Tolong Belikan Topup! Penting Nih!

Kisah 1




Pada suatu petang yang indah sedang Pakcik Razman leka membaca surat khabar sambil bersandar pada sebuah kerusi malas yang memang malas tiba - tiba telefon bimbit Nokia model 3310 milik beliau berbunyi menandakan masuknya sistem pesanan ringkas a.k.a sms ke dalam telefonnya itu.

Razman menghentikan sebentar bacaannya pada ruangan hiburan yang memaparkan kisah artis Lisa Surihani lalu mencapai telefon bimbit di sebelahnya. Dia membaca sms terbabit dan kemudian dia ketawa terbahak - bahak dengan nada yang cukup kuat. Cucu beliau, Naima yang sedang leka menonton rancangan Sponge Bob di siaran TV9 pula terasa terganggu dengan ketawa atuknya itu lantas pergi menjenguk atuknya di halaman rumah.


Naima : Amboiiii atuk! Ketawa sakan nampak? Atuk menang loteri ker?

Razman : Hishhh! Ada pula atuk menang loteri! Kan berjudi tu haram!

Naima : Habis tu? Yang atuk nampak gembira sangat nih kenapa? Pelik dah Naima tengok gelagat atuk hari nih!

Razman : Atuk dapat satu sms nih! Sms nih lucu sangat lah! Atuk tak tahan sebab tu atuk ketawa! Lawak betul sms nih!

Naima : Sms apa atuk yang lawak sangat tu?

Razman : Cucu nak tahu ker? Kejap! Cuba cucu baca nih!

Naima : Erk! Patutlah atuk ketawa. Hehehehe!

Razman : Hahahaha! Itu yang atuk ketawa macam nak mati tu. Kalau moyang kau ada lagi pun belum tentu dia tahu macam mana nak hantar sms. Telefon bimbit pun dia tak pernah tengok. Hahahaha!

Naima : Ish, atuk nih! Ketawa tu ketawa juga tapi janganlah ketawa banyak sangat. Tak baik tau atuk!

Razman : Hahahahah! Sumpah sms nih lucu! Hahahahaha!



Kisah 2




Mak Leha sedang leka memasak di dapur dan tiba - tiba telefon bimbitnya yang bernada dering lagu Kuch Kuch Hota Hai itu berbunyi tanda sms telah diterima. Mak Leha pun cepat - cepat mengambil telefonnya itu dan membaca dengan sepantas mungkin. Tidak berpuas hati Mak Leha membaca lagi berulang kali dan akhirnya Mak Leha menangis. Anaknya si Megat yang perasan emaknya menangis pun bertanya kepadanya kenapa beliau menangis.


Megat : Nih tak ada angin tak ada ribut tiba - tiba mak menangis nih kenapa?

Mak Leha : Pasal sms nih lah Megat! Sampai hati mereka hantar sms bukan - bukan macam nih dekat mak! Sob Sob Sob!

Megat : Sms apa sampai mak menangis macam nih?

Mak Leha : Siapa yang hantar sms nih memang biadap! Kalau mak dapat memang mak cincang orang tu lepas tu mak blender dengan cili. Geram mak! Sob Sob Sob!

Megat : Bak sini telefon tu. Megat nak baca sms apa yang buat mak sampai emosi macam nih.

Mak Leha : Nah! Baca!

Megat : Owh! Patutlah mak marah sangat!

Mak Leha : Mana mak tak marah! Nenek kau dah lama dah meninggal! Suka hati jer diorang main - mainkan perasaan mak! Sob Sob Sob!

Megat : Sabar mak sabar!


Korang nak tahu kenapa Pakcik Razman ketawa dan Mak Leha menangis lepas baca sms tu? Ini dia butiran sms yang mereka terima daripada seseorang yang tidak dikenali identitinya.


"Tlg belikan Ayah topup RM50. Ni No bru Ayah. 
0178398723 ayah lg ad maslah kat blai polis. 
tak pyah dlu tlpn, nnti ayah tlpn. cpt"

-Sms Yang Diterima Pakcik Razman-



-Sms Yang Diterima Mak Leha-


Sindiket Penipuan SMS Yang Terjadi Baru - Baru Ini


Jadi, diharapkan semoga anda semua lebih berhati - hati dan jangan terlalu mudah percaya kepada sms - sms sebegini. Sekarang nih memang banyak penipuan berlaku tidak kira dari segi apa pun. Jadi, sama - sama berhati - hati dan berkongsi maklumat agar tidak menjadi mangsa penipuan mereka - mereka yang sememangnya penipu itu.


Nak Laptop Percuma?
Click Gambar Dibawah Untuk Ke Link Contest!


38 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. bapak ak pon dapt sms 2... hahaha... kecoh die tanye sejak bile bapak die ade lagi...

    BalasPadam
  2. Ya la...macam2 depa dok tipu org lani..apapun nice entry..sgt kreatif!

    BalasPadam
  3. org2 skrg panjang akal nak tipu..tp dlm pnjg akal pendek akal pun ada..p hantar dkt org yg slh..tnpa soal slidik latar belakang dulu..muhahaha

    BalasPadam
  4. mcm2 kes skrg ni ape2pun dpt msg mcm ni sila ignore jer...

    BalasPadam
  5. got this sms too last 2 day...
    early in da morning said that "ayah kat balai polis..."
    biadap betolllll...
    bapak aku polis pencen daaaa...
    takkan la nak buat bebenda buduh...
    apa raa...

    memang mengganggu ketenteraman jiwa ini sms....

    BalasPadam
  6. hehe,
    prnah kena jgk cmni,
    tp bt dek jrk, huhu

    BalasPadam
  7. mcm2 cr nk dpt untung cpt..org camtu mmg dh gian nk masuk lokap....

    BalasPadam
  8. klu dpt masej mcm tu memang x logik cos bapak dah x de

    BalasPadam
  9. depa memg bongek gila!!!
    benci msj2 macam tue!

    BalasPadam
  10. abg ipar pun dh terkena....tp dia x ckp mak @ abah just minta topup jer...sian dia tertipu...

    BalasPadam
  11. hahaha. saya pernah dapat mesej ni. Tapi tau sangat penipu. =.=

    BalasPadam
  12. memang dah tak ada kerja diaorang ni

    BalasPadam
  13. tp yg hairan.mcm mana diorang dpt no kita ek? hurm,pelik..tapi ayat kat memang lawak lah.. haha

    p/s: xpenah dpt

    BalasPadam
  14. Ramai kot yg kena camni
    aish2
    sapa la dalangnya
    xD

    BalasPadam
  15. hahaha x pernah dpt..tp kalo dpt msti plek..asl lak mak ayh ak gne prepaid ni haha

    BalasPadam
  16. aku tak penah dapat... nape ek? hahahaha

    ko kalau dapat, ko reply macmnih...

    mak, sejak bila mak bagi saya duit belanja nih? kan tadi mak tak bagi, nak topup cne? cube mak g bank jap, pahtu topup saya RM30, pahtu saya transfer kat mak bleh? hahahaha

    BalasPadam
  17. xprnah dpt,,,ngee :)

    BalasPadam
  18. ishh...ntah ape2 je care nak menipu..
    mengarut je.. :P tp kne aty2 jugakk...

    BalasPadam
  19. Disebabkan msg2 macam ni laa, org minta adik topupkan pon tak dapat... =)

    BalasPadam
  20. haiya..ini pon olang maun tipu kah...xpatoot...

    BalasPadam
  21. ish bahaya msj2 cmni..ada gak tiba2 je dpt msj.. tp msj tu bunyi nyer cmni.. "adik, boleh tolong pulangkan topup akak tak? akak tersalah topup la. please..." naseb abek aku baek. aku pon pulangkan la blk 30 rgt tu...huhuhu

    BalasPadam
  22. tau xpe..bajet org nk pcaye.kalo ye pun nk menipu xpyh la nk sebarkn sms tu kt sume org dgn gaya bhsa yg sama..nmpk sgt..huhu

    BalasPadam
  23. mula2 baca dah agak pasal sms nih.. tak beragak betul lah yang hantar sms tuh.. nasib baik jgak tak pernah dapat sms camtuh.. huhu~

    BalasPadam
  24. mengarut je mesej ni
    lagi 1 kalau dapat mesej yang nombor penghantarnye panjang-panjang, pastu cakap kita boleh dapat duit beribu-riban
    ceh tipu punya orang~!

    BalasPadam
  25. aku x pernah dpt. tp kalu aku dpt, memang siap la org tu aku cilikan.

    BalasPadam
  26. aku setakat ni tak pernah dapat lagi msg mcm tu.. tp kena berhati2 la kan

    Pendapat anda?
    Souvenir dari melaka

    BalasPadam
  27. sindiket mintak sedekah cara moden..huh!

    BalasPadam
  28. aku klu celcom antar msg pon aku xblas, xcpt dia kta bil aku dah dkt nak kena bar..bru aku pg kiosk dia byar..haha..bek aku cll 1111 lgi puas ati..(cam xda mngena pon komen aku ni)

    BalasPadam
  29. hahahaha :)) adoiyaaa,,, mcm2 skrg. kcian

    BalasPadam
  30. done follow ur blog while blogwalking

    BalasPadam
  31. tak pernah tau pulak orang yg dah mati pun perlukan topup di kubur...nak tepon sape agaknye?? huhu~

    BalasPadam
  32. Hahaha memang 'bijak' manusia yang menipu ni..

    Bapak aku aku pun dapat mesej camtu haritu...

    BalasPadam
  33. betulbetul . ayah saya dpt msg mcm tu . ta gabrah org tua tu . haishh , sabar jela .. gggrr !

    BalasPadam
  34. emmm mcm2 ye skrg ni org nak cari duit...klu la ayah kita ke mak kita yg ada sakit jantung baca x ke naya :(

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama