Syurga Coklat Dan Gara - Gara Semangat Coklat Buat Aku Merepek Sekejap...Hahaha!

Sekarang tengah layan Lagenda Budak Setan The Series tapi sebab tunggu habis loading dulu jadi sempatlah update kejap! Hohoho! Nampaknya antara sedar dan tidak sudah sebulan aku bercuti di rumah aku sempena cuti semester nih. Fuh! Terasa sekejap jer masa berlalu! Haih!

Result pula dengar khabarnya akan keluar pada esok hari! Entah betul entah tidak sebab kadang - kadang kata sahaja keluarnya pada hari itu tetapi alih - alih ditunda ke hari esoknya! Jika betul pun keluar esok mesti seperti biasa terpaksa menghadapi kelembapan server atau mungkin langsung tidak boleh masuk ke laman portal uitm gara -gara beribu - ribu orang yang mahu tahu keputusan masing - masing. Jadi, aku mengambil pendekatan semak dan jika tidak boleh masuk terus akan cuba pada hari berikutnya. Hahaha! Malas nak berdebar - debar nih! Doakan result aku okay yer! Hopefully semua lulus lah! Amin!

Hah! Sekarang rumah aku nih dah aku ibaratkan seperti syurga coklat. Buka je peti ais mesti stok coklat mencukupi untuk menanggung permintaan perut selama 3 bulan(dah macam bursa saham pula). Hahaha! Setakat nih aku baru makan coklat apa entah dan coklat Daim. Memang lama dah tak makan jadi memang pulun habis lah! Hahahaha! Pernah makan Daim? Hah? Tak pernah? Meh usha wajah si Daim tu.


Daim Memang Sedap


Punyalah sedap lidah nih menikmati kecairan coklatnya! Memukau betul! Hohoho! Memang lepas gian. Tapi kali nih tak ada coklat kesayangan aku berikutan spekulasi kenaikan harga di pasaran seberang laut(dah apa benda lah aku merepek nih).


Coklat Kegemaran Nih


Tapi tak apa kerana masih ada pengubat duka dengan coklat yang selalu juga membuatkan diri ini terawang - awangan apabila deria rasa lidah bertemu dengan rasa coklatnya yang memukau. Aku belum usha habis lagi coklat walaupun aku yang menyimpan coklat tapi apa yang aku perasan coklat bawang ada. Coklat bawang? Bawang pun dibuat coklat? Hahaha! Sebenarnya, aku yang panggil dia coklat bawang sebab dia comel macam bawang! Nak tahu coklat apa? Usha bawah!


Coklat Bawang!


Fuh! Memang kalau aku stress confirm tak lama punya dengan adanya coklat - coklat ini! Muahahahahahaha! Jadi, kerana semangat coklat nih aku pun terus lah mengupdate episod baru siri Antara Dia, Kau Dan Aku (ADKDA) yang sudah lama aku hentikan. Ditambah ada satu dua komen yang tanya bila nak sambung buat aku bersemangat pula la nak sambung. Jadi, insyaallah kalau rajin hari - hari aku akan update episode baru. Ada siapa - siapa tak nak tolong buat banner khas untuk siri ADKDA tu? Kalau ada yang rajin dan sudi nak tolong email lah dekat aku yer.



Sekarang slot lagenda di TV3 dah ada kisah baru - Putera Katak. Memang aku layan sudah drama tu sebab lucu. Hehehe! Berbanding dengan drama sebelum nih Ulek Mayang yang aku tak minat, jadi drama Putera Katak nih memang buat aku gelak jer tambah - tambah Nora Danish memang kiut macam budak sekolah. Hohoho! Ada sesiapa tahu mana nak download lagu tema drama nih? Sedaplah lagu dia! Kalau ada sesiapa yang tahu tolong bagitahu aku yer mana nak download.

Dan tahniah juga kepada pasukan bola sepak Malaysia yang mara ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2010 dan bakal bertemu Vietnam. Aku malas nak kata menang sebab kalau aku kata menang mesti kalah tapi bila aku kata kalah mesti menang pulak. Jadi, untuk separuh akhir aku kata lah pasukan Malaysia kalah supaya boleh menang. Hohoho! Apa - apapun, selamat berjuang!

29 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. aduhai..esok..nak p supermarketla cmni..beli coklat...

    BalasPadam
  2. aku pernha mkn daim sekali jer..

    tapi aku lebih suka kisses... nama coklat pun dah best.. hahah...

    BalasPadam
  3. hans,result kua 10hb. :DD
    harap2 aku lulus dalam sume subjek. amin. takutla :(((

    owh, utk kau juga. insya Allah lulus sume subjek. amin

    BalasPadam
  4. daim xkena la ngan lidah saye.. hehe.. lain2 layan..

    gdluck ye smoga dpt result cemerlang :D

    BalasPadam
  5. maknala cadbury lunch bar..perghh.sedap..

    btw gud luck

    BalasPadam
  6. aku nak choc skit!

    Nora danish memg cute!
    cite tue x tgk lagi..

    Chaiyok2 msia!

    BalasPadam
  7. xpena dgr pon coklat daim tu. hoho

    BalasPadam
  8. - aku pun berdebar2 tunggu result ni. cuak gile. x tenang aku kt rumah...
    - coklat2 kat atas tu semua sedap. tp aku bukanlah penggemar coklat pun. hehe..
    - aku suka gak tgk gak Putera Katak... :D

    BalasPadam
  9. coklat yang kamu tunjukkan tu memang sedap. Kalau lah ada stok dlm peti ais umah akak mestilah naik berat badan.

    tengah layan gak putera katak

    BalasPadam
  10. daim! coklats..uh jelesnya. tabuleh makan nt jerawat attack. all the best result exam nt ye :)
    nora danish mmg tiut

    BalasPadam
  11. coklat bawang tu rasenye paling sedap antare tuge tige tu.huhu.
    putera katak memang best. kelakar gile citer die.haha

    BalasPadam
  12. gudluck 4 d result...

    eceeehh...naaakkk coklat sikit....hehe.. =)

    *baru jumpa comment box..haha

    BalasPadam
  13. nak coklattt~!

    eh gudluck yer untuk result yang bakal keluar tu
    moga cemerlang semuanya
    insyaAllah

    BalasPadam
  14. kalau g IKEA mesti cari DAIM tuh...

    BalasPadam
  15. seronok la kau cuti panjang ni yer...suka gak coklat ferero tu

    BalasPadam
  16. hahahah
    aku ad daim kt sini
    ;P

    owh aku igtkan citer puteri oh haritu pernah der bukak kt cafe
    tapi pelik jgak awat ad katak xD

    tapi dia xgeli pun pgg katak tuh
    hahaha mmg hebat lah ;D

    BalasPadam
  17. nak coklat jugak,bestnye ,,,nk kne soh dak lgkwi blikan nieh,,ahaha
    cte putera katak tu lawak je,,ahahha

    BalasPadam
  18. hans..xpnah lagi tgk cite tuee..haihh...ost lagu tue xde ke masa pengakhiran cite masa dia tunjuk nama2 plakon tue..mst ade kt situ..

    nak jgk org buatkan banner...hmmm

    BalasPadam
  19. apsal Toblerone tak ada dalam senarai?

    coklat daim tu sekejap je aku makan haha..ingatnak hisap tapi mesti aku akan kunyah terus

    BalasPadam
  20. Daim rasa macam kueh raya !! seronok !

    BalasPadam
  21. oke ! KISSES mmg super duper hipster best sgtsgt ! huwaa ! lame dah tak melantak kisses ni ..ya ampun !! *emosi terlebih

    NORA DANISH ! puteri katak yang cumel . huwaaa :D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama