Bersama Hans Menikmati Makanan Western Di Kampung Baru - Chop & Steak

Jika sebelum ini iaitu di dalam episod pertama Jalan - Jalan Mari Mengketedarah Bersama Hans telah membawa anda melihat bagaimana Hans menjamu selera di Restoran Yankies Hut tetapi jika anda terlepas episod sebelum ini anda jangan risau kerana anda boleh merujuk pada Entry Ini.

Jadi, pada episod kali ini saya sekali lagi akan memperkenalkan kepada anda semua tempat makan terbaru yang sesuai untuk dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat Malaysia tanpa mengira pangkat mahupun darjat. Hehehe!


Chop & Steak


Episod kali ini adalah khusus untuk penggemar western food kerana saya telah pun mencuba beberapa makanan western di sini iaitu di Chop & Steak yang terletak di Kampung Baru. Suasana di dalamnya sangat menarik kerana anda seolah - olah sedang berada di dalam sebuah kapal. Jadi, sebelum menunggu makanan sampai maka sempatlah saya dan rakan - rakan jemputan saya pada episod kali ini bergambar bersama - sama di dalam sana.








Nak tahu apa saya dan rakan - rakan jemputan saya makan semalam?
Mari lihat dibawah senarai menu yang kami pesan.


Beef Steak Black Pepper - Menu Utama Saya


Menu Rakan Saya - Chicken Chop


Menu Rakan Saya(Lupalah Apa Nama Dia)


Menu Rakan Saya(Lupa Juga Apa Nama Dia)


Ada banyak lagi sebenarnya makanan - makanan yang harus anda cuba disini tetapi cuma ini saja yang mampu saya bawakan untuk tatapan anda semua. Servis yang bagus dan cepat. Layanan yang agak mesra. Suasana yang mendamaikan. Memang sesuai untuk makan bersama keluarga anda atau dengan yang tersayang.


Lepas Makan Jangan Lupa Bayar!
Akak Cashier Sangat Baik.


Harga setiap menu juga berpatutan. Tidaklah terlalu mahal  kerana makanan western yang saya dan rakan - rakan makan nih hanya sekitar RM9 hingga RM14 sahaja. Jadi, anda tidak perlu berasa risau untuk menjejakkan kaki anda di Chop & Steak. Selamat mencuba! Jumpa lagi pada episod seterusnya bersama Hans dalam JJMM! Byeeeee!

56 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Hamboi.. makan sokmo ye hans

    BalasPadam
  2. tempat ni nampak best je.. aku pun nak pegi jugak laa.. lapar ler

    BalasPadam
  3. Pergh ~ western.. lapar trus.. haha..

    BalasPadam
  4. Wah sedapnya dah murah!!
    Macam kat pak li la ni?
    Tapi ni macam lagi besh jep!!

    Jom sini,
    Lepas gian oh

    BalasPadam
  5. bru je mkn chicken chop.
    terbaik lah!!

    ui..mne bleh wat simbol tanduk tu. jari kelingking n telunjuk. sori tegur

    BalasPadam
  6. bestnyer makan.. dulu selalu gak dtg msa duk selangor.. sekrg duk perantauan teliur je tgk korg2 makan2.. heee

    BalasPadam
  7. waaa best nya makan..tak ajak pn...
    hujan2 rasa lapo la pulak

    BalasPadam
  8. anda berjaya membuat saya lapar
    terima kasih ye

    heh~

    BalasPadam
  9. mkn dgn org tersayang? eh, mane satu yg tersyg dlm gmbar tu? hahahaha.

    BalasPadam
  10. wah wah, cambest~ tapi lagi best kalau kau yg belanja! HAHAHAHA :D

    BalasPadam
  11. peh, terliur aku tengok kan, huhu

    BalasPadam
  12. asybedazzle : xpayah nak buat gossip liar lah...hahaha...itu semua kawan2 kelas aku kut...no aweks2 la...kalau aweks pun aku nak Lisa jer..tak pun Ana Rafali...hahaaha

    BalasPadam
  13. wuu pernah lalu je restoran nie....tapi ta pernah try ag =)

    BalasPadam
  14. pergghhh...skali tgk lapor plak dh...cmne ni....

    BalasPadam
  15. fuh.. terliur tengok makanan.. kampung baru ea?

    BalasPadam
  16. kali ni ko berjaya snap gambar menu2 tang ko order..hahaha...sempoi struktur binaan restoran tu erk?

    tumpang glamour akaq cashier tu erk. huhu

    BalasPadam
  17. Amry : bukan aku snap...member aku snap...aku fokus pada makanan jer...hahahaha

    BalasPadam
  18. woahhh. menarik. nak pergi laa nnt ;)

    BalasPadam
  19. chop & steak the best...
    kat selayang de 1 gak..
    try la mkn "golden blue"
    serius best!!!hehe

    BalasPadam
  20. bc di pagi2 buta ni wat i lapa jek

    BalasPadam
  21. kt mana ni? mcm best... atas kapal?

    BalasPadam
  22. hans.. murah beno ya...
    tempat pon menarik..Gayah nak g la nnty.. ntah bila lah sampai ke sni....huhu

    BalasPadam
  23. Gua bru je g mkn tdi. order chicken maryland. x brapa sdp.

    BalasPadam
  24. Hu3.. Cam kenal je tempat nie... Dket ngan hostel masa Jai bljr kat UNIKL dulu...

    BalasPadam
  25. wow!!
    nampak sedap..
    kena try...

    BalasPadam
  26. jalan jalan cari makan da tukar hos ek, sejak bila hans jd hos.haha

    BalasPadam
  27. seriu lama tak makan kat kampung baru... dulu masa bujang2 selalu ler orang belanja makan steak kat situ tp bukan kat kedai ni rasanya... ada lagi satu kedai steak ntah lupa nama apa.. kat situ, cashier dia jer duk dlm kapal...

    BalasPadam
  28. wow..beshnyer...:)

    BalasPadam
  29. fuyyyoooo tengok gambar makanan tu semua buat orang terasa lapar...

    BalasPadam
  30. Macam sedap jer.. MAna chopstick nyer? haha..

    BalasPadam
  31. ni baru betul...ade gambar...arghhhhhh lapa!

    BalasPadam
  32. terliur plak aku tgk.. eh! harga dia mcm mana? ok x?

    BalasPadam
  33. mujur gua dah makan.
    tak de ar terliur sama..

    BalasPadam
  34. tempat menarik, makanan pun nmpak sedap

    BalasPadam
  35. suke western food especially chicken chop..terliur ni..

    -jom sertai contest di lensadanfoto-

    BalasPadam
  36. tgh lapar gillossss...bc plak entry nih...adohhhh...

    nanti share la jugak mkanan pelik2 kat sana..makanan yg xde kat Swak..

    BalasPadam
  37. adeii..ni buat den teringin ni..nmpk yummy!

    BalasPadam
  38. ni boleh jd pengacara JJCM TV3 la...he...

    BalasPadam
  39. menarik nmpk tpt nye tuh...kene pergi try nih....

    BalasPadam
  40. Ha ha..apo lah kau asyik lupa nama menu jer..apa pun sungguh menyelerakan..!

    BalasPadam
  41. ala...lupa la plak tempat ni area mna..kat mna yer bro???kci google map ckit..

    BalasPadam
  42. sedapnya..
    ok, selera aku dah dtg..hehe

    BalasPadam
  43. perghhhh...serious la hans.memang nampak sedap giloz!!! hans.ble nak blanje sy makan ni??? :p

    BalasPadam
  44. jln2 cari makan ka hans wahh byk tempat mkn ni hans pi..terliuq tgk steak tu huhu

    BalasPadam
  45. wah western kerr? Nampk sedap tu. nk minta blanja? hik3

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama