    BalasPadam
  15. Cerita yang sangta menarik..pandai ko buat..

    BalasPadam
  16. bagus cerpen ni... MOST jangan cakap besar.. bila sampai saat dan ketika kita semua akan mati kalo benda yang tak bernyawa tu rosak la (kalo peralatan dicipta untuk tidak rosak, semua kilang tutup la)..

    good job...

    like like like

    BalasPadam
  17. kretif jgk cte ko ni hans? hahaa eh! pasal nuff hari tu!! aku nak tanya nnt jawab kt chatbox aku...


    =nuff aku dah lebih 3 bulan x sampai pun?

    =nuff ni dia hantar cek berpalang ke x berpalang? dia pos laju ke?

    BalasPadam
  18. huhu..mmg bez.. ada moral lagi..

    BalasPadam
  19. jd kurgkn beli tlfon bimbit..belilah tlfon awam..hehe

    BalasPadam
  20. hehehe..comel je kisah dongeng ini..heheheh....

    BalasPadam
  21. salam..fulamak! baik punya cerita. aku suka..betuk cakap kau bro. walaupun kita rasa diri kita xdak guna tp masih ada nilai..kan?kan? seperti "kacang yg ketandusan benih."

    BalasPadam
  22. yang penting semua ada kelebihan masing2

    BalasPadam
  23. pandai pulak ko berdialog eh
    ko jadi public phone aku jadi smart phone..hehe

    BalasPadam
  24. cuba tanya balik kat tepon awam tu.. dulu siapa yang mencerca manusia tak abis2 bergayut dengan dia berejam2...? hahahahahahhaha

    BalasPadam
  25. walaupun ada h/phone... public phone ni mmg sgt diperlukan lagi... kdg2 duit top up dah habis, bateri kong ke, line takde ke.... cepat2 cari public phone

    BalasPadam
  26. jangan pandang rendah orang lain yer walaupun kita ada kat atas..

    BalasPadam
  27. penuh dgn moral value..
    suka la...

    BalasPadam
  28. nice entry ;)
    betol tuh..
    dlm hidup tak leh merendah2 kan org laen kan.. kita semua sama je ;)

    BalasPadam
  29. Dah baca, penuh dengan moral, bahasa yang digunakan pun agak menarik, lebih-lebih lagi si hp pakai bahasa indonesia haha :D

    BalasPadam
  30. hans maaf 1 lg aku nk tnya jawab secepat mngkin sbb cek nuff aku dh sampai? cek nuff ni kalau nak suruh mak aku tolong masukan dalam akaun tabung haji aku boleh ke? atau aku sndiri kena pegi letak dalam akaun aku??? cek ni klu suruh org yg tunaikan boleh ke????

    BalasPadam
  31. sgt sgt kretif. congratz! pnuh moral values :)

    BalasPadam
  32. tp bukankah telepon awam lagi vepat rosak kerana dirosakkan oleh manusia2 yg sengal.hehe

    BalasPadam
  33. idup macam roda.... jgn sombong & bongkak... tak tau bila turn kita diuji pulak...

    BalasPadam
  34. aku simpati dengan telefon awam... kekadang sunyi jugak kan jadi telifon awan nih...



    (--")

    BalasPadam
  35. pengajaran bermakna...

    jom baca cerpen sesedap rasa MO...

    jz klik link..tq

    BalasPadam
  36. memang best!! moral of the story : jangan ingat barang lama tu dah tak outdated..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama